{"id":126924,"date":"2026-05-21T14:27:21","date_gmt":"2026-05-21T06:27:21","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/sumbangan-kiosk-ifea-pacu-ekosistem-keusahawanan-mahasiswa-usim\/"},"modified":"2026-05-21T15:42:13","modified_gmt":"2026-05-21T07:42:13","slug":"sumbangan-kiosk-ifea-pacu-ekosistem-keusahawanan-mahasiswa-usim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/sumbangan-kiosk-ifea-pacu-ekosistem-keusahawanan-mahasiswa-usim\/","title":{"rendered":"Sumbangan Kiosk IFEA Pacu Ekosistem Keusahawanan Mahasiswa USIM"},"content":{"rendered":"

NILAI \u00a0\u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) menerima sumbangan sebanyak 13 unit kiosk pelajar daripada International Future of Education Association (IFEA) bernilai RM22,000.00 sebagai usaha memperkukuh kemudahan kampus serta memperkasa pembangunan keusahawanan mahasiswa pada 18 Mei 2026 baru-baru ini.<\/p>\n

Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan Kiosk Pelajar telah berlangsung di tiga lokasi utama dalam kampus USIM iaitu Lobi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) serta Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU). Penyerahan simbolik tersebut disempurnakan oleh Profesor Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM.<\/p>\n

\"\"<\/a> \"\"<\/a><\/p>\n

Sumbangan ini merupakan inisiatif strategik yang bukan sahaja menyediakan kemudahan tambahan kepada warga kampus, malah membuka ruang kepada mahasiswa untuk melaksanakan aktiviti keusahawanan, persatuan dan pembangunan kendiri secara lebih tersusun dan kondusif.<\/p>\n

Menurut Profesor Dr. Mushaddad, sebanyak 13 unit kiosk berkenaan akan diagihkan kepada semua fakulti, Pusat Tamhidi dan Pusat Perumahan Pelajar bagi dimanfaatkan mengikut keperluan Pusat Tanggungjawab masing-masing. Pelaksanaan penggunaan kiosk ini akan diselaraskan oleh setiap PTj bagi memastikan kemudahan yang disediakan dapat digunakan secara optimum dan memberi manfaat menyeluruh kepada warga kampus.<\/p>\n

\u201cInisiatif ini turut memperlihatkan komitmen IFEA dalam menyokong agenda pembangunan pendidikan tinggi, khususnya dalam aspek pembentukan mahasiswa yang berdaya saing, inovatif dan mempunyai nilai tambah dalam bidang keusahawanan\u201d.<\/p>\n

\u201cDalam konteks USIM, penyediaan kiosk ini juga seiring dengan aspirasi universiti dalam membentuk mahasiswa secara holistik melalui pendekatan integrasi ilmu, nilai dan kemahiran praktikal. Kemudahan ini bukan sahaja menyediakan ruang sokongan kepada warga kampus, malah menjadi platform pembelajaran tidak formal yang membolehkan mahasiswa mengaplikasikan nilai keusahawanan, kepimpinan, amanah dan profesionalisme dalam suasana sebenar\u201d, ujarnya lagi.<\/p>\n

\u201cUniversiti Sains Islam Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak International Future of Education Association atas sumbangan kiosk yang diberikan. Sumbangan ini diharapkan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh seluruh warga kampus serta menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama strategik yang lebih erat pada masa akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n

\"\"<\/a><\/p>\n

Sumbangan ini sekali gus memperkukuh peranan USIM sebagai universiti yang memberi penekanan kepada keseimbangan antara kecemerlangan akademik, pembangunan sahsiah dan keupayaan mahasiswa untuk meneroka ruang keusahawanan selaras dengan keperluan semasa pendidikan tinggi negara.<\/p>\n

Usaha ini turut menyokong hasrat USIM untuk melahirkan graduan Muslim profesional yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah memiliki kemahiran insaniah, daya keusahawanan dan etika kerja yang tinggi.<\/p>\n

Pada majlis tersebut, tetamu jemputan turut berkesempatan meninjau pelaksanaan aktiviti mahasiswa serta mendengar pembentangan ringkas oleh persatuan pelajar berhubung potensi penggunaan kiosk berkenaan.<\/p>\n

Hadir sama ialah wakil penyumbang, Ms. Chloe Chong, Association Secretary IFEA merangkap Director of IFEA (M) Sdn. Bhd.; Prof. Madya Dr. Nur Ainna Ramli, Timbalan Pengarah PWZ; serta Dekan dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni fakulti terlibat.<\/p>\n

Oleh: Muhammad Fahmi Zain dan Nurul Husna Annuar<\/strong><\/em><\/p>\n

 <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI \u00a0\u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) menerima sumbangan sebanyak 13 unit kiosk pelajar daripada International Future of Education Association (IFEA) bernilai RM22,000.00 sebagai usaha memperkukuh kemudahan kampus serta memperkasa pembangunan keusahawanan mahasiswa pada 18 Mei 2026 baru-baru ini. Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan Kiosk Pelajar telah berlangsung di tiga […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":126906,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/126924"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=126924"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/126924\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":126925,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/126924\/revisions\/126925"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/126906"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=126924"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=126924"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=126924"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}