{"id":128524,"date":"2026-05-26T09:55:03","date_gmt":"2026-05-26T01:55:03","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-angkat-martabat-bahasa-melayu-perkasa-nilai-muslim-profesional-menerusi-sepena-2026\/"},"modified":"2026-05-26T09:55:03","modified_gmt":"2026-05-26T01:55:03","slug":"usim-angkat-martabat-bahasa-melayu-perkasa-nilai-muslim-profesional-menerusi-sepena-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-angkat-martabat-bahasa-melayu-perkasa-nilai-muslim-profesional-menerusi-sepena-2026\/","title":{"rendered":"USIM Angkat Martabat Bahasa Melayu, Perkasa Nilai Muslim Profesional Menerusi SEPENA 2026"},"content":{"rendered":"<p>NILAI\u00a0\u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh peranan dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa menerusi penganjuran Sayembara Puisi Pentas Antarabangsa (SEPENA) 2026 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 21 hingga 23 Mei 2026 di USIM.<\/p>\n<p>Program yang menghimpunkan peserta tempatan, penjawat awam dan mahasiswa antarabangsa itu menjadi platform penyatuan masyarakat pelbagai latar belakang melalui seni deklamasi puisi, pengucapan kreatif dan kesusasteraan Melayu.<\/p>\n<p>Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, Prof. Dr. Mushaddad Hasbullah, berkata program seperti SEPENA bukan sekadar pertandingan seni bahasa, sebaliknya berperanan sebagai medium diplomasi budaya yang mampu memperkenalkan jati diri bangsa ke peringkat global.<\/p>\n<p>Menurut beliau, penyertaan peserta daripada pelbagai kategori, termasuk mahasiswa antarabangsa, membuktikan bahawa bahasa Melayu masih mempunyai nilai, keindahan dan daya tarikan tersendiri yang mampu merentas sempadan negara.<\/p>\n<p>\u201cDalam dunia yang semakin saling terhubung hari ini, kesusasteraan tidak lagi terbatas dalam lingkungan geografi tertentu, sebaliknya berperanan sebagai medium diplomasi budaya yang memperkenalkan jati diri bangsa serta memupuk hubungan masyarakat antarabangsa,\u201d katanya ketika menyampaikan ucapan penutupan program.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Encik Abang Haliman Abang Julai, menegaskan bahawa puisi masih mempunyai tempat istimewa dalam masyarakat dan mampu menjadi jambatan yang menyatukan pelbagai lapisan komuniti.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705177631_1599687312158528_6187676096416615653_n.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-large wp-image-128510\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705177631_1599687312158528_6187676096416615653_n-1024x683.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"683\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705177631_1599687312158528_6187676096416615653_n-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705177631_1599687312158528_6187676096416615653_n-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705177631_1599687312158528_6187676096416615653_n-400x267.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705177631_1599687312158528_6187676096416615653_n-600x400.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705177631_1599687312158528_6187676096416615653_n-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705177631_1599687312158528_6187676096416615653_n-800x533.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705177631_1599687312158528_6187676096416615653_n-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705177631_1599687312158528_6187676096416615653_n-1200x800.jpg 1200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705177631_1599687312158528_6187676096416615653_n-1536x1024.jpg 1536w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/a> <a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/706851476_1599685905492002_892465380438963489_n.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-large wp-image-128514\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/706851476_1599685905492002_892465380438963489_n-1024x683.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"683\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/706851476_1599685905492002_892465380438963489_n-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/706851476_1599685905492002_892465380438963489_n-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/706851476_1599685905492002_892465380438963489_n-400x267.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/706851476_1599685905492002_892465380438963489_n-600x400.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/706851476_1599685905492002_892465380438963489_n-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/706851476_1599685905492002_892465380438963489_n-800x534.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/706851476_1599685905492002_892465380438963489_n-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/706851476_1599685905492002_892465380438963489_n-1200x800.jpg 1200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/706851476_1599685905492002_892465380438963489_n-1536x1025.jpg 1536w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/a><\/p>\n<p>Menurut beliau, penganjuran SEPENA selaras dengan aspirasi DBP dalam memperkukuh kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa budaya dan bahasa antarabangsa, khususnya dalam mendepani cabaran globalisasi serta perkembangan teknologi semasa.<\/p>\n<p>\u201cPenganjuran SEPENA selaras dengan aspirasi DBP untuk memperkukuh kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa budaya dan bahasa antarabangsa dalam mendepani dunia yang semakin dipengaruhi teknologi serta globalisasi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan bahawa seni persembahan kreatif seperti deklamasi puisi memainkan peranan penting dalam mempertahankan bahasa Melayu, selain mampu membina keyakinan diri, daya fikir kreatif dan kemahiran pengucapan awam dalam kalangan generasi muda.<\/p>\n<p>Bagi pemenang kategori tempatan, Ammar Wazif Mahmud dan Nik Fateeha Syuhada Imran, penyertaan dalam pertandingan tersebut menjadi ruang terbaik untuk menimba pengalaman, mengasah bakat serta memperluas pengetahuan dalam bidang seni persembahan puisi.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705521829_1599689038825022_8786483514876760235_n-2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-large wp-image-128506\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705521829_1599689038825022_8786483514876760235_n-2-1024x683.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"683\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705521829_1599689038825022_8786483514876760235_n-2-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705521829_1599689038825022_8786483514876760235_n-2-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705521829_1599689038825022_8786483514876760235_n-2-400x267.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705521829_1599689038825022_8786483514876760235_n-2-600x400.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705521829_1599689038825022_8786483514876760235_n-2-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705521829_1599689038825022_8786483514876760235_n-2-800x533.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705521829_1599689038825022_8786483514876760235_n-2-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705521829_1599689038825022_8786483514876760235_n-2-1200x800.jpg 1200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/705521829_1599689038825022_8786483514876760235_n-2-1536x1024.jpg 1536w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/a><\/p>\n<p>\u201cMenang atau kalah itu belakang cerita. Yang penting, kami telah melakukan yang terbaik dan berpuas hati dengan persembahan yang dibawa,\u201d kata Fatihah ketika ditemu bual selepas pertandingan.<\/p>\n<p>Mereka turut berkongsi bahawa antara cabaran utama sepanjang persediaan pertandingan ialah kekangan masa latihan yang singkat. Namun, sokongan daripada pihak universiti dan pusat kebudayaan menjadi pembakar semangat untuk mereka memberikan persembahan terbaik di pentas SEPENA 2026.<\/p>\n<p>Penganjuran SEPENA 2026 turut membuka ruang pengantarabangsaan bahasa Melayu melalui jaringan kerjasama institusi serta penyertaan peserta daripada pelbagai latar belakang budaya dan negara.<\/p>\n<p>Program ini diharap dapat terus diperkasa sebagai platform berprestij dalam bidang deklamasi puisi dan kesusasteraan Melayu, sekali gus melahirkan generasi pewaris yang mampu mengangkat bahasa, budaya dan jati diri bangsa ke pentas dunia.<\/p>\n<p>Dalam konteks USIM, penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen universiti dalam melahirkan Muslim profesional yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan kerjaya, malah berupaya menghargai bahasa, seni, budaya serta nilai kemanusiaan sebagai sebahagian daripada pembentukan insan holistik.<\/p>\n<p><strong>Ole<em>h: <\/em><em>Aina Farzana Faizul Anuar, Ihsan Hakim Zefendy<\/em><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI\u00a0\u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh peranan dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa menerusi penganjuran Sayembara Puisi Pentas Antarabangsa (SEPENA) 2026 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 21 hingga 23 Mei 2026 di USIM. Program yang menghimpunkan peserta tempatan, penjawat awam dan mahasiswa antarabangsa itu menjadi platform penyatuan masyarakat pelbagai latar belakang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":128489,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/128524"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=128524"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/128524\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/128489"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=128524"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=128524"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=128524"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}