{"id":128626,"date":"2026-06-15T15:38:09","date_gmt":"2026-06-15T07:38:09","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-terajui-literasi-ai-beretika-dan-keselamatan-siber-bersama-komuniti-sekolah\/"},"modified":"2026-06-15T15:38:09","modified_gmt":"2026-06-15T07:38:09","slug":"usim-terajui-literasi-ai-beretika-dan-keselamatan-siber-bersama-komuniti-sekolah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-terajui-literasi-ai-beretika-dan-keselamatan-siber-bersama-komuniti-sekolah\/","title":{"rendered":"USIM Terajui Literasi AI Beretika dan Keselamatan Siber Bersama Komuniti Sekolah"},"content":{"rendered":"

NILAI \u2014 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh peranannya sebagai universiti berimpak masyarakat apabila menganjurkan program AI-Cyber Hasanat: Membina Perisai Minda Digital Komuniti Melalui Kecerdasan Buatan Beretika di Sekolah Menengah Agama Nilai (SMA Nilai), Negeri Sembilan pada 10 Jun 2026 baru-baru ini.<\/p>\n

Program tajaan Yayasan Permata Ummah ini merupakan satu inisiatif strategik USIM dalam meningkatkan kesedaran, literasi etika siber dan kefahaman penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara bertanggungjawab dalam kalangan komuniti, khususnya generasi muda yang semakin terdedah kepada persekitaran digital.<\/p>\n

Inisiatif ini telah digerakkan oleh 40 orang mahasiswa tahun dua daripada program Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat), Fakulti Sains dan Teknologi USIM, di bawah bimbingan Prof. Madya Ts. Dr. Sakinah Ali Pitchay. Penglibatan mahasiswa ini mencerminkan keberhasilan pendekatan pembelajaran berasaskan komuniti yang menghubungkan ilmu akademik, kepakaran teknologi dan tanggungjawab sosial secara bersepadu.<\/p>\n

Seramai 107 orang pelajar tingkatan satu dan dua SMA Nilai terlibat dalam program ini. Para peserta diberikan pendedahan awal mengenai penggunaan AI secara beretika, kepentingan menjaga data peribadi, ancaman teknologi deepfake, risiko buli siber serta amalan keselamatan digital yang perlu diterapkan dalam kehidupan harian.<\/p>\n

\"\"<\/a> \"\"<\/a><\/p>\n

Majlis telah disempurnakan oleh wakil guru SMA Nilai, Tuan Muhammad Saifullah bin Rosli, yang turut merakamkan penghargaan kepada USIM atas inisiatif murni dalam memperkukuh kesedaran keselamatan digital dalam kalangan pelajar sekolah.<\/p>\n

Sepanjang program berlangsung, peserta mengikuti pelbagai aktiviti interaktif seperti ceramah kesedaran, kuiz, permainan papan AI-Secured Cybercitizenship (SET) serta Eksplorasi AI-Crypto. Pendekatan ini dirangka bagi memastikan konsep keselamatan siber dan AI beretika dapat difahami secara lebih praktikal, menyeronokkan dan dekat dengan realiti penggunaan teknologi oleh pelajar.<\/p>\n

Maklum balas peserta menunjukkan impak yang positif apabila hampir keseluruhan peserta menyedari kepentingan menjaga data peribadi di alam maya serta memahami kewujudan teknologi deepfake dan risiko buli siber selepas mengikuti aktiviti yang dijalankan. Dapatan ini membuktikan bahawa objektif program dalam membina perisai minda digital komuniti telah dicapai dengan berkesan.<\/p>\n

Lebih daripada sekadar program kesedaran, AI-Cyber Hasanat memperlihatkan mandat USIM dalam melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja berkemahiran teknikal, tetapi turut memiliki kepekaan etika, daya kepimpinan dan komitmen terhadap kesejahteraan masyarakat. Mahasiswa USIM berperanan sebagai agen perubahan digital yang membawa ilmu universiti ke lapangan komuniti secara inklusif dan berimpak.<\/p>\n

Secara keseluruhannya, program ini menjadi manifestasi komitmen USIM dalam menyokong agenda keterangkuman digital, keselamatan siber dan pembangunan masyarakat berpengetahuan. Melalui kerjasama strategik bersama Yayasan Permata Ummah dan SMA Nilai, USIM terus memperkukuh sumbangannya dalam membina komuniti yang lebih celik teknologi, beretika dan berdaya tahan menghadapi cabaran era kecerdasan buatan.<\/p>\n

 <\/p>\n

Oleh: Wan Afina Syazani Wan Sabarudin, Nadz Aireen Alyssa Mohd Nadzizan<\/em><\/strong><\/p>\n

 <\/p>\n

 <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI \u2014 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh peranannya sebagai universiti berimpak masyarakat apabila menganjurkan program AI-Cyber Hasanat: Membina Perisai Minda Digital Komuniti Melalui Kecerdasan Buatan Beretika di Sekolah Menengah Agama Nilai (SMA Nilai), Negeri Sembilan pada 10 Jun 2026 baru-baru ini. Program tajaan Yayasan Permata Ummah ini merupakan satu inisiatif strategik USIM dalam […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":128624,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/128626"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=128626"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/128626\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/128624"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=128626"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=128626"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=128626"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}