{"id":128728,"date":"2026-07-06T15:01:56","date_gmt":"2026-07-06T07:01:56","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/integrasi-ilmu-perkasa-inovasi-ai-pengenal-jenis-durian\/"},"modified":"2026-07-06T15:37:15","modified_gmt":"2026-07-06T07:37:15","slug":"integrasi-ilmu-perkasa-inovasi-ai-pengenal-jenis-durian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/integrasi-ilmu-perkasa-inovasi-ai-pengenal-jenis-durian\/","title":{"rendered":"Integrasi Ilmu Perkasa Inovasi AI Pengenal Jenis Durian"},"content":{"rendered":"
NILAI \u2013 Berlandaskan aspirasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam memperkukuh budaya Integrasi Ilmu, seorang pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Muhammad Hakimi Yunus, berjaya membangunkan sistem pengecaman jenis durian berasaskan kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI).<\/p>\n
Inovasi tersebut telah dibentangkan menerusi Engineering Project Exhibition & Symposium (EPEXS) 2026, sebuah program dalaman USIM yang berlangsung pada 2 Julai 2026 di Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU). Program ini menjadi platform kepada mahasiswa untuk mengetengahkan hasil penyelidikan, inovasi dan pembangunan projek akhir yang berpotensi memberi manfaat kepada masyarakat serta industri.<\/p>\n
Pada penganjuran kali ini, sebanyak 14 kumpulan projek Capstone dan 28 projek Tahun Akhir (FYP) telah dibentangkan, merangkumi pelbagai bidang kejuruteraan, teknologi, inovasi digital dan penyelesaian berasaskan aplikasi dunia sebenar.<\/p>\n
Projek yang dibangunkan oleh Muhammad Hakimi, dikenali sebagai DuriAI: Real-Time Durian Detection Among Fruit Classes Using Deep Learning for Edge-Based Orchard Harvesting Applications, memanfaatkan teknologi pembelajaran mendalam atau deep learning<\/em> serta penggunaan sensor kamera inframerah bagi membantu mengenal pasti tujuh jenis durian berdasarkan set data yang telah diprogramkan.<\/p>\n Menurut Muhammad Hakimi, sistem tersebut direka bagi memudahkan proses pengecaman jenis durian secara lebih cepat, konsisten dan berasaskan data.<\/p>\n \u201cMelalui sistem ini, pengguna hanya perlu meletakkan buah durian di bawah kamera inframerah. AI kemudiannya akan menganalisis ciri-ciri seperti bentuk buah, struktur duri, warna kulit dan suhu untuk menentukan jenis durian yang paling hampir dengan set data yang telah ditetapkan,\u201d katanya.<\/p>\n Beliau berkata, idea membangunkan sistem ini tercetus apabila mendapati ramai pembeli berdepan kesukaran untuk membezakan jenis-jenis durian, terutamanya bagi durian yang mempunyai ciri fizikal hampir sama.<\/p>\n \u201cDengan adanya AI yang telah dilatih secara berulang, kita dapat membangunkan satu standard dalam menentukan jenis buah durian. Penentuan ini tidak lagi hanya bergantung kepada pandangan individu yang mungkin berbeza-beza. Sebab itu, projek ini sangat membantu pembeli dan penjual durian,\u201d katanya.<\/p>\n Selain berfungsi sebagai sistem pengecaman jenis durian, inovasi ini berpotensi dimanfaatkan oleh pekebun, peniaga, pemborong serta pengguna dalam memastikan ketulenan produk yang dipasarkan. Ia juga dilihat mampu menyokong usaha pendigitalan sektor pertanian negara melalui penggunaan teknologi AI yang lebih mudah diakses dan diaplikasikan.<\/p>\n Muhammad Hakimi berharap projek tersebut tidak terhenti kepada pengecaman jenis durian semata-mata, sebaliknya dapat ditambah baik pada masa hadapan bagi mengenal pasti pelbagai jenis barangan lain, termasuk bahan basah seperti daging, ikan dan ayam, khususnya dalam menentukan tahap kesegaran bahan mentah berkenaan.<\/p>\n Beliau turut menegaskan bahawa setiap inovasi yang dihasilkan perlu mempunyai nilai manfaat kepada masyarakat, selain membuka ruang kepada penambahbaikan dan pembangunan teknologi yang lebih menyeluruh.<\/p>\n \u201cApa yang penting mengenai AI ialah ia bukan sekadar data yang dikumpul, tetapi merupakan satu ilmu yang perlu dihargai dan dipelajari kerana mampu memberi manfaat kepada pelbagai sektor, khususnya pertanian dan perniagaan domestik, serta membantu masyarakat mendapatkan barangan dengan kualiti yang lebih baik,\u201d tambahnya.<\/p>\n Penganjuran EPEXS 2026 membuktikan komitmen USIM dalam menyediakan ruang kepada mahasiswa untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari melalui penyelesaian inovatif dan berimpak. Program ini juga selari dengan hasrat universiti untuk melahirkan graduan Muslim profesional yang bukan sahaja menguasai teknologi, malah mampu mengintegrasikan ilmu, nilai dan kreativiti dalam menghasilkan inovasi bermanfaat kepada masyarakat.<\/p>\n Oleh: Iqbal Ilyas Mohd Nordin<\/em><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" NILAI \u2013 Berlandaskan aspirasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam memperkukuh budaya Integrasi Ilmu, seorang pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Muhammad Hakimi Yunus, berjaya membangunkan sistem pengecaman jenis durian berasaskan kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI). Inovasi tersebut telah dibentangkan menerusi Engineering Project Exhibition & Symposium (EPEXS) 2026, sebuah program dalaman USIM yang […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":128716,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/128728"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=128728"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/128728\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":128729,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/128728\/revisions\/128729"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/128716"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=128728"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=128728"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=128728"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}
<\/a>
<\/a><\/p>\n