{"id":128773,"date":"2026-07-09T12:25:30","date_gmt":"2026-07-09T04:25:30","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/integrasi-ilmu-perkasa-komunikasi-penyelidikan-usim-tuan-rumah-3mt-kebangsaan-2026\/"},"modified":"2026-07-09T12:25:30","modified_gmt":"2026-07-09T04:25:30","slug":"integrasi-ilmu-perkasa-komunikasi-penyelidikan-usim-tuan-rumah-3mt-kebangsaan-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/integrasi-ilmu-perkasa-komunikasi-penyelidikan-usim-tuan-rumah-3mt-kebangsaan-2026\/","title":{"rendered":"Integrasi Ilmu Perkasa Komunikasi Penyelidikan: USIM Tuan Rumah 3MT Kebangsaan 2026"},"content":{"rendered":"
NILAI\u00a0\u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh peranannya sebagai universiti berimpak nasional apabila diberi kepercayaan menjadi tuan rumah 2026 Three Minute Thesis (3MT) National Level Competition, sebuah pertandingan berprestij yang menghimpunkan bakat penyelidik muda pascasiswazah dari universiti awam seluruh negara.<\/p>\n
Program ini berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 3 pada semalam 8 Julai 2026.<\/p>\n
USIM menerusi Pusat Pengurusan Akademik (PPA) telah dipilih oleh Majlis Dekan Pengajian Siswazah IPTA (MDPS) sebagai Penganjur Utama, manakala Universiti Sains Malaysia (USM) bertindak sebagai Penganjur Bersama. Penganjuran edisi kali ini dilaksanakan secara hibrid, dengan peringkat saringan melalui penilaian video pembentangan, sebelum pertandingan akhir berlangsung secara bersemuka di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3), USIM.<\/p>\n
Pertandingan akhir turut dihadiri oleh Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM; Profesor Dato\u2019 Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USIM; serta Prof. Dr. Azlan Abdul Aziz, Pengerusi MDPS. Program ini juga disiarkan secara langsung menerusi USIMTV, sekali gus memperluas capaian kepada warga universiti dan masyarakat umum.<\/p>\n
3MT merupakan platform antarabangsa yang menguji keupayaan pelajar pascasiswazah mempersembahkan penyelidikan mereka dalam tempoh tiga minit secara jelas, padat dan mudah difahami oleh khalayak pelbagai latar belakang. Pertandingan ini bukan sahaja mengangkat kecemerlangan penyelidikan, malah memperkukuh kemahiran komunikasi ilmu agar dapatan akademik dapat diterjemahkan kepada manfaat masyarakat.<\/p>\n
Bagi edisi 2026, seramai 68 peserta daripada universiti awam seluruh negara mengambil bahagian. Daripada jumlah tersebut, 10 finalis terbaik dipilih untuk bertanding di peringkat akhir dalam dua kategori utama iaitu Sains, Kejuruteraan dan Teknologi serta Sains Sosial.<\/p>\n
Berdasarkan penilaian juri, Nur Nabilah Binti Zulkifly dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dinobatkan sebagai juara Kategori Sains, Kejuruteraan dan Teknologi, manakala Nur Izzah Binti Osman dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) merangkul tempat pertama Kategori Sains Sosial serta turut memenangi People\u2019s Choice Award.<\/p>\n
Penganjuran 3MT Kebangsaan 2026 di USIM membuktikan keupayaan universiti sebagai hab akademik yang menyokong pembangunan bakat penyelidik muda, memperkukuh jaringan antara institusi pengajian tinggi awam dan mengangkat aspirasi Integrasi Ilmu melalui komunikasi penyelidikan yang berkesan, inklusif dan dekat dengan masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
NILAI\u00a0\u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh peranannya sebagai universiti berimpak nasional apabila diberi kepercayaan menjadi tuan rumah 2026 Three Minute Thesis (3MT) National Level Competition, sebuah pertandingan berprestij yang menghimpunkan bakat penyelidik muda pascasiswazah dari universiti awam seluruh negara. Program ini berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 3 pada semalam 8 Julai 2026. USIM […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":128771,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/128773"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=128773"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/128773\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/128771"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=128773"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=128773"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=128773"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}