{"id":129314,"date":"2026-07-20T16:15:38","date_gmt":"2026-07-20T08:15:38","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-lecturers-invited-as-visiting-scholars-in-south-korea-strengthening-international-law-collaboration\/"},"modified":"2026-07-20T16:21:22","modified_gmt":"2026-07-20T08:21:22","slug":"pensyarah-usim-diundang-sebagai-sarjana-pelawat-di-korea-selatan-perkukuh-kerjasama-undang-undang-antarabangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/pensyarah-usim-diundang-sebagai-sarjana-pelawat-di-korea-selatan-perkukuh-kerjasama-undang-undang-antarabangsa\/","title":{"rendered":"Pensyarah USIM Diundang sebagai Sarjana Pelawat di Korea Selatan, Perkukuh Kerjasama Undang-Undang Antarabangsa"},"content":{"rendered":"<p class=\"isSelectedEnd\">NILAI \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh agenda pengantarabangsaannya apabila dua pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli dan Dr. Amalina Ahmad Tajudin, diundang sebagai Sarjana Pelawat di Korea Selatan dari 24 hingga 29 Mei 2026.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Lawatan akademik itu melibatkan pelbagai aktiviti ilmiah di YIJUN Institute of International Law dan Dongguk University, Seoul, menerusi penyampaian syarahan, perbincangan akademik serta sesi libat urus bersama para penyelidik.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Program berkenaan bertujuan memperluas kerjasama dalam bidang undang-undang antarabangsa, penyelidikan bersama, penerbitan ilmiah dan mobiliti akademik antara USIM dengan institusi akademik di Republik Korea.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Jemputan tersebut turut mencatat pencapaian penting apabila Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi dan Dr. Amalina menjadi ahli akademik dari Malaysia yang pertama diundang sebagai Sarjana Pelawat oleh YIJUN Institute of International Law.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Penglibatan mereka mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap kepakaran ahli akademik USIM dalam bidang undang-undang antarabangsa, selain membuka ruang kepada pembentukan jaringan kerjasama yang lebih luas dengan institusi akademik luar negara.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sebagai sebahagian daripada program tersebut, Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi menyampaikan syarahan khas bertajuk <em>The Strategic Importance of the Straits of Malacca and Singapore: Legal Challenges and Future Prospects<\/em> di College of Law, Dongguk University.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Syarahan itu membincangkan kepentingan strategik Selat Melaka dan Singapura sebagai antara laluan perdagangan maritim paling sibuk di dunia. Turut diketengahkan ialah cabaran perundangan berkaitan kebebasan pelayaran, keselamatan maritim serta kepentingan pematuhan terhadap Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 atau UNCLOS.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Syarahan tersebut dihadiri oleh kakitangan akademik dan pelajar College of Law, Dongguk University, yang turut mengambil bahagian dalam sesi soal jawab serta perbincangan mengenai isu semasa undang-undang antarabangsa, khususnya tadbir urus maritim dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dongguk University yang ditubuhkan pada tahun 1906 merupakan antara universiti swasta tertua di Republik Korea. Universiti tersebut mempunyai profil penyelidikan yang kukuh dalam pelbagai bidang termasuk undang-undang, perubatan, kejuruteraan, sains sosial dan komunikasi media massa.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">College of Law di universiti itu turut aktif menjalinkan kerjasama akademik antarabangsa serta menyumbang kepada pendidikan dan penyelidikan undang-undang menerusi hubungan dengan universiti dan institusi penyelidikan di seluruh dunia.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">YIJUN Institute of International Law pula merupakan sebuah institusi penyelidikan yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan pengembangan bidang undang-undang antarabangsa.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Institut berkenaan menerbitkan <em>Journal of East Asia and International Law<\/em>, sebuah jurnal akademik antarabangsa yang diindeks dalam Scopus dan Web of Science.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Selain itu, YIJUN Institute of International Law turut menerbitkan buku ilmiah serta menganjurkan persidangan antarabangsa, syarahan akademik dan forum yang menghimpunkan sarjana, hakim, pengamal undang-undang dan pembuat dasar.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-20-at-3.26.48-PM.jpeg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-129309\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-20-at-3.26.48-PM.jpeg\" alt=\"\" width=\"1023\" height=\"960\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-20-at-3.26.48-PM-200x188.jpeg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-20-at-3.26.48-PM-300x282.jpeg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-20-at-3.26.48-PM-400x375.jpeg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-20-at-3.26.48-PM-600x563.jpeg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-20-at-3.26.48-PM-768x721.jpeg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-20-at-3.26.48-PM-800x751.jpeg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-20-at-3.26.48-PM.jpeg 1023w\" sizes=\"(max-width: 1023px) 100vw, 1023px\" \/><\/a><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sepanjang lawatan tersebut, Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi dan Dr. Amalina turut mengadakan beberapa siri perbincangan akademik bersama Presiden YIJUN Institute of International Law, Profesor Eric Yong-Joong Lee, serta para penyelidik institut berkenaan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Perbincangan memberi tumpuan kepada potensi pelaksanaan penyelidikan bersama, penerbitan artikel dalam <em>Journal of East Asia and International Law<\/em>, penghasilan buku ilmiah serta usaha memperluas jaringan akademik antara USIM, YIJUN Institute of International Law dan Dongguk University.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Inisiatif tersebut dijangka menyediakan lebih banyak peluang kepada penyelidik USIM untuk menghasilkan penerbitan berimpak tinggi, bertukar kepakaran serta terlibat dalam kerjasama akademik di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurut Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi, jemputan itu bukan sahaja merupakan satu penghormatan kepada kedua-dua ahli akademik berkenaan, malah mencerminkan peningkatan pengiktirafan terhadap kepakaran dan kedudukan akademik USIM di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cProgram seperti ini membuka ruang kepada penyelidikan bersama, penerbitan dalam jurnal dan buku ilmiah bereputasi, selain pertukaran kepakaran antara ahli akademik.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cHubungan yang terjalin bersama YIJUN Institute of International Law dan Dongguk University diharapkan dapat diteruskan melalui pelbagai inisiatif akademik yang memberi manfaat kepada semua institusi terlibat, di samping meningkatkan keterlihatan USIM di persada antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Lawatan tersebut selari dengan komitmen USIM untuk memperluas jaringan akademik antarabangsa serta mengembangkan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli menerusi penyelidikan dan wacana ilmiah berkaitan isu perundangan semasa.<\/p>\n<p>Kerjasama yang dirintis juga dijangka menjadi platform kepada pelaksanaan penyelidikan, penerbitan dan mobiliti akademik pada masa hadapan, di samping memberi pendedahan lebih luas kepada ahli akademik dan pelajar USIM mengenai perkembangan undang-undang antarabangsa, tadbir urus maritim dan keselamatan serantau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh agenda pengantarabangsaannya apabila dua pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli dan Dr. Amalina Ahmad Tajudin, diundang sebagai Sarjana Pelawat di Korea Selatan dari 24 hingga 29 Mei 2026. Lawatan akademik itu melibatkan pelbagai aktiviti ilmiah di YIJUN Institute of [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":129308,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/129314"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=129314"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/129314\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":129316,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/129314\/revisions\/129316"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/129308"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=129314"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=129314"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=129314"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}