{"id":130245,"date":"2026-08-18T08:00:02","date_gmt":"2026-08-18T00:00:02","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/umsura-taja-15-pelajar-usim-ikuti-kursus-pendek-empat-pensyarah-jadi-profesor-pelawat\/"},"modified":"2026-08-18T08:02:46","modified_gmt":"2026-08-18T00:02:46","slug":"umsura-taja-15-pelajar-usim-ikuti-kursus-pendek-empat-pensyarah-jadi-profesor-pelawat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/umsura-taja-15-pelajar-usim-ikuti-kursus-pendek-empat-pensyarah-jadi-profesor-pelawat\/","title":{"rendered":"UMSURA taja 15 pelajar USIM ikuti kursus pendek, empat pensyarah jadi Profesor Pelawat"},"content":{"rendered":"<p class=\"isSelectedEnd\">SURABAYA\u00a0\u2013 Hubungan akademik antara Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan Fakultas Hukum, Universitas Muhammadiyah Surabaya (UMSURA), Indonesia terus diperkukuh menerusi penganjuran program kursus pendek antarabangsa yang berlangsung dari 10 hingga 17 Ogos 2026.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Program itu melibatkan penyertaan 15 pelajar USIM dengan tajaan daripada UMSURA meliputi penginapan, makan minum, aktiviti serta lawatan sepanjang program.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Inisiatif julung kali yang ditaja UMSURA itu memberi peluang kepada pelajar USIM mengikuti pengalaman pembelajaran antarabangsa yang menggabungkan pengisian akademik dengan pendedahan kepada masyarakat dan budaya tempatan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sepanjang program, para peserta mengikuti siri kuliah dan aktiviti akademik yang memberi penekanan kepada pendekatan sosio-perundangan, kepelbagaian budaya serta pembangunan undang-undang yang mampan dan inklusif.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Program tersebut turut menjadi wadah interaksi antara pelajar dengan ahli akademik dari Malaysia dan Indonesia, sekali gus memperluas perspektif mereka terhadap perkembangan undang-undang dalam konteks serantau.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Selain pengisian akademik di kampus, peserta turut mengikuti aktiviti dan lawatan sekitar Kota Surabaya, Sumenep serta Pulau Gili Labak di hujung timur Pulau Madura.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Lawatan berkenaan memberi peluang kepada pelajar mengenali dengan lebih dekat kepelbagaian sosial, budaya dan kehidupan masyarakat tempatan, selain mengeratkan hubungan sesama peserta.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dalam rangka kerjasama akademik yang sama, empat ahli akademik FSU turut diundang sebagai Profesor Pelawat di Fakultas Hukum UMSURA bagi tempoh 10 hingga 17 Ogos 2026.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Mereka ialah Prof. Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli, Dr. Fareed Mohd Hassan, Dr. Amalina Ahmad Tajudin dan Prof. Madya Dr. Noor Dzuhaidah Osman.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sepanjang berada di UMSURA, keempat-empat ahli akademik USIM itu menyampaikan siri kuliah serta berkongsi kepakaran dengan pelajar dan komuniti akademik universiti berkenaan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kehadiran mereka sebagai Profesor Pelawat turut dimanfaatkan bagi mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan bersama rakan akademik di UMSURA berkaitan penyelidikan, penerbitan serta kerjasama akademik antara kedua-dua institusi.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Perbincangan tersebut membuka ruang kepada USIM dan UMSURA untuk meneroka kerjasama yang lebih luas pada masa hadapan termasuk penyelidikan dan penerbitan bersama, mobiliti pelajar dan staf, pertukaran kepakaran serta penganjuran program akademik antarabangsa.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dalam rangka lawatan akademik itu, Prof. Madya Dr. Mohd Hazmi turut berkesempatan mengunjungi Fakulti Undang-undang, Universitas Hang Tuah, Surabaya apabila dijemput sebagai pembicara bagi kursus <em>Law of the Sea<\/em> anjuran Indonesian Society of International Law Lecturers (ISILL).<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Penglibatan tersebut memberi peluang kepada beliau berkongsi kepakaran dalam bidang undang-undang laut antarabangsa bersama peserta kursus, di samping memperluas jaringan akademik USIM dengan komuniti sarjana dan pensyarah undang-undang antarabangsa di Indonesia.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Untitled-design-45.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-130236\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Untitled-design-45.jpg\" alt=\"\" width=\"900\" height=\"600\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Untitled-design-45-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Untitled-design-45-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Untitled-design-45-400x267.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Untitled-design-45-600x400.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Untitled-design-45-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Untitled-design-45-800x533.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Untitled-design-45.jpg 900w\" sizes=\"(max-width: 900px) 100vw, 900px\" \/><\/a> <a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Program-International-Law-di-Universitas-Hang-Tuah.jpeg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-large wp-image-130232\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Program-International-Law-di-Universitas-Hang-Tuah-768x1024.jpeg\" alt=\"\" width=\"768\" height=\"1024\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Program-International-Law-di-Universitas-Hang-Tuah-200x267.jpeg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Program-International-Law-di-Universitas-Hang-Tuah-225x300.jpeg 225w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Program-International-Law-di-Universitas-Hang-Tuah-400x533.jpeg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Program-International-Law-di-Universitas-Hang-Tuah-600x800.jpeg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Program-International-Law-di-Universitas-Hang-Tuah-768x1024.jpeg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Program-International-Law-di-Universitas-Hang-Tuah-800x1067.jpeg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Program-International-Law-di-Universitas-Hang-Tuah-1152x1536.jpeg 1152w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Program-International-Law-di-Universitas-Hang-Tuah-1200x1600.jpeg 1200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Program-International-Law-di-Universitas-Hang-Tuah-1536x2048.jpeg 1536w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Program-International-Law-di-Universitas-Hang-Tuah.jpeg 1920w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/a><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Prof. Madya Dr. Mohd Hazmi berkata, program seumpama itu mempunyai nilai signifikan kerana manfaat pengantarabangsaan bukan sahaja dinikmati oleh ahli akademik, malah diperluas secara langsung kepada pelajar menerusi pengalaman pembelajaran dan pendedahan antarabangsa.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cKerjasama dengan UMSURA kali ini amat bermakna kerana ia menggabungkan mobiliti pelajar dan ahli akademik dalam satu inisiatif.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cSeramai 15 pelajar USIM berpeluang mengikuti kursus pendek dengan tajaan daripada universiti tuan rumah, manakala ahli akademik pula dapat berkongsi kepakaran serta meneroka peluang penyelidikan dan kerjasama baharu bersama rakan-rakan di Indonesia,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurut beliau, peluang tersebut memberikan pendedahan antarabangsa yang bernilai kepada pelajar kerana proses pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik kuliah.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cMereka bukan sahaja belajar di dalam bilik kuliah, tetapi turut mengenali masyarakat, budaya dan persekitaran negara jiran dengan lebih dekat.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cPengalaman sebegini merupakan antara elemen penting dalam usaha melahirkan graduan yang mempunyai perspektif serantau dan global,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau berkata, hubungan akademik antara Malaysia dan Indonesia mempunyai potensi besar untuk terus dikembangkan, khususnya dengan memanfaatkan kedekatan kedua-dua negara dari aspek geografi, bahasa dan budaya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cHubungan akademik antara Malaysia dan Indonesia perlu terus diperkasakan, khususnya dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan serta mobiliti pelajar dan staf.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cKerjasama seperti ini juga membolehkan kedua-dua institusi berkongsi kekuatan dan kepakaran masing-masing untuk manfaat bersama,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Program tersebut mencerminkan usaha berterusan FSU dan USIM dalam memperluas jaringan pengantarabangsaan menerusi kerjasama strategik dengan institusi pendidikan tinggi luar negara.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kesediaan UMSURA menaja penyertaan 15 pelajar USIM turut memperlihatkan komitmen universiti berkenaan dalam memastikan kerjasama antarabangsa memberi manfaat secara langsung kepada pelajar.<\/p>\n<p>Gabungan mobiliti pelajar, program Profesor Pelawat, perkongsian kepakaran, penyelidikan, penerbitan serta pendedahan silang budaya dijangka menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif bersama antara USIM dan UMSURA pada masa hadapan, sekali gus memperkukuh jaringan akademik antara Malaysia dan Indonesia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SURABAYA\u00a0\u2013 Hubungan akademik antara Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan Fakultas Hukum, Universitas Muhammadiyah Surabaya (UMSURA), Indonesia terus diperkukuh menerusi penganjuran program kursus pendek antarabangsa yang berlangsung dari 10 hingga 17 Ogos 2026. Program itu melibatkan penyertaan 15 pelajar USIM dengan tajaan daripada UMSURA meliputi penginapan, makan minum, aktiviti serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":130243,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/130245"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=130245"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/130245\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":130246,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/130245\/revisions\/130246"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/130243"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=130245"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=130245"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=130245"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}