{"id":131376,"date":"2026-09-09T12:13:11","date_gmt":"2026-09-09T04:13:11","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/mobiliti-serantau-perkukuh-kepimpinan-dan-kepekaan-global-mahasiswa-usim\/"},"modified":"2026-09-09T13:56:48","modified_gmt":"2026-09-09T05:56:48","slug":"mobiliti-serantau-perkukuh-kepimpinan-dan-kepekaan-global-mahasiswa-usim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/mobiliti-serantau-perkukuh-kepimpinan-dan-kepekaan-global-mahasiswa-usim\/","title":{"rendered":"Mobiliti serantau perkukuh kepimpinan dan kepekaan global mahasiswa USIM"},"content":{"rendered":"<p>BANTEN<b> \u2013 <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">Enam mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memperluas pengalaman pembelajaran antarabangsa menerusi FKIP UNTIRTA Summer Camp 2026 yang menggabungkan aspek kelestarian, budaya, pendidikan dan khidmat komuniti dalam usaha membentuk mahasiswa yang lebih adaptif serta berwawasan global.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Program anjuran Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan (FKIP), Universitas Sultan Ageng Tirtayasa (UNTIRTA) bertemakan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cLearning Sustainability through Culture and Nature\u201d<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> itu menghimpunkan 35 peserta daripada UNTIRTA, USIM dan Mahasarakham University, Thailand.<\/span><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0006.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-131367\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0006.jpg\" alt=\"\" width=\"440\" height=\"293\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0006-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0006-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0006-400x267.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0006-600x400.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0006-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0006-800x533.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0006.jpg 900w\" sizes=\"(max-width: 440px) 100vw, 440px\" \/><\/a> <a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0004.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-131363\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0004.jpg\" alt=\"\" width=\"441\" height=\"294\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0004-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0004-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0004-400x267.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0004-600x400.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0004-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0004-800x533.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG-20260909-WA0004.jpg 900w\" sizes=\"(max-width: 441px) 100vw, 441px\" \/><\/a><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Penyertaan tersebut dilaksanakan menerusi pembelajaran dalam talian melalui Massive Open Online Course (MOOC) dan fasa fizikal yang memberi pendedahan kepada peserta dalam bidang warisan Banten, eko pelancongan, seni tradisional serta pemerkasaan komuniti.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Enam mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM yang terlibat ialah Nur Soffiah Faqiehah Ahmad Bukhori, Nur Farra Ellisya Mohd Shaari, Nur Adliyana Zulkiflee, Wan Amira Sofea Wan Abd Halim Amir, Irdina Mohd Yusoff dan Sharifah Nur Athirah Syed Mohd Feisal.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pengalaman lapangan menerusi khidmat komuniti di Desa Pekijing dan penerokaan kearifan tempatan masyarakat Baduy membuka ruang kepada peserta memahami kehidupan masyarakat setempat, membina empati serta memperkukuh keupayaan berkomunikasi dalam persekitaran silang budaya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mahasiswa turut didedahkan kepada seni tradisional menerusi latihan ensembel angklung dan gamelan yang menjadi medium untuk memahami warisan serantau selain membina disiplin serta kerjasama dalam kalangan delegasi.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FKP USIM, Dr. Kartini Kamaruzzaman berkata, komitmen dan keupayaan enam mahasiswa berkenaan menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu mencerminkan ciri graduan holistik yang diperlukan dalam menghadapi cabaran global.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cMereka membuktikan keupayaan beradaptasi dengan budaya baharu secara pantas, berdisiplin tinggi dan proaktif membina jaringan serantau bersama peserta dari Thailand dan Indonesia, sekali gus mencerminkan kualiti graduan holistik yang bersedia mendepani cabaran global,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Beliau berkata, pengalaman silang budaya dan jaringan antarabangsa yang diperoleh perlu dimanfaatkan selepas peserta kembali ke kampus dengan berkongsi pengetahuan serta menjadi pemangkin kepada penglibatan lebih ramai mahasiswa dalam program mobiliti global.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cSaya berharap mereka dapat bertindak sebagai agen perubahan sosial yang positif dan berkongsi pengalaman ini secara meluas bagi memberi inspirasi kepada mahasiswa lain supaya lebih berani menyertai program mobiliti antarabangsa,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kerjasama antara USIM, UNTIRTA dan Mahasarakham University turut memperluas jaringan akademik serta profesional dalam kalangan mahasiswa ASEAN melalui pengalaman pembelajaran yang melangkaui konteks bilik kuliah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Penyertaan mahasiswa USIM dalam program berkenaan turut mendapat sokongan dan sumbangan kewangan daripada Pusat Wakaf dan Zakat USIM bagi membantu merealisasikan peluang mobiliti antarabangsa tersebut.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pengalaman menerusi FKIP UNTIRTA Summer Camp 2026 diharap dapat memperkukuh keupayaan mahasiswa USIM menghubungkan ilmu dengan realiti masyarakat, memahami isu kelestarian dan kepelbagaian budaya serta membawa pengalaman berkenaan kembali ke kampus untuk memberi manfaat kepada komuniti universiti.<\/span><\/p>\n<p><em><b>Oleh: Nur Khadija Sulaiman<\/b><\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BANTEN \u2013 Enam mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memperluas pengalaman pembelajaran antarabangsa menerusi FKIP UNTIRTA Summer Camp 2026 yang menggabungkan aspek kelestarian, budaya, pendidikan dan khidmat komuniti dalam usaha membentuk mahasiswa yang lebih adaptif serta berwawasan global. Program anjuran Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan (FKIP), Universitas Sultan Ageng Tirtayasa (UNTIRTA) bertemakan \u201cLearning Sustainability through [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":131358,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/131376"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=131376"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/131376\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":131377,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/131376\/revisions\/131377"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/131358"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=131376"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=131376"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=131376"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}