{"id":20538,"date":"2016-03-04T08:24:34","date_gmt":"2016-03-04T00:24:34","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/siswa-perbankan-dan-kewangan-islam-gerakkan-kempen-kesedaran-kampus-bebas-skim-cepat-kaya\/?lang=ms"},"modified":"2016-09-29T15:36:35","modified_gmt":"2016-09-29T07:36:35","slug":"siswa-perbankan-dan-kewangan-islam-gerakkan-kempen-kesedaran-kampus-bebas-skim-cepat-kaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/siswa-perbankan-dan-kewangan-islam-gerakkan-kempen-kesedaran-kampus-bebas-skim-cepat-kaya\/","title":{"rendered":"SISWA PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM GERAKKAN KEMPEN KESEDARAN KAMPUS BEBAS SKIM CEPAT KAYA"},"content":{"rendered":"<div class=\"itemIntroText\">\n<p>NILAI, 4 MAC 2016 \u2013 Mahasiswa\u00a0 Tahun Pertama program Perbankan dan Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil pendekatan melaksanakan \u201cKempen Bebas Multilevel Marketing (MLM) dan SkiM Cepat Kaya (SKM) : Jangan Bazirkan Wang PTPTN Anda!\u201d.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"itemFullText\">\n<p>Kempen yang bermula pada Isnin lalu (29 Februari 2016) berakhir secara rasmi pada semalam (3 Mac 2016) bertujuan memberi kesedaran kepada para mahasiswa USIM yang menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), biasiswa\u00a0 dan lain-lain pinjaman kewangan pendidikan untuk tidak dilaburkan dalam mana-mana MLM dan SKM.<\/p>\n<p><span lang=\"EN-US\">Kempen dimulakan dengan pelancaran konvoi kenderaan mahasiswa oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof. Dato\u2019 Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan dengan mengunjungi kawasan tumpuan di dalam kampus seperti Pusat Kemudahan Pelajar, fakulti dan perhentian bas bagi mengedarkan poster kempen.\u00a0 <\/span><\/p>\n<p><span lang=\"EN-US\">Pengisian lain sepanjang kempen ini berlangsung adalah sesi \u2018Speaking Corner\u2019 bersama Pegawai daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) dan wakil-wakil mahasiswa. Kemuncaknya adalah wawancara \u2018Dilema MLM dan Skim Cepat Kaya\u201d yang berlangsung di Dewan Kuliah Empat.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"EN-US\">Prof. Dato\u2019 Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan memuji inisiatif yang diambil mahasiswa untuk melancarkan kempen ini. \u201cKita mahukan kempen ini memberi kesedaran awal kepada mahasiswa untuk tidak terjebak dengan MLM dan SKM, manakala yang sudah menyertai tidak meneruskannya lagi\u201d.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"EN-US\">\u201cTidak salah menceburi dunia perniagaan dan pelaburan, tetapi bukannya menggunakan wang pembiayaan pendidikan yang diterima. Pelajar universiti merupakan sasaran utama dan mudah menjadi mangsa kepada skim perniagaan berbentuk penipuan (scam) ini. Mereka mengaburi para mahasiswa seolah-olah ia adalah MLM atau SKM yang sah malahan menggunakan pendekatan agama untuk menarik ahli\u201d.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"EN-US\">\u201cPengurusan Universiti \u00a0menyedari ada mahasiswa kita yang telah terjebak dan menjadi mangsa kegiatan tidak bertanggungjawab dan merugikan ini. Walaupun tiada angka rasmi, tetapi kegiatan ini dipantau universiti dan kempen seperti ini amat disokong pelaksanaannya,\u201d ujar beliau.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"EN-US\">Hamim Musa, 20, melahirkan rasa simpati terhadap orang ramai diluar sana termasuk mahasiswa universiti yang tertipu dengan MLM dan skim cepat kaya. \u201cPembiayaan pendidikan sepatutnya digunakan untuk kegunaan pelajaran seperti membeli buku, alat tulis dan lain-lagi. Menawarkan keuntungan yang mudah dan singkat memang mengaburi mata, tetapi sebagai mahasiswa universiti, tidak boleh terus percaya dan melaburkan wang pendidikan mereka\u201d.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"EN-US\">Pelaksanaan kempen kali pertama ini mendapat respon positif daripada warga kampus dan ia diharapkan memberi keyakinan kepada mahasiswa USIM khususnya untuk tidak mudah terpengaruh dengan pelawaan mana-mana pihak untuk menyertai skim seperti ini.<\/span><\/p>\n<p><span lang=\"EN-US\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p>Disediakan oleh:<\/p>\n<p>Mohd Zaini Othman<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p>Tel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 4 MAC 2016 \u2013 Mahasiswa\u00a0 Tahun Pertama program Perbankan dan Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil pendekatan melaksanakan \u201cKempen Bebas Multilevel Marketing (MLM) dan SkiM Cepat Kaya (SKM) : Jangan Bazirkan Wang PTPTN Anda!\u201d. Kempen yang bermula pada Isnin lalu (29 Februari 2016) berakhir secara rasmi pada semalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":28,"featured_media":19400,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20538"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/28"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20538"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20538\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19400"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20538"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20538"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20538"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}