{"id":23044,"date":"2016-07-21T14:18:52","date_gmt":"2016-07-21T06:18:52","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=23044"},"modified":"2016-10-20T08:52:57","modified_gmt":"2016-10-20T00:52:57","slug":"kunjungan-hormat-pengurusan-usim-ke-utusan-melayu-malaysia-bhd","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/kunjungan-hormat-pengurusan-usim-ke-utusan-melayu-malaysia-bhd\/","title":{"rendered":"KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN USIM KE UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BHD"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">KUALA LUMPUR, 27\u00a0 MEI 2016 &#8211; Sebagai tanda hubungan akrab yang sedia terjalin antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dalam pelbagai program utama dan berimpak tinggi yang dianjurkan university, Naib Canselor Prof Dato Dr Musa Ahmad bersama Pengurusan Kanan Universiti telah mengadakan kunjungan hormat yang disambut baik oleh Pengarah Urusan Kumpulan Dato Mohd Noordin Abbas dan Pengurusan Utusan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Utusan merupakan rakan media strategik USIM\u00a0 yang seringkali bersama-sama dalam program berbentuk pendidikan, libatsama komuniti dan pembangunan kemahasiswaan. Antara kerjasama utama bersama Utusan pada tahun lepas adalah Pesta Konvokesyen USIM, Konsert Alhan Rabbaniyyah, mempromosikan USIM Buskers, pertandingan memancing dan bengkel wartawan muda.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kunjungan hormat ini juga memberi peluang kepada pengurusan USIM dan Utusan untuk saling mengenali dan mempromosikan USIM sebagai institusi pengajian tinggi yang meletakkan sasaran menjadi rujukan global dalam bidang integrase ilmu Naqli dan Aqli pada 2025. Ia juga membuka ruang perbincangan secara langsung antara kedua belah pihak menyentuh pelbagai isu pendidikan perdana disamping mengetahui perjalanan operasi Utusan sebagai antara agensi percetakan yang besar di Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Naib Canselor Prof Dato Dr Musa Ahmad dalam ucapannya berkata USIM bercadang untuk mengadakan memorandum persefahaman (MoU) di antara USIM dan Kumpulan Utusan berkaitan program sangkutan kakitangan, ruangan penulisan ahli akademik USIM dan langganan produk Kumpulan Utusan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSelain itu ialah kerjasama strategik baharu yang boleh diterokai bersama antara kedua pihak seperti pelaksanaan program akademik 3U+11 melibatkan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dan penempatan pelajar USIM untuk membuat latihan industri di Utusan di pelbagai jabatan yang bersesuaian mengikut bidang pengajian mereka, dan program berbentuk tanggungjawab korporat (CSR) yang dapat dijalankan secara bersama seperti program USIM Street Dakwah yang diadakan di Pasar Seni Kuala Lumpur tahun lepas\u201d, tambah Dato Musa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bersempena kunjungan hormat ini juga, Pengurusan Universiti turut melawat Balai Berita Utusan Malaysia dan Kosmo! Bagi melihat secara langsung kerja belakang tabir proses penerbitan sesebuah berita dan akhbar.\u00a0 Turut hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Zulkiple Abd Ghani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dato Dr Mustafa Mohd Hanefah, Pengurusan Universiti dan Staf Pusat Komunikasi Strategik (StraComm).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Disediakan oleh:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Zaini Othman<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 27\u00a0 MEI 2016 &#8211; Sebagai tanda hubungan akrab yang sedia terjalin antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dalam pelbagai program utama dan berimpak tinggi yang dianjurkan university, Naib Canselor Prof Dato Dr Musa Ahmad bersama Pengurusan Kanan Universiti telah mengadakan kunjungan hormat yang disambut baik oleh Pengarah Urusan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":23045,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23044"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23044"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23044\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23045"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23044"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23044"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23044"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}