{"id":23491,"date":"2015-11-27T11:11:56","date_gmt":"2015-11-27T03:11:56","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=23491"},"modified":"2016-10-20T08:53:31","modified_gmt":"2016-10-20T00:53:31","slug":"usim-akan-keluarkan-garis-panduan-larangan-penggunaan-vape-di-dalam-kampus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-akan-keluarkan-garis-panduan-larangan-penggunaan-vape-di-dalam-kampus\/","title":{"rendered":"USIM AKAN KELUARKAN GARIS PANDUAN LARANGAN PENGGUNAAN VAPE DI DALAM KAMPUS"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 27 NOV 2015 \u2013 Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad dalam ucapan pada pagi tadi sempena Majlis Perhimpunan Kakitangan bersama Naib Canselor di Dataran Canselori memaklumkan Universiti memandang serius isu penggunaan vape kini dan tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil.<\/p>\n<p>\u201dSuka untuk saya ingatkan bahawa kampus merupakan kawasan larangan bagi merokok dan vape. Kita mengambil pendekatan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan isu Hukum Merokok Dari Pandangan Islam dan telah bersetuju memutuskan bahawa \u2019Merokok adalah Haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan\u2019.\u201d<\/p>\n<p>\u201dDi peringkat USIM, Pejabat Undang-undang dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah diminta untuk menyediakan garis panduan berhubung larangan vape serta penguatkuasaan undang-undang oleh Jabatan Keselamatan untuk memastikan Kampus USIM bebas rokok dan vape\u201d.<\/p>\n<p>\u201dIni adalah kerana rokok elektronik (vapor) qiyas kepada rokok sebenar dan kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat. Selain itu ia dianggap sebagai pembaziran, meniru budaya yang bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah\u201d.<\/p>\n<p>\u201dSebagai institusi yang memartabatkan Islam, maka kitalah yang sewajarnya perlu ke hadapan dalam menonjolkan akhlak Islam\u201d. Ujarnya.<\/p>\n<p>Trend masa kini memperlihatkan bahawa rokok elektronik atau vape menjadi pilihan ramai dan mula menular di kalangan remaja khusunya pelajar sekolah. Penguatkuasaan larangan ini adalah selari dengan kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi baru-baru ini yang mewartakan Universiti Awam sebagai kawasan larangan penggunaan vape.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<\/p>\n<p>Zaini Othman<\/p>\n<p>PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)<\/p>\n<p>Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<\/p>\n<p>71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p>Tel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 27 NOV 2015 \u2013 Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad dalam ucapan pada pagi tadi sempena Majlis Perhimpunan Kakitangan bersama Naib Canselor di Dataran Canselori memaklumkan Universiti memandang serius isu penggunaan vape kini dan tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil. \u201dSuka untuk saya ingatkan bahawa kampus merupakan kawasan larangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":23492,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23491"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23491"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23491\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23492"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23491"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23491"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23491"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}