{"id":23794,"date":"2015-08-03T16:40:09","date_gmt":"2015-08-03T08:40:09","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=23794"},"modified":"2016-09-01T16:42:42","modified_gmt":"2016-09-01T08:42:42","slug":"naib-canselor-sediakan-menu-ubi-istimewa-sempena-sambutan-aidilfitri-usim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/naib-canselor-sediakan-menu-ubi-istimewa-sempena-sambutan-aidilfitri-usim\/","title":{"rendered":"NAIB CANSELOR SEDIAKAN MENU UBI ISTIMEWA SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI USIM"},"content":{"rendered":"
NILAI, 31 Julai \u2013 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini menyajikan menu istimewa kepada para warga kampus dan tetamu yang berkunjung iaitu juadah berasaskan ubi kayu yang disediakan oleh air tangan Naib Canselor USIM, Prof. Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad sendiri.<\/p>\n
Menu berasaskan ubi kayu yang jarang dihidangkan kini sebagai juadah harian atau majlis keraian menjadi inspirasi kepada Naib Canselor untuk mempopularkannya kembali sempena majlis ini. Sebanyak 12 juadah berasaskan ubi kayu disediakan dan ada antaranya merupakan menu tradisi masyarakat Jawa.<\/p>\n
Antaranya juadah ubi \u2018ghetok\u2019 dan \u2018klemet\u2019 ubi yang disediakan secara bergotong royong bersama isterinya dan kakitangan Jabatan Keselamatan USIM. Menu berasaskan ubi kayu yang hampir pupus dikenali sebagai \u2018thewol\u2019 juga turut disediakan.<\/p>\n
Juadah ‘thewol’ ini mengambil masa untuk disediakan kerana ubi kayu perlu diracik halus dan dijemur kering terlebih dahulu sebelum diadun dengan beberapa bahan lain ternyata mempunyai rasa yang unik dan sedap.<\/p>\n
\u201cMasyarakat dahulu amat kreatif dan berinovasi dalam mempelbagaikan pelbagai jenis makanan hanya dengan berasaskan ubi. Generasi kini khususnya orang muda mungkin sudah tidak mengenali makanan-makanan tradisi ini, justeru ini salah-satu cara mengenalkan mereka dengan makanan tradisi masyarakat kita yang tidak kurang enaknya\u2019 ujar Naib Canselor.<\/p>\n
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari berlangsung meriah dengan dikunjungi hampir 3000 orang tetamu.<\/p>\n
Diurusetiakan oleh Badan Kebajikan dan Kakitangan (BKK) USIM, lebih 20 jenis juadah disediakan oleh pelbagai Jabatan seperti Nasi Kerabu, Mee Bandung, Sate, Kuih Muih, Laksa, Cendol, Nasi Briyani, Buah-buahan, Nasi Dagang, Bihun Sup dan Nasi Arab.<\/p>\n
Pada majlis ini, Universiti turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan-kakitangan yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri lalu antaranya terdiri daripada kakitangan Jabatan Keselamatan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.<\/p>\n
Majlis kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emeritus Tan Sri Dato\u2019 Dr. Abdul Shukor Hj Husin.<\/p>\n
Disediakan oleh:<\/p>\n
Zaini Othman<\/p>\n
PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)<\/p>\n
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<\/p>\n
71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n
Tel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
NILAI, 31 Julai \u2013 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini menyajikan menu istimewa kepada para warga kampus dan tetamu yang berkunjung iaitu juadah berasaskan ubi kayu yang disediakan oleh air tangan Naib Canselor USIM, Prof. Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad sendiri. Menu berasaskan ubi kayu yang jarang dihidangkan kini sebagai […]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":23795,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23794"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23794"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23794\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23795"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23794"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23794"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23794"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}