{"id":23808,"date":"2015-07-07T08:24:16","date_gmt":"2015-07-07T00:24:16","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=23808"},"modified":"2016-09-08T09:29:55","modified_gmt":"2016-09-08T01:29:55","slug":"pesilat-usim-lincah-raih-empat-pingat-di-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/pesilat-usim-lincah-raih-empat-pingat-di-upsi\/","title":{"rendered":"PESILAT USIM LINCAH RAIH EMPAT PINGAT DI UPSI"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 19 APRIL 2015 \u2013 Pasukan pencak silat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memberi tentangan hebat di Kejohanan Pencak Silat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Jemputan Antarabangsa pada 15 hingga 19 April lalu.<\/p>\n<p>Kejohanan yang diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Ungku Omar menyaksikan penyertaan pesilat-pesilat dari pelbagai Universiti antaranya Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.<\/p>\n<p>Sebanyak tiga kategori dipertandingkan dalam Kejohanan Terbuka anjuran UPSI ini yang sudah memasuki tahun keenam penganjurannya iaitu kategori remaja, kategori institusi pengajian tinggi (IPT) dan kategori terbuka.<\/p>\n<p>Tamat Kejohanan selama lima hari ini, atlet pencak silat USIM menunjukkan kehebatan apabila berjaya meraih satu pingat emas, satu pingat perak dan dua pingat gangsa menerusi acara silat olahraga dalam kategori IPT.<\/p>\n<p>Pingat yang dimenangi oleh USIM ini disumbangkan oleh Muhammad Ali Imran Che Yashin, 24 (pingat emas kelas B); Ain Najwa Mohd Latif, 24 (pingat perak \u2013 kelas F); Ily Izreen Mohamed Zaabah, 22 (pinga gangsa \u2013 kelas A) dan Muhammad Yunus Shahidan (pingat gangsa \u2013 kelas C).<\/p>\n<p>\u201cSebenarnya kami hanya melakukan persediaan selama sebulan dan latihan kami agak keras kerana tempoh masa itu tidak lama sedangkan stamina dan teknik perlu berada pada tahap terbaik. Seperti saya sendiri pada setiap petang akan melakukan latihan kecergasan atas inisiatif sendiri\u201d.<\/p>\n<p>\u201cJurulatih kami yang amat tegas dan berdedikasi banyak membantu persediaan kami sepasukan. Beliau akan pastikan kami berlatih sehingga \u2018lunyai\u2019 baru boleh berhenti. Disamping mempelajari teknik serangan baharu, kami turut diajar untuk tidak mudah putus asa\u201d kata Ali Imran, pelajar Fakulti Sains dan Teknologi selaku ketua pasukan.<\/p>\n<p>Sementara itu, Saudara Muhamad Nor Amin Jamaluddin, Exco Sukan dan Pembangnan Belia Majlis Perwakilan Pelajar\u00a0 USIM mengucapkan syabas kepada pasukan pencak silat USIM kerana dapat melakar kejayaan yang membanggakan dalam kejohan ini.<\/p>\n<p>\u201cKegigihan dan semangat juang yang tinggi merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan mereka. Saya percaya pungutan pingat dapat digandakan lagi pada masa akan datang dengan sokongan yang padu daripada warga USIM\u201c ujar Amin lagi.<\/p>\n<p>Kejayaan atlet silat USIM dalam kejohanan kompetitif sebegini diharapkan menjadi perangsang buat atlet sukan lain untuk terus berusaha mengukir kejayaan yang lebih baik di peringkat nasional.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<\/p>\n<p>Exco Sukan dan Pembangunan Belia MPP USIM<\/p>\n<p>Dikemaskini oleh:<\/p>\n<p>PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)<\/p>\n<p>Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<\/p>\n<p>71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p>Tel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 19 APRIL 2015 \u2013 Pasukan pencak silat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memberi tentangan hebat di Kejohanan Pencak Silat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Jemputan Antarabangsa pada 15 hingga 19 April lalu. Kejohanan yang diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Ungku Omar menyaksikan penyertaan pesilat-pesilat dari pelbagai Universiti antaranya Universiti Teknologi Mara, Universiti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":23809,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23808"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23808"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23808\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23809"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23808"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23808"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23808"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}