{"id":23857,"date":"2015-06-26T11:05:58","date_gmt":"2015-06-26T03:05:58","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=23857"},"modified":"2016-09-08T11:56:39","modified_gmt":"2016-09-08T03:56:39","slug":"i-gsn-jamboree-usim-jalin-ukhwah-bersama-pelajar-indonesia-thailand","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/i-gsn-jamboree-usim-jalin-ukhwah-bersama-pelajar-indonesia-thailand\/","title":{"rendered":"I-GSN JAMBOREE USIM JALIN UKHWAH BERSAMA PELAJAR INDONESIA, THAILAND"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 7 MEI 2015 \u2013 USIM \u2018Alamiyyah iaitu pusat rujukan setempat perhubungan antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Program i-GSN Jamboree (Islamic Global School Network Jamboree) yang disertai seramai 98 orang pelajar daripada Indonesia dan Thailand yang berlangsung pada 4 hingga 7 Mei 2015.<\/p>\n<p>Menurut pengarah USIM Alamiyyah Prof.\u00a0 Dr. Roshada Hashim, i-GSN adalah merupakan suatu rangkaian yang terdiri daripada sekolah-sekolah dan kolej di luar negara\u00a0 yang pernah dilawati oleh pasukan promosi USIM atau yang pernah mengadakan lawatan ke USIM. Konsep i-GSN Jamboree ini adalah untuk memberi pendedahan secara holistik mencangkupi pelbagai aspek iaitu akademik, kepimpinan, sahsiah dan rohani, sukan serta budaya.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, matlamat program USIM Internationalization at Home (I@H) yang diadakan juga boleh dicapai melalui keterlibatan pelajar USIM dalam menyertai program pengantarabangsaan yang diadakan di dalam kampus. Malah ini membuka pelbagai peluang interaksi budaya, kepelbagaian bahasa, persefahaman latar belakang yang berbeza dan semangat ukhuwah di kalangan pelajar tempatan, pelajar antarabangsa serta pelajar USIM\u201d.<\/p>\n<p>\u201cSelain memfokuskan kepada aspek integrasi budaya, meraikan kepelbagaian budaya serta adat dan bahasa, i-GSN Jamboree\u00a0 juga memberi peluang dengan menjemput universiti tempatan untuk berkongsi bidang bitara masing \u2013 masing antaranya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)\u201d, jelas\u00a0 Prof. Roshada.<\/p>\n<p>Antara aktiviti yang diadakan sepanjang 4 hari program ini berlangsung adalah Taklimat Preparatory Programme for International Students, Taklimat Program Sarjana Muda USIM, sesi Tazkirah oleh International Student Society (ISS)\u00a0 USIM dan sesi Tazkirah oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM.<\/p>\n<p>Para peserta program dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 10 orang peserta dan seorang buddy (pelajar USIM) di dalam setiap kumpulan. Intipati program ini dibahagikan kepada 4 elemen merangkumi program akademik; melibatkan kuliah, tutorial dan makmal bersama buddy di dalam kampus. Program sahsiah dan kepimpinan; ceramah dan aktiviti berkaitan motivasi pelajar dan pembinaan sahsiah diri oleh pensyarah serta pengisian rohani sesama sesi tazkirah dan usrah.<\/p>\n<p>Program Budaya; melibatkan aktiviti integrasi budaya melalui group presentation dan persembahan budaya serta program kokurikulum; iaitu aktiviti sukan dan riadah yang diadakan di Pusat Sukan USIM.<\/p>\n<p>Selain daripada itu, turut diadakan pameran Malaysian Cultural Exposure dan Inter-Cultural Programme yang memperkenalkan budaya Malaysia kepada para peserta yang dianjurkan oleh pihak Tourism Malaysia Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Tidak hanya mempelajari tentang USIM serta adat dan budaya Malaysia, pada majlis makan malam Program i-GSN Jamboree peserta turut mempersembah dan memperkenalkan budaya mereka kepada tetamu yang hadir.<\/p>\n<p>Turut hadir menyerikan dan meraikan para peserta, Naib Canselor USIM, Prof. Dato&#8217; Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dr. Zulkiple Abg Ghani dan Pengarah USIM &#8216;Alamiyyah, Prof. Dr. Roshada Hashim.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<\/p>\n<p>Noorumaina Mohamed Yunus<\/p>\n<p>PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)<\/p>\n<p>Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<\/p>\n<p>71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p>Tel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 7 MEI 2015 \u2013 USIM \u2018Alamiyyah iaitu pusat rujukan setempat perhubungan antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Program i-GSN Jamboree (Islamic Global School Network Jamboree) yang disertai seramai 98 orang pelajar daripada Indonesia dan Thailand yang berlangsung pada 4 hingga 7 Mei 2015. Menurut pengarah USIM Alamiyyah Prof.\u00a0 Dr. Roshada Hashim, i-GSN [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":23858,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23857"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23857"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23857\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23858"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23857"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23857"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23857"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}