{"id":23922,"date":"2015-06-19T07:57:12","date_gmt":"2015-06-18T23:57:12","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=23922"},"modified":"2016-09-02T07:59:47","modified_gmt":"2016-09-01T23:59:47","slug":"kompleks-kolej-permata-insan-usim-siap-sepenuhnya-pada-januari-2016","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/kompleks-kolej-permata-insan-usim-siap-sepenuhnya-pada-januari-2016\/","title":{"rendered":"KOMPLEKS KOLEJ PERMATA INSAN USIM SIAP SEPENUHNYA PADA JANUARI 2016"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 19 JUN 2015 \u2013 Pembinaan kompleks Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjalan lancar dengan jangkaan siap sepenuhnya kompleks ini pada Januari tahun hadapan. Projek pembangunan dengan kos sebanyak RM 68 juta melalui peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) ini siap 73 peratus dan menepati jadual pembinaannya.<\/p>\n<p>Dibahagikan kepada dua fasa, pembangunan projek Fasa 1 yang meliputi asrama lelaki, blok informasi digital dan kemudahan pelajar telah selesai pada 12 Januari 2015 lalu dengan kos RM21 juta.<\/p>\n<p>Ia telah mula digunakan oleh kumpulan pertama pelajar Kolej PERMATA Insan seramai 50 orang. Manakala, pembangunan Fasa 2 yang sedang berjalan kini pula merangkumi blok pentadbiran, asrama perempuan, blok pembelajaran dan pengajaran (P&amp;P), dewan serbaguna, Pusat Al-Abrar dan Dewan Makan.<\/p>\n<p>Kolej PERMATA Insan yang merupakan \u2018Sekolah dalam Kampus\u2019 mempunyai keunikan tersendiri iaitu kurikulumnya berkonsepkan integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Dibina di atas tanah seluas 12 ekar berdekatan bangunan Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM dan bersebelahan tasik utama USIM, ia mewujudkan suasana pemandangan landskap semulajadi yang cantik.<\/p>\n<p>Menurut Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Pengarah Kolej PERMATA Insan, proses permohonan Kolej PERMATA Insan untuk menjadi Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan (IPBK) sekarang diperingkat akhir kelulusan Kementerian Pendidikan.<\/p>\n<p>\u201cIni merupakan prosedur yang perlu kita patuhi dan apabila permohonan ini lulus kelak, Kolej ini akan memohon status sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seperti mana Sekolah PERMATA Pintar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Silibus akademik dan kokurikulum kita yang sedia ada menepati ciri-ciri SBP dengan tenaga pengajar seramai 13 orang pensyarah, tujuh orang guru tasmi\u2019 Al-Quran dan lima kakitangan pentadbiran\u201d.<\/p>\n<p>\u201cDiperingkat sekolah rendah, seramai 250 murid terpilih yang berumur lapan hingga 12 tahun sedang mengikuti modul khas program PERMATA Insan kini. Mereka baru-baru ini telah menyertai kem khas yang kita adakan bertempat di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Kejayaan terkini yang ditempa oleh pelajar sulung Kolej PERMATA Insan ialah seramai 18 orang pelajarnya dipilih oleh Apple Malaysia ke Islamic Education Leadership Summit 2015. Di sana mereka menunjukkan kemahiran menghasilkan bahan pembelajaran interaktif dalam versi Bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan tulisan Jawi. Ia dapat digunakan secara berkesan dan meluas untuk sesi pembelajaran berasaskan SMART Classroom.<\/p>\n<p>Program PERMATA Insan yang diamanahkan kepada USIM untuk dilaksanakannya merupakan kesinambungan dan perluasan daripada Program PERMATA seperti PERMATA Negara, PERMATA pintar dan PERMATA Seni yang dinaungi oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<\/p>\n<p>Zaini Othman<\/p>\n<p>PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)<\/p>\n<p>Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<\/p>\n<p>71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p>Tel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 19 JUN 2015 \u2013 Pembinaan kompleks Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjalan lancar dengan jangkaan siap sepenuhnya kompleks ini pada Januari tahun hadapan. Projek pembangunan dengan kos sebanyak RM 68 juta melalui peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) ini siap 73 peratus dan menepati jadual pembinaannya. Dibahagikan kepada dua fasa, pembangunan projek [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":23923,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23922"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23922"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23922\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23923"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23922"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23922"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23922"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}