{"id":24124,"date":"2015-04-15T09:11:33","date_gmt":"2015-04-15T01:11:33","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=24124"},"modified":"2016-10-20T08:53:54","modified_gmt":"2016-10-20T00:53:54","slug":"fpqs-sambut-ulangtahun-ke-15","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/fpqs-sambut-ulangtahun-ke-15\/","title":{"rendered":"FPQS SAMBUT ULANGTAHUN KE 15"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 10 APRIL 2015 \u2013 Kini genap 15 tahun\u00a0 Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS) beroperasi seiring dengan usia penubuhan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).\u00a0 Satu Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke 15 FPQS telah diadakan di Dewan Kuliah Utama FPQS yang dirasmikan oleh YBhg Prof. Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM.<\/p>\n<p>FPQS merupakan antara fakulti terawal yang ditubuhkan di USIM dan memulakan pengambilan pelajar sulung pada sesi akademik 2000\/2001 bagi program Ijazah Sarjana\u00a0 Muda Pengajian Quran dan Sunnah. Bertujuan melahirkan pelajar yang berkemampuan memahami dan mengambil hokum dari sumbernya yang asal iaitu Al-Quran dan As Sunnah di samping melahirkan pelajar yang mempunyai kefahaman yang menyeluruh terhadap pemikiran Islam dalam bidang akidah, syariah dan akhlak.<\/p>\n<p>Menurut Naib Canselor USIM Prof. Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad, USIM komited untuk terus memartabatkan pengajian Quran dan Sunnah dalam arus perdana pendidikan negara. Untuk bergerak selari dengan perubahan semasa, inovasi dilakukan ke atas program yang ditawarkan dengan mengintegrasikan pengajian Quran dan Sunnah secara tradisi dengan ilmu-ilmu moden baharu. Ini dilaksanakan menerusi penawaran program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran Dengan Multimedia dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat dengan Kepujian.<\/p>\n<p>\u201cUntuk meluaskan lagi program akademik yang ditawarkan, FPQS juga telah merintis kerjasama dengan pihak luar dengan menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah USIM di Darul Quran serta mengadakan program kerjasama berbentuk francais dengan KIPSAS dan dimaklumkan sehingga kini, FPQS mempunyai seramai 1800 orang pelajar\u201d, jelas Dato\u2019 Musa.<\/p>\n<p>Pelbagai kejayaan yang dicapai sepanjang 15 tahun penubuhan FPQS, antaranya seorang pensyarah, Prof. Madya Dr. Najm Abd Rahman Khalaf, mendapat pengiktirafan dari kerajaan negara Turkeministan dalam bidang manuskrip bagi kategori \u2018Humanitarian Manuscripts Heritage in Turkeministan\u2019, seorang pensyarah telah memenangi Johan Qari di Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-56 pada tahun 2013 manakala pelajar FPQS telah memenangi Johan kategori Hafazan Juzuk di peringkat ASEAN pada tahun 2013, dan penawaran kursus Aplikasi Braille Dalam Pengajian Quran dan Sunnah dan juga penubuhan Institut Braille (IQBraille) yang bernaung di bawah Pusat Kecemerlangan USIM.<\/p>\n<p>Turut diadakan pada majlis itu pelancaran Buku Integrasi Naqli dan Aqli:Perspektif Quran dan Sunnah oleh YBhg Prof. Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM. Turut hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), dan Dekan FPQS, Prof. Madya Dr. Adnan Mohamed Yusoff.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<\/p>\n<p>Noorumaina Mohamed Yunus<\/p>\n<p>PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)<\/p>\n<p>Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<\/p>\n<p>71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p>Tel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 10 APRIL 2015 \u2013 Kini genap 15 tahun\u00a0 Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS) beroperasi seiring dengan usia penubuhan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).\u00a0 Satu Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke 15 FPQS telah diadakan di Dewan Kuliah Utama FPQS yang dirasmikan oleh YBhg Prof. Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM. FPQS merupakan antara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":24126,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24124"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24124"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24124\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24126"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24124"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24124"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24124"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}