{"id":24183,"date":"2015-04-09T09:26:55","date_gmt":"2015-04-09T01:26:55","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=24183"},"modified":"2016-09-02T09:30:14","modified_gmt":"2016-09-02T01:30:14","slug":"tautan-mahabbah-fkp-tingkat-kemahiran-insaniah-pelajar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/tautan-mahabbah-fkp-tingkat-kemahiran-insaniah-pelajar\/","title":{"rendered":"TAUTAN MAHABBAH FKP TINGKAT KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR"},"content":{"rendered":"<p>GOMBAK, 22 Mac &#8211; Program Tautan Mahabbah yang menjadi program tahunan pelajar Sarjana Muda Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berlangsung dengan jayanya di Kem Alang Sedayu, Gombak, Selangor,\u00a0 baru &#8211; baru ini.<\/p>\n<p>Program tiga hari dua malam yang disertai seramai 174 orang mahasiswa tahun satu hingga tiga ini tampil dengan slogan \u2018Menelusuri Tasbih Ukhwah\u2019. Bagi penganjuran program tautan mahabbah kali ini, deligasi mahasiswa jurusan Komunikasi tahun dua tampil sebagai penganjur untuk merealisasikan program tersebut.<\/p>\n<p>Pengarah program, Mior Muhammad Shahid Mior Mohammad Zin berkata, \u201cProgram yang bertemakan perkhemahan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan pelajar selain mencungkil bakat terpendam dari aspek komunikasi, kepimpinan, pengurusan dan banyak lagi melalui aktiviti yang dijalankan.\u201d<\/p>\n<p>Beliau yang ditemui selepas majlis perasmian turut berkata, \u201cDiharap agar hubungan sesama pelajar kian erat sejajar dengan nama dan tujuan penganjuran program ini serta moga kasih yang kian terjalin kekal ke akhir hayat.\u201d<\/p>\n<p>\u201cPelajar akan memperoleh banyak ilmu baharu yang boleh dipraktikkan kelak melalui aktiviti yang telah dijalankan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Tambahnya lagi, sekalung pujian selayaknya diberi kepada para urus setia program yang sedaya upaya memberi khidmat terbaik dan\u00a0 bertungkus &#8211; lumus untuk menjayakan pogram ini selain berbangga dengan kerjasama dan penglibatan aktif daripada setiap pelajar.<\/p>\n<p>Ketika ditanya mengenai tema program yang agak berbeza berbanding sebelum ini, beliau menjelaskan bahawa pihak ahli jawatankuasa program sengaja menampilkan kelainan agar mahasiswa keluar dari kelompok selesa masing-masing serta merasai pengalaman baru terutamanya pengalaman tidur di dalam khemah.<\/p>\n<p>Beliau turut menyuarakan harapan agar program seumpama ini dapat diteruskan dan ditambah baik oleh legasi yang seterusnya.<\/p>\n<p>Program yang dianjurkan kali ke \u2013 9 ini bermula meriah pada hari pertama dengan sesi latihan dalam kumpulan melalui aktiviti \u2018Broken Media\u2019 dan \u2018Pemberita Berkepala Lima\u2019 dan disusuli \u2018Explorace\u2019. Melalui aktiviti ini ia dapat merangsang kreativiti pelajar dan secara tidak langsung turut mendedahkan selok \u2013 belok bidang komunikasi kepada mereka.<\/p>\n<p>Program yang diteraju oleh 42 orang urus setia ini berjalan lancar pada hari seterusnya dengan aktiviti \u2018Jungle and water trekking\u2019. Melalui slot ini, pelajar dibawa untuk meneroka hutan dan air sungai di kem tersebut bagi menguatkan stamina selain memupuk semangat kerjasama sesama mereka.<\/p>\n<p>Nur Khairul Bariyah Ismail, mahasiswa\u00a0 tahun 2 berkata, \u201cProgram seumpama ini memang selayaknya dianjurkan kerana melalui program ini pelajar dapat meneroka sesuatu yang baru selain memperkasakan jati diri masing- masing.\u201d<\/p>\n<p>Tambahnya lagi, beliau percaya dengan penganjuran program kali ini dapat menyerlahkan sisi baru pelajar serta menjadi printis baru selain melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan luar kotak.<\/p>\n<p>Sementara itu, wakil dari pihak kem Encik Hamizan Bin Zainal Abidin berkata, \u201cPenglibatan setiap pelajar dalam aktiviti amat memberangsangkan dan saya sendiri teruja melihat keaktifan mereka.\u201d<\/p>\n<p>Tambah beliau, kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh para pelajar juga harus dipuji terutamanya ketika aktiviti \u2018jungle and water trekking\u2019 dimana terdapat banyak halangan lasak yang telah berjaya ditempuh.<\/p>\n<p>Majlis Perasmian dan penyampaian hadiah kepada para peserta tempoh hari telah disempurnakan oleh Puan Rosninawati Hussin dan Puan Sofia Hayati Yusoff, pensyarah Komunikasi,\u00a0 USIM.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<\/p>\n<p>Ejen Berita (EB Nur Khairul Bariyah Ismail), Pusat Kebudayaan<\/p>\n<p>Disemak oleh:<\/p>\n<p>Pusat Komunikasi Strategik<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>GOMBAK, 22 Mac &#8211; Program Tautan Mahabbah yang menjadi program tahunan pelajar Sarjana Muda Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berlangsung dengan jayanya di Kem Alang Sedayu, Gombak, Selangor,\u00a0 baru &#8211; baru ini. Program tiga hari dua malam yang disertai seramai 174 orang mahasiswa tahun satu hingga tiga ini tampil [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":24184,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24183"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24183"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24183\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24184"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24183"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24183"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24183"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}