{"id":24510,"date":"2014-12-22T00:00:40","date_gmt":"2014-12-21T16:00:40","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=24510"},"modified":"2016-09-09T10:41:18","modified_gmt":"2016-09-09T02:41:18","slug":"dr-hazmi-kongsi-kepakaran-undang-undang-laut-antarabangsa-bersama-ahli-akademik-rusia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/dr-hazmi-kongsi-kepakaran-undang-undang-laut-antarabangsa-bersama-ahli-akademik-rusia\/","title":{"rendered":"DR HAZMI KONGSI KEPAKARAN UNDANG-UNDANG LAUT ANTARABANGSA BERSAMA AHLI AKADEMIK RUSIA"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 12 Dis \u2013 Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli, 32 telah dijemput sebagai Profesor Pelawat di Far Eastern Federal University (FEFU), Vladivostok, Russia bermula 11 hingga 16 Disember 2014.<\/p>\n<p>Pemilihan dan jemputan kepada Dr Hazmi oleh Far Eastern Federal University dibuat baru-baru ini adalah atas kapasiti beliau yang memiliki kepakaran akademik dalam undang-undang laut antarabangsa. Selain bertugas sebagai pensyarah undang-undang di USIM, kepakarannya dalam bidang ini memberi peluang kepadanya dilantik sebagai Penyelidik Bersekutu Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Penyelidik Bersekutu Pasca-kedoktoran Australian National Centre for Ocean Resources and Security, University of Wollonging, Australia.<\/p>\n<p>Menurut Dr. Hazmi, sambutan dan layanan yang diberikan oleh pihak Universiti berkenaan kepada beliau amat baik apabila segala kos penerbangan dan penginapan ditanggung sepenuhnya oleh FEFU. Ini merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kepada kepada kepakaran ahli akademik Malaysia umumnya dan USIM khususnya.<\/p>\n<p>Sepanjang berada di FEFU, kepakaran beliau dalam undang-undang laut antarabangsa khususnya berkaitan pelayaran dan navigasi menerusi Selat bagi pelayaran antarabangsa terutamanya di Selat Melaka menjadi perhatian untuk dikongsi oleh ahli akademik dan pelajar.<\/p>\n<p>Sebanyak dua siri syarahan akan dikendalikan beliau yang bertajuk \u2018Law of the Sea Convention 1982 (LOSC) and its Implication on South East Asia\u2019 dan \u2018The Legal Status of the Straits of Malacca and Singapore : Balancing Shipping and the Protection of the Marine Environment\u2019 yang dihadiri oleh para professor dan pelajar di sana.<\/p>\n<p>Selain itu, beliau juga diminta untuk menjalankan beberapa siri kuliah bagi pelajar Sarjana Muda Undang-Undang di sana dan turut sama dijemput menghadiri mesyuarat Sekolah Undang-undang FEFU. Sebagai seorang ahli akademik, pandangan beliau dalam beberapa isu semasa seperti pengamalan undang-undang Malaysia dan Russia, undang-undang maritime dan buruh, konfrantasi ketenteraan di Timur Tengah dan peristiwa menyayat hati melibatkan pesawat Malaysia milik Malaysia Airlines (MAS) iaitu MH 17 dan MH 370 turut menjadi perhatian.<\/p>\n<p>Sebelum dilantik sebagai Profesor Pelawat di FEFU, kepakaran akademik beliau telah diiktiraf lebih awal di sana apabila kertas kajian beliau berkaitan undang-undang laut antarabangsa telah dipilih untuk dikeluarkan dalam jurnal saintifik berimpak \u2018The Asia-Pacific Region : Economy, Politics, Law\u2019 yang diterbitkan oleh FEFU. Selain itu, beliau turut aktif dalam sidang pembelajaran dan pengajaran langsung secara maya (video) dengan warga FEFU ketika berada di Malaysia.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FEFU, para Profesor Pelawat yang dijemput ke Universiti ini adalah merupakan individu yang terpilih sahaja. Mereka terdiri daripada saintis ternama atau individu berkebolehan dari seluruh dunia yang mempunyai reputasi yang tinggi di kalangan komuniti akademik antarabangsa serta mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai lapangan penyelidikan. Melalui program ini, para pensyarah dan pelajar dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan profesionalisma mereka dalam bidang masing-masing.<\/p>\n<p>Disediakan oleh :<\/p>\n<p>Zaini Othman<br \/>\nPUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p>Tel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 12 Dis \u2013 Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli, 32 telah dijemput sebagai Profesor Pelawat di Far Eastern Federal University (FEFU), Vladivostok, Russia bermula 11 hingga 16 Disember 2014. Pemilihan dan jemputan kepada Dr Hazmi oleh Far Eastern Federal University dibuat baru-baru ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":24511,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24510"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24510"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24510\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24511"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24510"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24510"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24510"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}