{"id":24607,"date":"2014-10-23T16:31:51","date_gmt":"2014-10-23T08:31:51","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=24607"},"modified":"2016-09-02T16:33:56","modified_gmt":"2016-09-02T08:33:56","slug":"universiti-bersama-kerajaan-beri-kesedaran-dalam-perangi-dadah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/universiti-bersama-kerajaan-beri-kesedaran-dalam-perangi-dadah\/","title":{"rendered":"UNIVERSITI BERSAMA KERAJAAN BERI KESEDARAN DALAM PERANGI DADAH"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 16 Okt 2014\u2013 Perkembangan semasa yang memperlihatkan peningkatan kes berkaitan penyalahgunaan dadah terutama dikalangan belia adalah sesuatu yang membimbangkan. Kerajaan memberi komitmen yang tinggi untuk memerangi gejala penyalahgunaan dadah antaranya membelanjakan peruntukan yang besar saban tahun untuk member kesedaran selain tindakan penguatkusaaan yang berterusan.<\/p>\n<p>Menurut Dato\u2019 Profesor Dr. Asma Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia \u201cKewujudan pelbagai jenis dadah baharu (sintetik) misalnya telah mewujudkan cabaran baharu. Penghasilan dadah yang dahulunya secara tradisional (penanaman pokok) kini menjadil ebih mudah dengan penghasilan di makmal sahaja.Pelbagai variasi dadah dapat dihasilkan dengan mudah, cepat dan kemudian diedarkan ke dalam pasaran.\u201d<\/p>\n<p>\u201cKementerian Pendidikan amat menyedari akan bahaya penyalahgunaan dadah ini sekiranya tidak diperangi habis-habisan. Justeru itu, pendidikan awal bahaya dadah ini kita sediakan dalam pembelajaran dan pengajaran di pelbagai peringkat pendidikan\u201d.<\/p>\n<p>\u201cAntaranya melalui program akademik Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA) yang diperkenalkan Kementerian sejak 2005 bagi melahirkan kumpulan pakar dalam bidang pencegahan, rawatan dan pemulihan, penjagaan lanjutan dan juga pengurusan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah\u201d.<\/p>\n<p>Program SPADA kini ditempatkan di bawah Pusat Penyelidikan dan Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai salah-satusumbangan IPTA dalam melahirkan kumpulan pakar, perancangan dan pemikir bagi membantu Negara memerangi dadah sebagai musuh No 1 Negara.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan telah menunjukkan keazaman politik yang utuh dalam memerangi penyalahgunaan dadah ini. Harus untuk kita insafi dan ingati bahawa golongan muda kini adalah yang akan memimpin Negara pada masa depan\u201d.<\/p>\n<p>\u201cJusteru itu mereka perlu sentiasa diperingatkan dan dididik sepanjang masa tentang bahaya dadah ini dan sinilah Universiti boleh memainkan peranan secara bersama dengan Kerajaan, masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memeranginya\u201d.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap untuk merasmikan \u2018International Drug Prevention and Rehabilitation Conference (PREVENT)\u2019 anjuran ACREDA USIM. Majlis perasmian ini turut dihadiri Dato Suhaimi Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Profeso Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM bertempat di DewanKuliah Pusat 3 USIM.<\/p>\n<p>Seminar selama dua hari bermula semalam dan hari ini (15 dan 16 November) menyaksikan sebanyak 25 kertas kerja dibentangkan, tiga siri bengkel dan ucaptama oleh pembentang dari Brunei, Nigeria dan Filipina.<\/p>\n<p>Disediakan oleh :<\/p>\n<p>Zaini Othman<\/p>\n<p>PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)<\/p>\n<p>Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<\/p>\n<p>71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p>Tel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 16 Okt 2014\u2013 Perkembangan semasa yang memperlihatkan peningkatan kes berkaitan penyalahgunaan dadah terutama dikalangan belia adalah sesuatu yang membimbangkan. Kerajaan memberi komitmen yang tinggi untuk memerangi gejala penyalahgunaan dadah antaranya membelanjakan peruntukan yang besar saban tahun untuk member kesedaran selain tindakan penguatkusaaan yang berterusan. Menurut Dato\u2019 Profesor Dr. Asma Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":24608,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24607"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24607"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24607\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24608"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24607"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24607"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24607"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}