{"id":24990,"date":"2014-03-25T08:07:36","date_gmt":"2014-03-25T00:07:36","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=24990"},"modified":"2016-09-09T15:34:26","modified_gmt":"2016-09-09T07:34:26","slug":"unit-kebudayaan-usim-lancar-album-lagu-melayu-asli","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/unit-kebudayaan-usim-lancar-album-lagu-melayu-asli\/","title":{"rendered":"UNIT KEBUDAYAAN USIM LANCAR ALBUM LAGU MELAYU ASLI"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 21 MAC 2014 \u2013 Dalam usaha memelihara khazanah Melayu dan meneruskan kesinambungan seni budaya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar melancarkan album bertajuk Lagu Melayu Asli dan Kelestarian Warisan USIM.<\/p>\n<p>Diterbitkan bukan tujuan mengaut keuntungan, album ini dilihat sebagai usaha USIM bagi memelihara warisan budaya dan terus mempopularkan irama melayu asli.\u00a0 Album ini mengandungi 15 buah lagu dan 12 lagu Melayu Asli yang sebahagiannya dipopularkan menerusi teater bangsawan seperti Embun Menitik, Seri Siantan, Seri Mersing dan Damak. Lagu-lagu dalam album ini dinyanyikan\u00a0 oleh penyanyi lagu asli terkemuka iaitu R. Ismail, Aspalela Abdullah dan Raftah Bachik.<\/p>\n<p>Istimewanya, album Lagu Melayu Asli dan Kelestarian Warisan USIM ini juga memuatkan\u00a0 3 buah lagu yang diilhamkan\u00a0 daripada irama lagu asli segar iaitu Embun Menitik, Seri Siantan dan Seri Mersing, di mana liriknya diinovasikan mengikut tema keagungan Tuhan, Rasulullah SAW dan semangat patriotik. Manakala, lirik bagi tiga lagu tersebut telah dikarang oleh pelajar dan alumi USIM iaitu Abdul Hadi Md Akhair, Ummi Hajar Muslim, Sitti Salimah Salamun, Siti Walida Parson, Mohd Helmi Jefri, Ahmad Faiz Ab Aziz dan Muhammad Shukri Sahari.<\/p>\n<p>YBhg. Prof Dato\u2019 Dr Asma Ismail dalam ucapannya berkata, mengangkat kesenian bangsa melayu bukan bermakna mengabaikan kesenian kaum lain tetapi ia dapat merapatkan perpaduan antara masyarakat supaya lebih mengenali budaya melayu dengan lebih erat yang penuh dengan kesopanan dam kelembutan. \u201cMalah menurut kajian di Amerika Syarikat (Mayer Spivack, 2007) menyatakan terdapat kajian membuktikan muzik boleh merangsang dan menyeimbangkan otak manusia dan berupaya meningkatkan ilmu matematik manusia\u201d, tambah beliau lagi semasa merasmikan Majlis Pelancaran Album Lagu Melayu Asli dan Kelestarian Warisan USIM.<\/p>\n<p>Manakala menurut pengarah Unit Kebudayaan, Encik Ismail Ahmed, penghasilan album ini menunjukkan USIM sentiasa terkehadapan dalam menghargai nilai budaya. Selain itu menurutnya, USIM akan terus mengetengahkan persepsi\u00a0 hiburan yang luas skopnya dan salah satu daripadanya adalah dengan menghasilkan karya Islaminasi pantum melayu yang mampu menjadi ikutan masyarakat sepanjang zaman.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<\/p>\n<p>Noorumaina Mohamed Yunus<\/p>\n<p>Penolong Pegawai Media StraComm<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 21 MAC 2014 \u2013 Dalam usaha memelihara khazanah Melayu dan meneruskan kesinambungan seni budaya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar melancarkan album bertajuk Lagu Melayu Asli dan Kelestarian Warisan USIM. Diterbitkan bukan tujuan mengaut keuntungan, album ini dilihat sebagai usaha USIM bagi memelihara warisan budaya dan terus mempopularkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":24991,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24990"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24990"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24990\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24991"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24990"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24990"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24990"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}