{"id":25048,"date":"2014-03-03T14:51:39","date_gmt":"2014-03-03T06:51:39","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=25048"},"modified":"2016-09-09T15:39:44","modified_gmt":"2016-09-09T07:39:44","slug":"kumpulan-de-noonas-dinobat-ikon-inovasi-bh-2013","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/kumpulan-de-noonas-dinobat-ikon-inovasi-bh-2013\/","title":{"rendered":"KUMPULAN DE NOONA\u2019S DINOBAT IKON INOVASI BH 2013"},"content":{"rendered":"
PUTRAJAYA, 27 Feb 2014 – Kumpulan De Noona\u2019s yang mempertaruhkan produk laksa yang diperbuat daripada barli mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Inovasi pada Majlis Anugerah Ikon Varsiti Berita Harian 2013. Majlis yang berlangsung dengan meriah itu telah diadakan di Hotel Everly, Putrajaya.<\/p>\n
Kumpulan ini terdiri daripada enam orang pelajar yang diketuai oleh Amirah Najwa Bt Jarani,dan ahli lain Mulaikah Bt Azizan, Khadijah Bt Ab Majid, Norain Farah Bt Moktar, Noor Najwa Bt Hassan dan Aini U\u2019naizah\u00a0 Bt Zalizam dan mendapat bimbingan pensyarah Professor Madya Dr Alina Abdul Rahim.<\/p>\n
Ketua kumpulan, Amirah Najwa Bt Jarani melahirkan rasa syukur atas pengiktirafan yang tidak dijangka ini yang mana hasil dan usaha keras ahli kumpulan telah mendapat penghargaan dari Berita Harian. \u201cSaya berbangga dengan akhbar Berita Harian kerana menjadi akhbar yang mengambil inisiatif dalam menghargai dan mengiktiraf inovasi dan hasil kerja anak-ank muda Malaysia\u201d, tambah beliau lagi yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000 berserta trofi.<\/p>\n
Produk yang dikenali sebagai \u2018Horley Laksa Noodle\u2019 merupakan mini projek yang dihasilkan melalui subjek Pembangunan Produk dalam kursus Bioteknologi Makanan Tahun 3 di USIM. Gabungan bijiran barli dan beras yang mempunyai kandungan mineral, serat larut dan tidak larut yang tinggi dibandingkan dengan laksa yang berada di pasaran ini mengandungi kandungan beta glucan yang tinggi dan rendah glisemik bagi membantu menyeimbangkan kadar glukosa dalam darah.<\/p>\n
Produk ini telah memenangi beberapa pertandingan sebelum ini antaranya menggondol pingat emas, Anugerah Al-Khawarizmi serta Anugerah MINDS dalam kategori Sosial Sains di Ekspo Inovasi Islam (i-Inova) 2013. Turut memenangi pingat perak dalam kategori \u2018Medical, Pharmaceutical and Health\u2019 peringkat antarabangsa di PECIPTA 2013, dan tempat kedua dalam kategori \u2018Halal Compliance\u2019 di Student Innovation Competition (SIC\u201913) peringkat fakulti di USIM.<\/p>\n
Manakala, kumpulan Bambusia dan\u00a0 Urusetia Latihan Pembangunan Mahasiswa (ULPM) masing-masing mendapat saguhati dalam kategori inovasi dan khidmat sosial atas pencapaian mereka terpilih sebagai finalis Ikon Varsiti kali ini. Mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM2000 berserta trofi. Turut hadir sama bagi meraikan kejayaan mereka Naib Canselor Prof Dato\u2019 Dr Asma Ismail, Dekan\u00a0 FST Prof\u00a0 Dr Bachok M. Taib, Pensyarah Penyelia Prof Madya Dr Alina Abdul Rahim, Encik Nasrul Hakim Ahmad, Ketua Bahagian HEP dan Dr Faizal Kasmani Pengarah StraComm.<\/p>\n
Disediakan oleh:<\/p>\n
Noorumaina Mohamed Yunus<\/p>\n
Penolong Pegawai Media<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
PUTRAJAYA, 27 Feb 2014 – Kumpulan De Noona\u2019s yang mempertaruhkan produk laksa yang diperbuat daripada barli mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Inovasi pada Majlis Anugerah Ikon Varsiti Berita Harian 2013. Majlis yang berlangsung dengan meriah itu telah diadakan di Hotel Everly, Putrajaya. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang pelajar yang diketuai oleh […]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":25049,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25048"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25048"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25048\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25049"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25048"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25048"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25048"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}