{"id":25165,"date":"2013-11-25T09:42:09","date_gmt":"2013-11-25T01:42:09","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=25165"},"modified":"2016-11-14T08:55:25","modified_gmt":"2016-11-14T00:55:25","slug":"dompet-rangkul-anugerah-filemvideo-paling-popular-ffvpm-10-di-laman-youtube","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/dompet-rangkul-anugerah-filemvideo-paling-popular-ffvpm-10-di-laman-youtube\/","title":{"rendered":"\u2018DOMPET\u2019 RANGKUL ANUGERAH FILEM\/VIDEO PALING POPULAR FFVPM-10 DI LAMAN YOUTUBE"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">NILAI, 16 Nov\u00a0 &#8211; Malam Anugerah Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia (FFVPM-10) anjuran Program Komunikasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) disambut meriah di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Majlis kemuncak ini diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan, Ketua Setiausaha 1 Kementerian Komunikasi dan Multimedia, YBhg. Dato\u2019 Dr Rothiah Binti Hj Omar. Turut hadir sama adalah Naib Canselor USIM, YBhg. Prof Dato\u2019 Dr Asma Ismail dan Ketua Pengarah FINAS, YM Raja Rozaimi Raja Dalnish Shah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain acara kemuncak malam FFVPM-10\u00a0 pada 16 November 2013, turut diadakan Karnival Komunikasi sepanjang 14 dan 15 November. Antara aktiviti yang diadakan adalah Forum Cabaran Muslimah di Media, bengkel penulisan skrip dan berita, sesi Apresiasi Filem Tanda Putera serta pameran berkaitan bidang komunikasi di Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bertemakan Evolusi Lensa Merentas Globalisasi, FFVPM-10 menyaksikan lebih 200 penyertaan daripada Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta. Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan iaitu Filem\/Video Pendek, Filem\/Video Dokumentari, Filem\/Video Eksperimen,Video Klip, Iklan, Filem\/Video Animasi dan Pesanan Khidmat Awam (PSA).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">USIM menampilkan Video bertajuk \u2018Dompet\u2019 yang merangkul Anugerah Filem\/Video paling popular dan mendapat tempat ketiga bagi kategori Filem\/Video Pendek terbaik. Bagi kategori Iklan Terbaik bertajuk \u2018Tumpang Raya\u2019 dan Pesanan Khidmat Awam (PSA) bertajuk \u2018Anugerah Kehidupan\u2019 kedua-duanya mendapat tempat kedua.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pengarah \u2018Dompet\u2019 iaitu Fairus Bt Abdul Manaf, pelajar Tahun 2 dari Fakulti Sains dan Teknologi berkata, \u201cidea ini muncul apabila jarang Filem atau Video di luar sana yang menceritakan kasih sayang antara adik beradik\u201d. Dengan itu, beliau memberanikan diri untuk mempamerkan cerita berkisahkan kasih sayang abang terhadap adik perempuannya. Beliau bersama krew Dompet mengambil masa seminggu untuk menyiapkan video ini berasa sangat gembira dan bersyukur kerana mendapat tempat ketiga dan Anugerah Video paling popular di laman sosial You Tube.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">YBhg. Prof Dato\u2019 Dr Asma Ismail, Naib Canselor USIM dalam ucapannya berkata, \u201cbeliau berhasrat agar USIM akan memartabatkan penerbitan filem yang bukan hanya mementingkan kualiti produk tetapi juga pemantapan dari segi mesej hatta mampu mengangkat elemen kecemerlangan rohani dan jasmani. Dengan sokongan FINAS, program ini diharapkan akan dapat direalisasikan demi mencapai matlamat selari dengan objektif kecemerlangan ilmu Naqli dan Aqli,\u201d tambah beliau lagi.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<\/p>\n<p>Noorumaina Mohamed Yunus<\/p>\n<p>Penolong Pegawai Media StraComm<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 16 Nov\u00a0 &#8211; Malam Anugerah Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia (FFVPM-10) anjuran Program Komunikasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) disambut meriah di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan. Majlis kemuncak ini diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan, Ketua Setiausaha 1 Kementerian Komunikasi dan Multimedia, YBhg. Dato\u2019 Dr [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":25166,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25165"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25165"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25165\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25166"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25165"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25165"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25165"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}