{"id":25245,"date":"2013-09-11T12:34:24","date_gmt":"2013-09-11T04:34:24","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=25245"},"modified":"2016-11-14T09:59:54","modified_gmt":"2016-11-14T01:59:54","slug":"pelajar-laksana-khidmat-masyarakat-di-australia-melalui-giso","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/pelajar-laksana-khidmat-masyarakat-di-australia-melalui-giso\/","title":{"rendered":"PELAJAR LAKSANA KHIDMAT MASYARAKAT DI AUSTRALIA MELALUI GISO"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">NILAI, 5 September\u00a0 2013 \u2013 Seramai 15 orang pelajar\u00a0 dan 2 orang pegawai pengiring Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Program Global Islamic Students Outreach(GISO) 2013 di Bumi Aussie, Australia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Misi Kembara Kehidupan di Bumi Aussie, Australia anjuran Urusetia Latihan Pembangunan Mahasiswa (ULPM) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM ini telah berlangsung selama 8 hari bermula pada 20 hingga 27 Ogos 2013 bertempat di dua lokasi, Wollongong dan Sydney.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelajar ULPM yang membawa slogan \u201cSatu misi, seribu pengalaman, sejuta kenangan\u201d, dalam program GISO ke Australia kali ini merupakan kesinambungan dari program pengantarabangsaan ULPM sebelum ini iaitu Lawatan Mahabbah (LAMA\u201909), Korea Selatan (2009), Misi Kemanusiaan: Mahasiswa USIM Merentas Asean, Kemboja dan Vietnam (2011) dan Program Misi Kembara Insani di Bandung, Indonesia(2012).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">GISO merupakan inisiatif Universiti untuk mewujudkan platform bersesuaian bagi pelajar melaksanakan program pengantarabangsaan dengan menjadikan elemen khidmat masyarakat sebagai pengisian utamanya ke Negara yang dilawati.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi program GISO di Australia, beberapa objektif utama yang digariskan telah tercapai semasa di sana antaranya memberi peluang kepada mahasiswa untuk menyumbang dan berkongsi pembangunan masyarakat Islam dari segi kerohanian, intelektual, dan jasmani, membuat kajian dan rujukan pengurusan persatuan pelajar Malaysia di Australia dan mempromosikan USIM.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut Pengerusi ULPM, Ahmad Faezi Syakir Mohd Huri, bersesuaian dengan moto ULPM itu sendiri \u201cPerintis Mahasiswa Berkualiti\u201d, program seumpama ini adalah satu langkah proaktif ULPM bagi melatih mahasiswa mengendalikan program pengantarabangsaan berskala besar seperti ini kerana ia adalah kemahiran yang tidak diajar secara khusus dalam kuliah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Katanya lagi \u201cAntara aktiviti yang kami adakan sepanjang di sana adalah mempelajari seni khat Arab di Masjid Darul Imaan di Sydney, mendalami adat perkahwinan masyarakat arab Libya, berpeluang merasai suasana pembelajaran di Al-Faisal College serta lawatan mahabbah ke University of New South Wales, dan Universiti of Wollongong. Selain itu, peserta turut menyampaikan sumbangan Al-Quran, kelengkapan solat dan buku ilmiah kepada Masjid Omar di Wollongong dan Masjid Darul Imaan di Sydney dan menyelami secara langsung kehidupan masyarakat Islam minoriti di Australia\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pengalaman selama 8 hari di sana telah memberikan impak yang positif kepada peserta program khususnya dalam mempraktikkan pembelajaran di USIM dalam kehidupan seharian di sana khususnya penguasaan Bahasa Inggeris dan Arab serta keperluan menjaga syariat mengikut\u00a0 masa, tempat dan keadaan.<\/p>\n<p>Oleh:<\/p>\n<p>Unit Perhubungan dan Pengantarabangsaan ULPM<\/p>\n<p>Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM<\/p>\n<p>Dikemaskini oleh : Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 5 September\u00a0 2013 \u2013 Seramai 15 orang pelajar\u00a0 dan 2 orang pegawai pengiring Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Program Global Islamic Students Outreach(GISO) 2013 di Bumi Aussie, Australia. Misi Kembara Kehidupan di Bumi Aussie, Australia anjuran Urusetia Latihan Pembangunan Mahasiswa (ULPM) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM ini telah berlangsung selama 8 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":25246,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25245"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25245"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25245\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25246"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25245"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25245"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25245"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}