{"id":25379,"date":"2013-05-22T15:04:35","date_gmt":"2013-05-22T07:04:35","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=25379"},"modified":"2016-11-14T12:36:10","modified_gmt":"2016-11-14T04:36:10","slug":"aksis-2012-hakimi-dan-fatimah-cipta-sejarah-peribadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/aksis-2012-hakimi-dan-fatimah-cipta-sejarah-peribadi\/","title":{"rendered":"AKSIS 2012 : HAKIMI DAN FATIMAH CIPTA SEJARAH PERIBADI"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">NILAI, 20 Mei \u2013 Menjadi antara majlis utama diperingkat Universiti yang dinantikan oleh para pelajar setiap tahun sejak mula dianjurkan bermula 2008, Anugerah Kecemerlangan Siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atau singkatannya AKSIS merupakan kemuncak pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian pelajar dalam pelbagai aktiviti dan program Universiti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sepanjang tahun 2012, pelbagai pencapaian telah diperolehi pelajar dan bertepatan dengan hasrat USIM yang bertekad melahirkan graduan holistik dan berdaya gaji tinggi, AKSIS adalah simbolik penghargaan Universiti kepada pelajar yang telah berupaya memperkasakan diri mereka dengan pelbagai kemahiran insaniah sekaligus mempersiapkan diri menghadapi cabaran alam kerjaya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cIni merupakan AKSIS pertama bagi saya, dan semestinya saya amat teruja untuk melihat para pemenang dan persembahan daripada pelajar. Kelebihan pelajar USIM adalah kemampuan mereka menguasai pelbagai cabang ilmu moden yang dimurnikan dengan nilai-nilai Keislaman dengan baik dan seimbang\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cPastinya dihadapan saya ini, adalah bakal-bakal pemimpin Islam yang unggul kepada agama, bangsa dan negara\u201d kata YBhg. Naib Canselor USIM, Prof. Dato\u2019 Dr. Asma Ismail dalam ucapan aluannya di majlis ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Hilyati Muhammad Nassir, Timbalan Pengarah Pembangunan Perniagaan SME Corporation Malaysia mewakili YBhg. Dato\u2019 Hafsah Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebanyak 14 buah kategori dipertandingkan antaranya kecemerlangan kepimpinan, pencapaian, sukan, sukarelawan, seni dan keusahawanan. Tiga anugerah utama yang menjadi rebutan telah memberi kegembiraan berganda kepada pelajar Urus Setia Keseniaan Pelajar apabila menggondol dua daripadanya iaitu Anugerah Perdana Emas dan Anugerah Perdana Siswa melalui Mohd Nurhakimi Md Yaman. Manakala\u00a0 Perdana Siswi milik Fatimah Azzahra\u2019 Harolizam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebelum itu, Mohd Nurhakimi dan Fatimah Azzahra\u2019, masing-masing turut menerima Anugerah Cemerlang Seni Individu dan Anugerah Jasa Bakti Pembangunan Insan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara pemenang lain adalah Syarikat Annajihin Enterprise mengungguli kategori Cemerlang Usahawan, Norhaliza Muaidi (Cemerlang Sukan Individu), Nor Syamimi Hashim (Jasa Bakti Sukarelawan), Muhammad Hafiz Zulkhairi (Cemerlang Kepimpinan Pengurusan) dan Muhammad Firdaus Zul Kafli (Cemerlang Kepimpinan Pencapaian).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berlangsung dalam suasana penuh gilang gemilang di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, AKSIS turut menghiburkan para penonton yang hadir dengan persembahan para pelajar seperti dikir barat, muzik moden, tarian tradisional dan nasyid kontemporari.<\/p>\n<p>Disediakan oleh ;<br \/>\nMohd Zaini Othman<br \/>\nPenolong Pendaftar StraComm<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 20 Mei \u2013 Menjadi antara majlis utama diperingkat Universiti yang dinantikan oleh para pelajar setiap tahun sejak mula dianjurkan bermula 2008, Anugerah Kecemerlangan Siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atau singkatannya AKSIS merupakan kemuncak pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian pelajar dalam pelbagai aktiviti dan program Universiti. Sepanjang tahun 2012, pelbagai pencapaian telah diperolehi pelajar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":25380,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25379"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25379"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25379\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25380"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25379"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25379"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25379"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}