{"id":25438,"date":"2013-04-24T15:33:50","date_gmt":"2013-04-24T07:33:50","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=25438"},"modified":"2016-11-14T15:04:08","modified_gmt":"2016-11-14T07:04:08","slug":"51-orang-palapes-usim-bakal-ditauliahkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/51-orang-palapes-usim-bakal-ditauliahkan\/","title":{"rendered":"51 ORANG PALAPES USIM BAKAL DITAULIAHKAN"},"content":{"rendered":"
BANGI, 20 April \u2013 Seramai 98 orang pegawai kadet senior yang bakal ditauliahkan dalam Majlis Pentauliahan di-Raja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Julai ini diraikan dalam Majlis Makan Malam Rejimental bersama Komandan PALAPES UKM Siri 32 Tahun 2013\u00a0 di Hotel Equatorial, Bangi.<\/p>\n
Barisan pegawai kadet PALAPES UKM seramai 98 orang ini terdiri daripada 47 orang pelajar UKM dan 51 orang pelajar USIM. Penyertaan para pelajar USIM dalam PALAPES menggunakan platform rasmi Pasukan PALAPES UKM buat masa ini kerana Universiti masih belum mempunyai Markas PALAPES sendiri.<\/p>\n
Ketiadaan markas sendiri untuk melaksanakan latihan dan program yang berkaitan, pastinya memberi cabaran yang besar kepada pelajar USIM yang menyertai PALAPES dari segi masa dan tenaga kerana perlu berada di UKM pada hari-hari latihan dijalankan. Kekangan ini bukan batu penghalang apabila USIM berjaya melahirkan kumpulan pertama pelajarnya seramai 42 orang dalam majlis pentauliahan rasmi PALAPES pada tahun lalu.<\/p>\n
YBhg. Profesor Tan Sri Dato\u2019 Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM merangkap Komanden PALAPES UKM yang hadir memuji penganjuran majlis ini kerana dijayakan sepenuhnya oleh para pelajar dari dua buah Universiti berbeza tetapi bergerak dan bekerjasama dengan penuh erat antara satu sama lain atas nama PALAPES.<\/p>\n
Turut hadir ke majlis ini ialah YBhg. Profesor Dato\u2019 Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM bersama Pengurusan Universiti. \u201cMerujuk kepada penglibatan pelajar USIM dan UKM dalam kebersamaan menjalani latihan terbukti telah berjaya memupuk kerjasama dalam kalangan pegawai kadet dan ini tidak seharusnya terbatas di dalam markas sahaja\u201d<\/p>\n
\u201cPegawai kadet boleh menjalin kerjasama dalam penglibatan program antara universiti serta bertukar-tukar pandangan dalam akademik sesama sendiri. Kerjasama yang dipupuk semasa latihan harus diteruskan sehingga ke akhirnya\u201d<\/p>\n
Naib Canselor juga menyatakan komitmen beliau untuk bersama-sama PALAPES USIM bagi merealisasikan impian bersama untuk melihat USIM maju selangkah ke hadapan dengan tertubuhnya markas PALAPES sendiri suatu hari nanti.<\/p>\n
Dalam majlis ini juga, turut disampaikan anugerah kepada pegawai kadet yang cemerlang dalam pelbagai kategori seperti Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Tertinggi, Anugerah Sukarelawan Cemerlang dan Kecemerlangan Akademik Universiti. Sementara itu, YBhg. Mantan Naib Canselor USIM, Profesor Dato\u2019 Dr. Muhamad Muda turut menerima penghargaan khas atas sumbangan beliau kepada PALAPES sebelum ini.<\/p>\n
Disediakan oleh :<\/p>\n
Mohd Zaini Othman
\nPenolong Pendaftar
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
BANGI, 20 April \u2013 Seramai 98 orang pegawai kadet senior yang bakal ditauliahkan dalam Majlis Pentauliahan di-Raja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Julai ini diraikan dalam Majlis Makan Malam Rejimental bersama Komandan PALAPES UKM Siri 32 Tahun 2013\u00a0 di Hotel Equatorial, Bangi. Barisan pegawai kadet PALAPES UKM […]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":25439,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25438"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25438"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25438\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25439"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25438"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25438"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25438"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}