{"id":25445,"date":"2013-04-24T15:32:11","date_gmt":"2013-04-24T07:32:11","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=25445"},"modified":"2016-11-14T15:08:49","modified_gmt":"2016-11-14T07:08:49","slug":"usim-kenalpasti-lapangan-kerjasama-dengan-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-kenalpasti-lapangan-kerjasama-dengan-upsi\/","title":{"rendered":"USIM KENALPASTI LAPANGAN KERJASAMA DENGAN UPSI"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">TANJONG MALIM, 18 April \u2013 Lawatan Kerja Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh YBhg. Profesor Dato\u2019 Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini telah mengenalpasti ruang kerjasama yang menarik untuk digerakkan secara aktif\u00a0 antara kedua belah pihak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Turut serta dalam lawatan kerja ini adalah Ketua Jabatan di USIM antaranya Jabatan Bendahari, Pusat Teknologi Maklumat, Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan (PHIP), Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) dan Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asean (ACREDA) serta para pegawai.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Siri lawatan bermula pagi dengan Mesyuarat\u00a0 Pembangunan Sistem ICT yang dipengerusikan secara bersama di antara YBhg. Naib Canselor USIM dan YBhg. Naib Canselor UPSI, Profesor Dato\u2019 Dr. Zakaria Kasa. Melalui mesyuarat bersama ini, kerjasama pintar UPSI-USIM dalam menaiktaraf dan melengkapkan sistem kewangan terkini di Jabatan Bendahari USIM telah dikenalpasti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi menerokai bidang penyelidikan dan inovasi yang berpotensi dijalankan secara bersama antara penyelidik USIM dan UPSI, satu sesi perbincangan telah diaturkan bersama YBhg. Prof. Dato\u2019 Noraini Idris, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan kumpulan penyelidik UPSI.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cMelalui perbincangan sebentar tadi, USIM dan UPSI melihat bidang penyalahgunaan dadah dan sains sukan akan menjadi bidang awal untuk memulakan kerjasama penyelidikan ini. Kita mempunyai kepakaran dan kemudahan di ACREDA dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) yang pastinya banyak membantu nanti\u201d ulas YBhg. Dato\u2019 Naib Canselor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam sesi jamuan petang, para ahli lawatan USIM telah dihidangkan dengan kuih pow istimewa hasil penyelidikan pensyarah UPSI yang berpotensi besar untuk dikomersialkan kerana mempunyai tekstur yang lembut dan rasanya yang sedap.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Lawatan kerja rasmi yang tamat lewat petang berakhir dengan kunjungan hormat delegasi USIM bertemu YBhg. Naib Canselor UPSI, Profesor Dato\u2019 Dr. Zakaria Kasa di pejabat beliau di Bangunan Canselori.<\/p>\n<p>Disediakan oleh :<\/p>\n<p>Mohd Zaini Othman<br \/>\nPenolong Pendaftar<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TANJONG MALIM, 18 April \u2013 Lawatan Kerja Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh YBhg. Profesor Dato\u2019 Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini telah mengenalpasti ruang kerjasama yang menarik untuk digerakkan secara aktif\u00a0 antara kedua belah pihak. Turut serta dalam lawatan kerja ini adalah Ketua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":25446,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25445"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25445"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25445\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25446"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25445"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25445"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25445"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}