{"id":25916,"date":"2009-08-04T09:17:02","date_gmt":"2009-08-04T01:17:02","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=25916"},"modified":"2016-10-20T08:56:00","modified_gmt":"2016-10-20T00:56:00","slug":"seminar-kebangsaan-media-dan-pemikiran-islam-2009","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/seminar-kebangsaan-media-dan-pemikiran-islam-2009\/","title":{"rendered":"SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009"},"content":{"rendered":"<p>Bangi, 21 Julai 2009 &#8211; Program Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Seminar Kebangsaan Media dan Pemikiran Islam 2009 (MIST \u201909) pada 21 hingga 22 Julai 2009 di Hotel Equatorial Bangi,\u00a0 Selangor.<\/p>\n<p>Majlis perasmian MIST \u201909 telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato\u2019 Mejar Jeneral (B) Jamil Khir bin Baharom pada 21 Julai 2009 (Selasa) jam 8.30 malam, di Dewan Utama Hotel Equatorial Bangi Selangor.<\/p>\n<p>Buat julung kalinya, pada malam perasmian tersebut diumumkan para pemenang Pertandingan Filem Pendek Bertemakan Nilai-Nilai Pemikiran Islam peringkat IPTA dan IPTS. Pemenang utama pertandingan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3000 serta piala iringan. Untuk kategori<\/p>\n<p>MIST \u201909 dihadiri oleh tokoh-tokoh pemikir dalam bidang Media dan Islam; antaranya Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, Prof Madya Dr. Syed Farid Alatas, dan Datuk Azman Ujang. Ketiga-tiga mereka akan membincangkan isu bertajuk \u201cIslam in the Media Portrayed by Muslim and Non-Muslim\u201d pada sesi plenary yang akan berlangsung pada 21 Julai 2009 jam 9.00 pagi.<\/p>\n<p>Selain itu kira-kira 70 orang tenaga pakar akademik dan wakil daripada industri media tempatan dan antarabangsa akan membentangkan\u00a0 kertas kerja masing-masing, merangkumi bidang-bidang media dan Islam sepanjang dua hari seminar berlangsung.<\/p>\n<p>Antara tema yang dibincangkan ialah Kesan Media dan Islam, Propaganda Media dan Islam, Media dan Fiqh, dan Perhubungan Antarabangsa, Media dan Islam.<\/p>\n<p>Pengarah program merangkap felo kanan USIM, Mazni Buyong berkata seminar ini dilihat sebagai satu lagi usaha penting dalam membangunkan kepakaran dan modal insan yang terlatih di kalangan umat Islam dalam bidang media dan komunikasi massa.<\/p>\n<p>\u201cUSIM menerusi Program Komunikasi cuba membawa dan mengetengahkan bentuk pemikiran Islam dalam setiap karya yang dihasilkan, khususnya dalam menyemai minda pelajar dengan nilai-nilai Islam dalam setiap proses sebaran maklumat. Ia secara tidak langsung dapat mengubah sudut pandangan khalayak secara keseluruhannya dalam melihat ketinggian nilai dan pemikiran Islam yang disebarkan menerusi representasi oleh media\u201d , ujar Mazni.<\/p>\n<p>Tambah beliau, seminar seperti ini diharap dapat memperbetulkan persepsi khalayak terhadap ideologi, imej dan kandungan berunsurkan Islam dalam setiap paparan media.<\/p>\n<p>\u201cSuntikan pemikiran dan elemen berunsurkan Islam dalam karya-karya media masa kini turut memberi wajah serta nafas baru dalam aliran sebaran maklumat. Ia memaparkan kekuatan sudut spiritual dalam penyampaian mesej kepada khalayak, yang seterusnya berupaya menjadi panduan dalam kehidupan, memberi peringatan serta pada satu tahap mampu mengubah persepsi dan tingkah laku khalayak\u201d, tambah beliau lagi.<\/p>\n<p>Oleh :<br \/>\npro@usim.edu.my<br \/>\nTel : 06-7988025\/8026\/8027\/8028<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bangi, 21 Julai 2009 &#8211; Program Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Seminar Kebangsaan Media dan Pemikiran Islam 2009 (MIST \u201909) pada 21 hingga 22 Julai 2009 di Hotel Equatorial Bangi,\u00a0 Selangor. Majlis perasmian MIST \u201909 telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato\u2019 Mejar Jeneral (B) Jamil Khir bin Baharom pada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":25918,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25916"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25916"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25916\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25918"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25916"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25916"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25916"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}