{"id":26381,"date":"2010-07-06T12:00:49","date_gmt":"2010-07-06T04:00:49","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=26381"},"modified":"2016-09-06T12:02:23","modified_gmt":"2016-09-06T04:02:23","slug":"debat-bahasa-arab-dinaiktaraf-piala-diraja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/debat-bahasa-arab-dinaiktaraf-piala-diraja\/","title":{"rendered":"DEBAT BAHASA ARAB DINAIKTARAF PIALA DIRAJA"},"content":{"rendered":"<p>Buat kali ketiga Universiti Sains Islam Malaysia bekerjasama dengan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia menganjurkan Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Kali Ketiga 2010. Pertandingan yang berlangsung selama 5 hari bermula 25 hingga 29 Jun 2010 ini melibatkan penyertaan daripada 40 buah sekolah yang terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Kelas Aliran Agama (KAA) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.<\/p>\n<p>Pertandingan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah sebagai persediaan mantap ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, ianya merupakan medan terbaik untuk melatih dan mengasah bakat kepimpinan dan keupayaan berfikir secara kritis dan analitis dalam kalangan pelajar sekolah tentang isu-isu semasa.<\/p>\n<p>Majlis Perasmian Penutup dan Pertandingan Akhir telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato\u2019 Hajah Noor Rezan Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan), Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah berlangsung pada 29 Jun 2010 di Dewan Kuliah Pusat 3.<\/p>\n<p>Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada USIM dan Bahagian Pendidikan Islam, KPM kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan yang berprestij ini buat kali ketiga.<\/p>\n<p>\u201c Saya percaya dengan kualiti dan sambutan yang menggalakkan ini saya mencadangkan agar pertandingan ini dinaiktaraf sebagai Pertandingan Debat Bahasa Arab Piala Diraja dan Tetamu kehormatnya nanti adalah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong\u201d.<\/p>\n<p>Pertandingan akhir yang menemukan pasukan daripada SMKA Naim Lil Banat, Kelantan selaku kerajaan dan pasukan daripada Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) selaku pembangkang. Pasukan kerajaan menyokong usul \u201cMenghadkan Bilangan Subjek SPM Lebih Baik\u201d.<\/p>\n<p>KISAS telah diumumkan sebagai Johan sekaligus membawa pulang Piala Pusingan buat kali ketiga berturut-turut. KISAS selaku Johan telah membawa pulang Piala Pusingan, wang tunai RM 2000, piala iringan sekolah, piala iringan pendebat, langganan majalah E@siswa dan Fokus SPM selama setahun sumbangan Karangkraf beserta sijil penyertaan.<\/p>\n<p>Manakala SMKA Naim Lil Banat yang hanya mampu berpuas hati selaku Naib Johan membawa pulang wang tunai RM 1,000, piala iringan sekolah, piala iringan pendebat, langganan majalah E@Siswa dan Fokus SPM selama 6 bulan sumbangan Karangkraf beserta sijil penyertaan. Saudari Tasneem binti Mohamad Taha dari SMKA Naim Lil Banat telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik dan beliau membawa pulang wang tunai RM 500 , piala iringan pendebat berserta sijil penyertaan.<\/p>\n<p>Selain itu, pasukan dari SM Imtiaz Dungun dan SAMT Sultan Hisamuddin Klang yang diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga telah membawa pulang wang tunai RM 600 , piala iringan sekolah, piala iringan pendebat, langganan majalah E@Siswa dan Fokus SPM selama 3 bulan sumbangan Karangkraf berserta sijil penyertaan.<\/p>\n<p>Hadiah telah disampaikan oleh Y. Bhg. Dato\u2018 Hajah Noor Rezan Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan), Kementerian Pelajaran Malaysia.Turut hadir Y. Bhg. Prof. Dato\u2018 Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar &amp; Alumni) USIM dan Tuan Haji Abd. Rashid Ngah, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.<\/p>\n<p>Oleh :<br \/>\nMohd Hariri Hj. Mohamad Daud<br \/>\nPenolong Pendaftar<br \/>\nUnit Komunikasi Korporat<br \/>\nhariri@usim.edu.my<br \/>\nTel : 06-7988025\/8026\/8027\/8028<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Buat kali ketiga Universiti Sains Islam Malaysia bekerjasama dengan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia menganjurkan Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Kali Ketiga 2010. Pertandingan yang berlangsung selama 5 hari bermula 25 hingga 29 Jun 2010 ini melibatkan penyertaan daripada 40 buah sekolah yang terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":26382,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26381"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26381"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26381\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26382"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26381"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26381"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26381"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}