{"id":26424,"date":"2010-08-09T12:11:50","date_gmt":"2010-08-09T04:11:50","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=26424"},"modified":"2016-09-06T12:13:46","modified_gmt":"2016-09-06T04:13:46","slug":"lagu-warna-warna-ceria-juara-festival-cipta-2010","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/lagu-warna-warna-ceria-juara-festival-cipta-2010\/","title":{"rendered":"LAGU WARNA-WARNA CERIA JUARA FESTIVAL CIPTA 2010"},"content":{"rendered":"<p>Putrajaya, 7 Ogos 2010 \u2013 Lagu \u2019Warna-warna Ceria\u2019 hasil nukilan penghuni penjara muncul juara untuk Festival Cipta Lagu Patriotik (CIPTA 2010) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya.<\/p>\n<p>Johan membawa pulang wang tunai RM1000 dan hadiah iringan. Manakala lagu \u2018Jiwa Berpadu\u2019\u2019 menduduki tempat kedua diikuti lagu \u2018Tuah Bumi Ini\u2019 yang mana masing-masing membawa hadiah wang tunai sebanyak RM750 dan RM500 beserta hadiah iringan.<\/p>\n<p>Menurut Shahril (bukan nama sebenar) yang merupakan komposer lagu \u2018Warna-warna Ceria\u2019 berkata, beliau tidak menyangka sama sekali lagu yang dihasilkan bersama rakannya Nabil (bukan nama sebenar) terpilih menjadi juara.<\/p>\n<p>\u201cSaya begitu terkejut dan terharu apabila lagu saya diumumkan sebagai juara kerana lagu-lagu lain yang bertanding juga bagus dan hebat\u201d, tambah beliau lagi.<\/p>\n<p>Sementara itu, rakannya Nabil berharap agar lagu tersebut dapat berkumandang di corong-corong radio dan seterusnya dikongsi dengan seluruh masyarakat.<\/p>\n<p>Selain itu sebanyak tiga buah lagu telah terpilih untuk lirik terbaik iaitu untuk lagu \u2018Bunga Jiwa Bangsaku\u2019, \u2018Selamat Datang Kemenangan\u2019 dan \u2018Tuah Bumi Ini\u2019 yang mana masing-masing membawa pulang wang tunai RM500.<\/p>\n<p>Program yang merupakan kali ketiga ini bertujuan memupuk semangat kerjasama dan kesedaran dalam penyertaan mahasiswa, kakitangan dan penghuni penjara yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.<\/p>\n<p>Sebanyak 8 buah lagu telah dipilih untuk\u00a0 ke final dan diiringi oleh sebuah orkestra yang terdiri dari 80 orang pemuzik serta dipersembahkan oleh pelajar USIM dan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Selain itu festival ini turut diwarnai dengan Pertandingan Melukis Tokoh Patriotik Malaysia.<\/p>\n<p>Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar USIM, Y.Bhg. Profesor Dato\u2019 Dr. Mohamed Asin Dollah berkata, persembahan CIPTA kali ini lebih mantap berbanding tahun-tahun lepas.<\/p>\n<p>\u201cSaya merasakan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang agar softskill yang diterapkan dapat dihayati dan dikuasai oleh para pelajar\u201d, tambah beliau lagi.<\/p>\n<p>Bagi Pengarah Pemulihan dan Rawatan ,Jabatan Penjara Malaysia, TKPj. Hj. Darussalam Budin pula, beliau sangat berterima kasih kepada USIM dan badan-badan NGO seperti DBKL dan Perbadanan Putrajaya kerana menyediakan ruang dan peluang kepada penghuni penjara untuk mengetengahkan bakat mereka.<\/p>\n<p>\u201cMemandangkan program ini telah tiga kali dianjurkan, Perdana Menteri Malaysia menyarankan agar lagu-lagu yang terpilih ke peringkat final dikompilasikan agar dapat dikongsi dengan seluruh masyarakat Malaysia\u201d, kata TKPj. Hj. Darussalam lagi.<\/p>\n<p>Turut hadir Yang Berhormat Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri.<\/p>\n<p>Oleh :<br \/>\nSiti Maizatul Akmar Ismail<br \/>\nPembantu Wartawan<br \/>\nUnit Komunikasi Korporat<br \/>\npwartawan@usim.edu.my<br \/>\nTel : 06-7988025\/8026\/8027\/8028<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Putrajaya, 7 Ogos 2010 \u2013 Lagu \u2019Warna-warna Ceria\u2019 hasil nukilan penghuni penjara muncul juara untuk Festival Cipta Lagu Patriotik (CIPTA 2010) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya. Johan membawa pulang wang tunai RM1000 dan hadiah iringan. Manakala lagu \u2018Jiwa Berpadu\u2019\u2019 menduduki [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":26425,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26424"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26424"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26424\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26425"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26424"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26424"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26424"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}