{"id":26647,"date":"2011-02-23T11:58:47","date_gmt":"2011-02-23T03:58:47","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=26647"},"modified":"2016-09-15T15:21:26","modified_gmt":"2016-09-15T07:21:26","slug":"program-sme-university-internship-menggilap-keupayaan-pelajar-usim-menjadi-perunding-muda-kepada-sme","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/program-sme-university-internship-menggilap-keupayaan-pelajar-usim-menjadi-perunding-muda-kepada-sme\/","title":{"rendered":"PROGRAM \u201cSME-UNIVERSITY INTERNSHIP\u201d MENGGILAP KEUPAYAAN PELAJAR USIM MENJADI PERUNDING MUDA KEPADA SME"},"content":{"rendered":"
Seramai 30 orang pelajar tahun akhir USIM telah membuktikan keupayaan mereka menawarkan khidmat perundingan kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) melalui program \u201cSME-University Internship\u201d dengan kerjasama SME Corp. Malaysia.<\/p>\n
Program yang buat julung kalinya diadakan di USIM ini merupakan satu jalinan kerjasama di antara dua kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian PengajianTinggi (KPT). Melalui kerjasama ini, pelajar-pelajar universiti menawarkan khidmat nasihat dan rundingan kepada syarikat-syarikat SME bagi meningkatkan prestasi serta memajukan perniagaan syarikat-syarikat tersebut.<\/p>\n
Y.Bhg. Dato\u2019 Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia berkata \u201cMatlamat utama kerjasama ini adalah untuk meningkatkan sinergi hubungan di antara pihak universiti sebagai pusat kecemerlangan dan juga pihak industri di Malaysia melalui kerjasama yang sistematik.\u201d Beliau menambah \u201cPelaksanaan program yang bersifat \u2018win-win situation\u2019 ini, bukan sahaja dapat membantu pihak industri dalam meningkatkan prestasi syarikat bahkan juga dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar universiti mengenai budaya keusahawanan.\u201d<\/p>\n
Program \u201cSME-University Internship\u201d USIM telah berlangsung selama lebih daripada 4 bulan bermula pada pertengahan bulan Ogos 2010. Pada hari Sabtu 19 Februari 2011, satu sesi pembentangan akhir telah diadakan dihadapan barisan juri daripada SME Corp, Kementerian Pengajian Tinggi, SME Bank dan PUNB. Pembentangan akhir tersebut menunjukkan keupayaan pelajar-pelajar USIM membantu meningkatkan prestasi syarikat dari segi peningkatan jualan berikutan aktivit-aktiviti promosi dan pemasaran yang lebih berkesan, pengurusan akaun syarikat yang lebih sistematik, dan susunatur premis yang lebih kemas dan mesra pelanggan.<\/p>\n
Pelajar-pelajar yang menyertai program ini berpendapat program ini amat berharga kerana mereka dapat menimba banyak pengalaman dan mengetahui selok-belok perniagaan sebenar. Disamping itu, mereka dapat menggilap kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran bekerja dalam kumpulan.<\/p>\n
Oleh:<\/p>\n
MAHDHIR BIN ABDULLAH
\nPensyarah, Fakulti Ekonomi & Muamalat
\nPengarah, Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa
\nUniversiti Sains Islam Malaysia<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
Seramai 30 orang pelajar tahun akhir USIM telah membuktikan keupayaan mereka menawarkan khidmat perundingan kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) melalui program \u201cSME-University Internship\u201d dengan kerjasama SME Corp. Malaysia. Program yang buat julung kalinya diadakan di USIM ini merupakan satu jalinan kerjasama di antara dua kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian […]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":26648,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26647"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26647"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26647\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26648"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26647"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26647"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26647"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}