{"id":26692,"date":"2011-03-21T11:16:19","date_gmt":"2011-03-21T03:16:19","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=26692"},"modified":"2016-10-20T08:55:32","modified_gmt":"2016-10-20T00:55:32","slug":"kepimpinan-islam-teras-aspirasi-mpp-usim-2011","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/kepimpinan-islam-teras-aspirasi-mpp-usim-2011\/","title":{"rendered":"KEPIMPINAN ISLAM TERAS ASPIRASI MPP USIM 2011"},"content":{"rendered":"<p>Bandar Baru Nilai, 21 Mac 2011-\u00a0 Berlandaskan Islam sebagai teras kepimpinan , MPP USIM pada sesi kali ini bertekad untuk\u00a0 \u201cMerintis Kepimpinan Mahasiswa Yang Berintelektual, Inovatif Dan Kompetitif Dalam Merealisasikan Hasrat Universiti Secara Holistik di Arena Global\u201d sebagai visi barisan kepimpinan pelajar tersebut pada sesi kali ini.<\/p>\n<p>Di dalam ucapan dasar Yang Dipertua MPP USIM bagi sesi 2011, saudara Ibrahim Hussin Ibrahim bin Hussin berkata, sebagai satu-satunya Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berteraskan dan memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara, MPP USIM berjanji akan menjadikan Islam sebagai aspirasi utama selaras dengan hasrat dan impian Dato\u2019 Naib Canselor yang meletakkan Islam sebagai teras pentadbiran universiti.<\/p>\n<p>\u201cTidak ada jalan pintas untuk mengembalikan kecemerlangan Islam melainkan umat Islam sendiri yang mengembalikan keunggulan sahsiah mahasiswa yang hilang, yang akan menaungi kembali maruah umat Islam\u201d kata Ibrahim sewaktu menyampaikan ucapan dasar Yang Dipertua sempena Majlis Penyampaian Watikah MPP USIM sesi 2011 baru-baru ini.<\/p>\n<p>Menurut Yang Berbahagia Profesor Dato\u2019 Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM di dalam ucapan beliau, Umat Islam pada hari ini sudah jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang dan kita adalah pemula dan penggerak dalam usaha untuk memartabatkan kembali keagungan Islam.<\/p>\n<p>\u201cKita adalah pejuang, pejuang yang memperjuangkan kesejahteraan umat Islam\u201d tambah beliau lagi.<\/p>\n<p>Berpaksikan kepada slogan \u201cSmart, Responsible, Competitive\u201d, MPP USIM bagi 2011 telah menggariskan 4 misi utama dalam menterjemahkan teras kepimpinan mereka. Misi tersebut meliputi\u00a0 kebersamaan\u00a0 dalam meneraju kepimpinan, pemantapan Ilmu dan keunggulan sahsiah, prihatin kebajikan mahasiswa serta budaya inovasi dan pengantarabangsaan.<\/p>\n<p>Pada pemilihan MPP baru-baru ini, sebanyak 24 kerusi dipertandingkan menyaksikan seramai 13\u00a0 calon bertanding untuk merebut 8 kerusi kawasan umum manakala 17 calon bertanding untuk merebut 16 kerusi kawasan fakulti. Seramai 4920 pelajar yang layak mengundi pada tahun ini dengan mengambil kira keseluruhan pelajar pra-siswazah dan pelajar siswazah. Keseluruhan pelajar turun mengundi adalah seramai 4349 menjadikan peratusan mengundi pada tahun ini sebanyak 88.39%.<\/p>\n<p>Barisan MPP USIM pada kali ini diterajui oleh saudara Ibrahim Hussin Ibrahim bin Hussin sebagai Yang Dipertua manakala saudara Anas Rosedi dipilih sebagai Naib Yang Dipertua 1 dan saudari Maisarah Mohamed Rafie sebagai Naib Yang Dipertua 2. Bagi portfolio setiausaha agung pula, saudari Nur Izzati Idris telah dipilih bergandingan dengan saudari Nor Farha Zubair sebagai Timbalan Setiausaha Agung manakala Halimuddin Ismail telah diamanahkan memegang portfolio Bendahari.<\/p>\n<p>Majlis Penyampaian Watikah diakhiri dengan penyerahan tugas oleh saudara Muhammad Hilmi Juhari, Mantan Yang Dipertua MPP USIM 2009\/2010 kepada saudara Muhammad Ibrahim Hussin Ibrahim bin Hussin sebagai simbolik pertukaran pucuk pimpinan baru barisan kepimpinan pelajar.<\/p>\n<p>Turut hadir, Naib Canselor USIM, Profesor Dato\u2019 Dr. Muhamad Muda, Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni, Profesor Dato\u2019 Dr. Mohamed Asin Dollah.<\/p>\n<p>Oleh:<br \/>\nKhairul Azizi Elias<br \/>\nSeksyen Hubungan Media dan Publisiti<br \/>\nBahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa<br \/>\nUniversiti Sains Islam Malaysia<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bandar Baru Nilai, 21 Mac 2011-\u00a0 Berlandaskan Islam sebagai teras kepimpinan , MPP USIM pada sesi kali ini bertekad untuk\u00a0 \u201cMerintis Kepimpinan Mahasiswa Yang Berintelektual, Inovatif Dan Kompetitif Dalam Merealisasikan Hasrat Universiti Secara Holistik di Arena Global\u201d sebagai visi barisan kepimpinan pelajar tersebut pada sesi kali ini. Di dalam ucapan dasar Yang Dipertua MPP USIM [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":26693,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26692"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26692"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26692\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26693"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26692"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26692"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26692"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}