{"id":26885,"date":"2011-08-03T10:17:07","date_gmt":"2011-08-03T02:17:07","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=26885"},"modified":"2016-10-20T08:55:29","modified_gmt":"2016-10-20T00:55:29","slug":"sistem-pengurusan-islam-perlu-standard-yang-sesuai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/sistem-pengurusan-islam-perlu-standard-yang-sesuai\/","title":{"rendered":"SISTEM PENGURUSAN ISLAM PERLU STANDARD YANG SESUAI"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR 30 Sept. \u2013 Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia (Trans-SPI 2011) anjuran Pejabat Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri telah berlangsung dengan jayanya. Program dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia, Berita Harian dan Tabung Haji ini berlangsung selama tiga hari bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato&#8217; Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan disiarkan secara lansung menerusi RTM1.<\/p>\n<p>Dato&#8217; Sri Najib Tun Razak berkata, Satu Standard Pengurusan Islam perlu digubal untuk menjadi penanda aras dalam amalan dan perkhidmatan Islam di kalangan pentadbir hal ehwal Islam di negara ini.<\/p>\n<p>Menurut Perdana Menteri, perkara itu penting dalam meningkatkan fungsi pegawai hal ehwal Islam sebagai pentadbir, pengurus, pakar rujuk dan penasihat dalam bidang keagamaan.<\/p>\n<p>\u201cPara pegawai tersebut memerlukan pelbagai kemahiran bagi meningkatkan kompetensi mereka dalam bidang agama sehingga diiktiraf sebagai profesional bidang tersebut,\u201d katanya ketika berucap merasmikan Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia peringkat kebangsaan di sini hari ini.<\/p>\n<p>Pada majlis sama, Perdana Menteri turut melancarkan buku bertajuk Pendekatan Wasatiyyah Dalam Menghayati 1Malaysia yang bertujuan memberikan penerangan dan penjelasan mengenai konsep kesederhanaan dengan teras 1Malaysia yang menjadi kepentingan kerajaan ketika ini.<\/p>\n<p>Beliau menambah, penjawat awam terutama yang berada dalam jabatan agama dan guru-guru agama seharusnya berfikiran kritis dan konstruktif bagi menunaikan tanggungjawab dengan mencari penyelesaian di luar kelaziman.<\/p>\n<p>Langkah itu tegas beliau, amat mustahak agar jabatan agama dan institusi yang berkaitan terus cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cUntuk terus kekal relevan, institusi agama khususnya perlu memberi perkhidmatan terbaik dan memperteguhkan ketamadunan masyarakat berdasarkan perancangan pembangunan umat Islam yang sistematik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Program yang pertama kali\u00a0 diadakan ini bertujuan menjelaskan kepada masyarakat berhubung dasar-dasar kerajaan dalam usaha meninggikan syiar Islam di Malaysia. Program ini mengetengahkan usaha mengukuh pembangunan rohani dan jasmani Negara serta mengeratkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum hasil dari transformasi dalam pengurusan Islam yang telah dilaksanakan oleh kerajaan semenjak kemerdekaan hingga ke hari ini.<\/p>\n<p>Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia ini juga antara lain mempamerkan khazanah lama serta memaparkan transformasi Islam yang berlaku sejak dulu.<\/p>\n<p>Turut diadakan ialah seminar untuk membincangkan hal ehwal Islam termasuk pendidikan, sistem perbankan dan kewangan serta kebudayaan.<\/p>\n<p>Oleh:<\/p>\n<p>Khairul Azizi Elias<br \/>\nBahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa<br \/>\nUniversiti Sains Islam Malaysia<br \/>\nTel: 06-798 8027<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR 30 Sept. \u2013 Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia (Trans-SPI 2011) anjuran Pejabat Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri telah berlangsung dengan jayanya. Program dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia, Berita Harian dan Tabung Haji ini berlangsung selama tiga hari bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis perasmian telah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":26886,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26885"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26885"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26885\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26886"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26885"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26885"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26885"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}