{"id":26942,"date":"2011-10-31T09:16:20","date_gmt":"2011-10-31T01:16:20","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=26942"},"modified":"2016-09-15T14:17:26","modified_gmt":"2016-09-15T06:17:26","slug":"45-pengawal-usim-gotong-royong-bersih-tasik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/45-pengawal-usim-gotong-royong-bersih-tasik\/","title":{"rendered":"45 PENGAWAL USIM GOTONG ROYONG BERSIH TASIK"},"content":{"rendered":"<p>SEREMBAN 29 Okt. &#8211; Seramai 45 pengawal keselamatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan tasik di sekitar kawasan universiti berkenaan menjelang Pesta Konvo yang akan berlangsung dari 1 hingga 4 Disember ini.<\/p>\n<p>Ketua Bahagian Keselamatan USIM, Kapt. (B) Abdul Wahab Mat Zin berkata, program tersebut merupakan persediaan awal pihaknya sebelum menjalankan aktiviti gotong-royong perdana yang dijangka selepas Aidiladha nanti.<\/p>\n<p>&#8220;Ini merupakan salah satu inisiatif pihak bahagian keselamatan USIM yang mana kita tidak mahu dilihat hanya terikat pada tugas hakiki semata-mata, tetapi turut berperanan membantu pihak universiti dalam segala aspek.<\/p>\n<p>&#8220;Pada masa sama, kita melihat tasik yang berkeluasan hampir 10 hektar ini mempunyai daya tarikan dan sesuai bagi menjalani pelbagai aktiviti sukan air dan memancing,&#8221; katanya di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Tasik berkenaan dijangka dibuka kepada umum pada Pertandingan Memancing Terbuka sempena Pesta Konvokesyen Ke-9 anjuran USIM dan Kumpulan Utusan pada 4 Disember ini.<\/p>\n<p>Abdul Wahab menjelaskan, tasik mempunyai potensi tersendiri yang mana ia bukan sahaja luas dari segi saiznya, malah ia juga mampu dikomersialkan bukan sahaja pada warga USIM semata-mata, malah boleh menarik orang ramai untuk mengunjunginya.<\/p>\n<p>Malah katanya, terdapat pelbagai jenis ikan yang terdapat di kawasan tasik ini termasuklah ikan toman dan tilapia.<\/p>\n<p>&#8220;Kita melihat pertandingan memancing yang dianjurkan oleh pihak USIM dan Kumpulan Utusan ini adalah satu langkah yang tepat kerana sudah sampai masanya tasik ini dijadikan sebagai tarikan kepada orang ramai,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&#8220;Saya yakin bahawa pihak pengurusan universiti mempunyai perancangan mereka untuk menjadikan kawasan ini sebagai lokasi yang sesuai bukan sahaja untuk para pelajar, malah kepada orang ramai beriadah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sumber: Utusan Malaysia<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEREMBAN 29 Okt. &#8211; Seramai 45 pengawal keselamatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan tasik di sekitar kawasan universiti berkenaan menjelang Pesta Konvo yang akan berlangsung dari 1 hingga 4 Disember ini. Ketua Bahagian Keselamatan USIM, Kapt. (B) Abdul Wahab Mat Zin berkata, program tersebut merupakan persediaan awal [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":26949,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26942"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26942"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26942\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26949"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26942"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26942"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26942"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}