{"id":27035,"date":"2012-02-01T08:51:45","date_gmt":"2012-02-01T00:51:45","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=27035"},"modified":"2016-11-15T14:43:03","modified_gmt":"2016-11-15T06:43:03","slug":"ipt-lahir-pemimpin-bukan-hanya-timba-ilmu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/ipt-lahir-pemimpin-bukan-hanya-timba-ilmu\/","title":{"rendered":"IPT LAHIR PEMIMPIN, BUKAN HANYA TIMBA ILMU"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">NILAI 31 Jan. \u2013Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan perlu memperluaskan fungsinya sebagai gedung melahirkan tokoh dan pemimpin yang bakal menerajui negara pada masa depan, bukan sahaja sebagai tempat menimba ilmu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, usaha tersebut penting bagi memastikan generasi muda masa kini mampu menjadi pewaris dalam menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin bidang pentadbiran, akademik, politik, kepimpinan negara, agama mahupun korporat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cPembangunan negara memerlukan tokoh yang bijak bukan sahaja tinggi ilmu mereka, tetapi berhemah serta berkeupayaan dalam menghadapi isu termasuk cabaran semasa diperingkat nasional mahupun global\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cIni kerana Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dengan kepelbagaian dari segi adat, budaya dan kepercayaan agama. Kepelbagaian ini merupakan satu keunikan dan kekuatan jika ia diuruskan dengan baik\u201d titah baginda.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tengku Abdullah bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Buku Biografi Profesor Emeritus Tan Sri Dato\u2019 Dr. Abdul Shukor Husin yang bertajuk Dari Sungai Pahang ke Sungai Nil Menongkah Arus Meneraju Menara Gading di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai di sini hari ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Turut Hadir, Abdul Shukor, Naib Canselor USIM, Profesor Dato\u2019 Dr. Muhamad Muda, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Md. Noor dan pengurusan tertinggi USIM.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Titah baginda, tiada negara lain di dunia ini yang boleh dijadikan model negara majmuk selain Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cMaka tidak hairanlah negara-negara Islam di rantau ini mahupun Asia Barat menjadikan Malaysia sebagai model yang boleh dicontohi dari segi pembangunan ekonomi, sains, teknologi\u00a0 termasuk identiti keislamannya yang mampu dipertahankan sehingga kini\u201d titah baginda.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Justeru, baginda bertitah, IPT yang merupakan kilang kepada pembentukan modal insan perlu bertanggungjawab dalam melahirkan pelapis untuk menggantikan pemimpin masa kini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSaya yakin IPT bukan hanya berperanan memindahkan maklumat kepada generasi muda tetapi perlu melihat kejayaan membentuk modal insan yang mampu memnuhi keperluan tempatan dan global\u2019 titah baginda.<\/p>\n<p>Sumber: Utusan Malaysia<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI 31 Jan. \u2013Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan perlu memperluaskan fungsinya sebagai gedung melahirkan tokoh dan pemimpin yang bakal menerajui negara pada masa depan, bukan sahaja sebagai tempat menimba ilmu. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, usaha tersebut penting bagi memastikan generasi muda masa kini mampu menjadi pewaris dalam menggalas tanggungjawab sebagai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":27043,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27035"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27035"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27035\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27043"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27035"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27035"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27035"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}