{"id":27117,"date":"2012-04-13T08:38:43","date_gmt":"2012-04-13T00:38:43","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=27117"},"modified":"2016-09-15T12:23:07","modified_gmt":"2016-09-15T04:23:07","slug":"tabuh-pendeta-urus-setia-kesenian-pelajar-lakar-nama-di-hari-kraf-kebangsaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/tabuh-pendeta-urus-setia-kesenian-pelajar-lakar-nama-di-hari-kraf-kebangsaan\/","title":{"rendered":"TABUH PENDETA URUS SETIA KESENIAN PELAJAR LAKAR NAMA DI HARI KRAF KEBANGSAAN"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Tabuh Pendeta sekali lagi melakarkan sejarahnya yang tersendiri di persada kesenian tanah air apabila dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Dikir Barat bersempena Hari Kraf Peringkat Kebangsaan 2012, yang bertempat di Panggung Sari Kompleks Kraf Kuala Lumpur, pada 1 April yang lalu.<\/p>\n<p>Kumpulan Dikir Barat USIM dari Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar,\u00a0 Universiti Sains Islam Malaysia yang dianggotai 25 orang pelajar, termasuk finalis Pentas Dikir; Satu Rentak Satu Jiwa kategori Tukang Karut, Zul Afkar Al-Husna Yusof yang lebih dikenali sebagai Sunan Malaya telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM 3000 beserta sijil penyertaan.<\/p>\n<p>Tabuh Pendeta turut merangkul Anugerah Tok Jogho Terbaik menerusi Tengku Helmy Farhan Raja Za\u2019im yang bertindak selaku Tok Jogho kumpulan tersebut. Menurut Tengku Helmy Farhan Raja Za\u2019im, kemenangan tersebut merupakan sesuatu yang di luar jangkaannya serta berasa gembira di atas penganugerahan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSaya hanya berusaha memberikan yang terbaik serta berdoa supaya persembahan kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Manakala bagi Zul Afkar Al-Husna Yusof, beliau memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi serta menyatakan ini merupakan satu pengiktirafan yang diterima oleh kumpulannya untuk terus bergiat aktif dalam arena kesenian dan kebudayaan.<\/p>\n<p>\u201cKami berpegang dengan moto kami iaitu \u2018tarikan budaya melalui pendekatan Ta\u2019abbudiyyah\u2019 iaitu dengan menggunakan tarikan dikir barat sebagai budaya untuk berdakwah serta membawa kelainan dalam persembahan dengan menyelitkan unsur dakwah sama ada secara sedar atau tidak sedar,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan universiti khususnya Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM, tenaga pengajar yang dikasihi serta rakan- rakan dalam Urusetia Kesenian Pelajar yang sentiasa menyokong perjalanan Tabuh Pendeta, Urusetia Kesenian Pelajar USIM ke mercu kejayaan.<\/p>\n<p>OLEH :<br \/>\nEB KUZA YUSOF<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Tabuh Pendeta sekali lagi melakarkan sejarahnya yang tersendiri di persada kesenian tanah air apabila dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Dikir Barat bersempena Hari Kraf Peringkat Kebangsaan 2012, yang bertempat di Panggung Sari Kompleks Kraf Kuala Lumpur, pada 1 April yang lalu. Kumpulan Dikir Barat USIM dari Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar,\u00a0 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":27119,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27117"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27117"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27117\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27119"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27117"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27117"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27117"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}