{"id":27174,"date":"2012-05-10T08:32:34","date_gmt":"2012-05-10T00:32:34","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=27174"},"modified":"2016-11-15T14:12:15","modified_gmt":"2016-11-15T06:12:15","slug":"fkp-teraju-program-liqa-bantu-lahir-generasi-al-abrar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/fkp-teraju-program-liqa-bantu-lahir-generasi-al-abrar\/","title":{"rendered":"FKP Teraju Program LIQA\u2019 Bantu Lahir Generasi al-Abrar"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">NILAI &#8211; Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dipertanggungjawab untuk menerajui Program LIQA\u2019 bagi membantu merealisasikan aspirasi universiti dengan melaksanakan Modul Pembangunan Insaniah Pelajar Muslim (LIQA\u2019) yang kini sudah memasuki siri kedua.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Program tersebut adalah untuk membantu mewujudkan golongan pelajar yang memiliki sifat al-Abrar dan sekaligus membantu memenuhi gagasan idea USIM KRA 1 iaitu melahirkan graduan yang holistik dan berdaya gaji tinggi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut Yang Berbahagia Profesor Dato\u2019 Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM, program LIQA\u2019 ini benar-benar menepati sasaran UISM KRA 1 iaitu dengan membantu melahirkan graduan yang menjadi warga negara yang berguna dan dapat memberi sumbangan dan menabur bakti secara positif kepada pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSaya juga ingin melahirkan rasa kesyukuran apabila ada di kalangan pelajar-pelajar senior di universiti ini yang sanggup meluangkan masa dan tenaga dengan membimbing dan berkongsi ilmu dalam pelbagai disiplin untuk adik-adik mereka yang masih berada di Tahun 1\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Training of Trainer (TOT) LIQA\u2019 di Perkampungan Latihan dan Rekreasi, Nur Bukit Unggul pada 5 Mei baru-baru ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Program yang melibatkan seramai 78 orang pelajar sebagai Rais dan Raisah ini terdiri daripada Persatuan Mahasiswa FKP, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM), Jawatankuasa Kolej Kediaman (JAKSA) dan Jawatankuasa Peralihan Perwakilan Pelajar (JKPP) serta dipantau oleh 20 orang Mursyid yang terdiri daripada pensyarah dan penyelaras yang telah dilantik.oleh pihak universiti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sementara itu Dekan FKP, Prof. Dr. Zulkiple Abd Ghani berharap agar semua pelajar dan mursyid yang terlibat bersifat optimis terhadap program ini dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cPelajar-pelajar perlu tahu bahawa tujuan program ini adalah untuk membantu mereka mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menerapkan input kerohanian yang positif di dalam diri di samping mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di kalangan mereka,\u201d ujar beliau.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Modul LIQA\u2019 ini melibatkan keseluruhan pelajar Tahun 1 dan dikendalikan oleh Rais atau Raisah yang dijadualkan akan berlangsung sekurang-kurangnya 7 kali pertemuan setiap semester berdasarkan pada\u00a0 modul yang telah disediakan.<\/p>\n<p>Oleh:<br \/>\nFauziah Hassan<br \/>\nFakulti Kepimpinan dan Pengurusan<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI &#8211; Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dipertanggungjawab untuk menerajui Program LIQA\u2019 bagi membantu merealisasikan aspirasi universiti dengan melaksanakan Modul Pembangunan Insaniah Pelajar Muslim (LIQA\u2019) yang kini sudah memasuki siri kedua. Program tersebut adalah untuk membantu mewujudkan golongan pelajar yang memiliki sifat al-Abrar dan sekaligus membantu memenuhi gagasan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":27176,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27174"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27174"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27174\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27176"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27174"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27174"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27174"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}