{"id":27467,"date":"2013-01-03T00:00:31","date_gmt":"2013-01-02T16:00:31","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=27467"},"modified":"2016-10-20T08:55:07","modified_gmt":"2016-10-20T00:55:07","slug":"usim-anjur-syarahan-umum-ungkai-asal-usul-rumpun-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-anjur-syarahan-umum-ungkai-asal-usul-rumpun-melayu\/","title":{"rendered":"USIM Anjur Syarahan Umum Ungkai Asal Usul Rumpun Melayu"},"content":{"rendered":"<p>NILAI- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tampil dengan langkah proaktif dalam membincangkan isu asal usul rumpun Melayu dengan menganjurkan sebuah syarahan umum bertajuk \u201cRumpun Melayu-Teori Migrasi dan Diaspora\u201d dekat sini baru-baru ini.<\/p>\n<p>Syrahan yang disampaikan oleh Profesor Dato\u2019 Dr. Wan Hashim Wan Teh yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah USIM itu merupakan kemuncak kepada pencarian beliau selama 25 tahun dalam mencari jawapan kepada persoalan siapa orang Melayu dan dari mana asal usul mereka.<\/p>\n<p>Dilahirkan di Gerik, Perak pada tanggal 19 Disember 1949, Profesor Dato\u2019 Dr. Wan Hashim Wan Teh mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar dan seterusnya di Maktab Tentera Diraja, Sg. Besi sebelum menyambung dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Antropologi dan Sosiologi di Monash University, Australia pada tahun 1973 dan 1976.<\/p>\n<p>Kini, selain dari jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah USIM sejak tahun 2005, beliau juga merupakan Profesor di Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM); Ahli Lembaga Pengarah Muzium Perak dan Ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia.<\/p>\n<p>Turut hadir pada program tersebut, Pengerusi lembaga Pengarah Universiti, YBhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato\u2019 Dr. Abdul Shukor Hj. Husin; Naib Canselor, YBhg Profesor Dr. Asma Ismail serta ahli-ahli pengurusan tertinggi universiti.<\/p>\n<p>Naib Canselor dalam ucapan aluannya berkata program syarahan umum seperti ini merupakan salah satu cabang atau wadah dunia akademik berkongsi kepakaran serta meningkatkan tahap kesarjanaan masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap\u00a0 program pada hari ini akan membuka ruang paradigma baru dan seterusnya menjadi pendorong kepada mutiara-mutiara USIM untuk menyampaikan syarahan seumpamanya pada masa akan datang di bumi bertuah ini\u201d tambah beliau lagi.<\/p>\n<p>Tampil dengan sebuah buku yang bertajuk \u201cRumpun Melayu-Teori Migrasi dan Diaspora\u201d Profesor Dato\u2019 Dr. Wan Hashim Wan Teh mengupas dan mengemukakan hujah-hujah yang menolak teori besar yang dikemukakan oleh Heine-Geldern pada 1940-an; bahawa rumpun melayu berasal dari Wilayah Yunnan atau selatan negeri China.<\/p>\n<p>Bersandarkan kepada beberapa dapatan kajian arkeologi, antropologi, linguistik dan terbaru antropologi perubatan (kaedah mtDNA), dirumuskan bahawa moyang kepada rumpun atau ras Melayu (Berkulit ciku masak) telah tiba di benua Sunda (Alam Melayu) sejak 74, 000-60,000 S.M, lebih awal daripada ketibaan ras Mongoloid (berkulit kuning) di benua China, pada sekitar 60,000-45,000 S.M. Migrasi moyang Melayu-Polinesia adalah secara terus dari asia barat atau utara Afrika.<\/p>\n<p>Dalam syarahannya, Profesor Dato\u2019 Dr. Wan Hashim Wan Teh turut mengemukakan secara perbandingan ciri-ciri umum Melayu Diaspora yang terdapat di Sri Lanka, Afrika Selatan, Australia dan Arab Saudi dengan merumuskan bahawa Melayu Cape berperanan utama mengasas serta menyebarkan Islam di Afrika-Selatan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tampil dengan langkah proaktif dalam membincangkan isu asal usul rumpun Melayu dengan menganjurkan sebuah syarahan umum bertajuk \u201cRumpun Melayu-Teori Migrasi dan Diaspora\u201d dekat sini baru-baru ini. Syrahan yang disampaikan oleh Profesor Dato\u2019 Dr. Wan Hashim Wan Teh yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah USIM itu merupakan kemuncak kepada pencarian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":27478,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27467"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27467"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27467\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27478"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27467"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27467"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27467"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}