{"id":27722,"date":"2016-03-25T10:12:51","date_gmt":"2016-03-25T02:12:51","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=27722"},"modified":"2016-11-10T11:44:28","modified_gmt":"2016-11-10T03:44:28","slug":"usim-antara-ua-yang-meterai-perjanjian-persefahaman-dengan-myipo","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-antara-ua-yang-meterai-perjanjian-persefahaman-dengan-myipo\/","title":{"rendered":"USIM ANTARA UA YANG METERAI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DENGAN MyIPO"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">KUALA LUMPUR, 21 MAC 2016 \u2013 Satu Majlis Menandatangani \u201cMemorandum Persefahaman Penyertaan Dalam Pembangunan Technology and Innovation Support Centre (TISC) di Malaysia\u201d telah dimeterai di antara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Bangsar, Kuala Lumpur.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">USIM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, YBhg Prof Dato Dr Mustafa Mohd Hanefah bersama wakil universiti lain iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), TATI Universiti College (TATIUC) dan sebuah institusi penyelidikan iaitu Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Projek kerjasama ini bertujuan memudahkan capaian maklumat dan meningkatkan kefahaman masyarakat setempat serta kumpulan sasaran berkenaan harta intelek, seterusnya memajukan bidang harta intelek negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dengan termeterainya memorandum ini, ia diharap dapat menggiatkan usaha membangunkan TISC di Malaysia seperti mewujudkan kepakaran dalam bidang harta inelek dan pengkomersilan harta intelek di USIM termasuklah Universiti Awam (UA) lain yang terlibat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kejayaan projek ini mampu meningkatkan sumber kekayaan baharu negara melalui pembangunan inovasi dan kreativiti seterusnya meningkatkan kedudukan negara dalam Global Innovation Index.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Majlis tersebut disaksikan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, YB Dato\u2019 Seri Hamzah Zainudin. Hadir sama adalah Pengerusi MyIPO, Datuk Abdul Manan Ismail serta Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Shamsiah Kamaruddin.<\/p>\n<p>Mengenai MyIPO<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau dikenali sebagai MyIPO adalah sebuah agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). MyIPO bertanggungjawab dalam pembangunan dan pentadbiran harta intelek di Malaysia. Ianya menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem pentdbiran yang berkesan untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sistem perlindungan harta intelek memberi hak eksklusif kepada pemiliknya untuk mengawal dan mengeksploitasi hak harta intelek mereka. Ini termasuklah hak untuk membuat, mengguna, mengedar, menjual, mengimport dan mengeksport, melesenkan dan memfrancaiskan perniagaan mereka. Mereka juga boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang melanggar hak mereka.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Harta intelek yang dilindungi di bawah undang-undang di Malaysia ialah Paten, Cap Dagangan, Hakcipta, Reka Bentuk Perindustrian, Petunjuk Geografi dan Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<\/p>\n<p>Pusat Inovasi, Jaringan Industri dan Masyarakat (PIJIM)<\/p>\n<p>Dikemaskini oleh :<\/p>\n<p>Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)<\/p>\n<p>Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<\/p>\n<p>71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p>Tel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 21 MAC 2016 \u2013 Satu Majlis Menandatangani \u201cMemorandum Persefahaman Penyertaan Dalam Pembangunan Technology and Innovation Support Centre (TISC) di Malaysia\u201d telah dimeterai di antara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Bangsar, Kuala Lumpur. USIM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, YBhg Prof Dato Dr [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":27723,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,219],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27722"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27722"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27722\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27723"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27722"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27722"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27722"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}