{"id":27745,"date":"2016-02-26T10:36:44","date_gmt":"2016-02-26T02:36:44","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=27745"},"modified":"2016-11-10T11:56:18","modified_gmt":"2016-11-10T03:56:18","slug":"gs-muamalat-tawar-program-pengajian-berteraskan-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/gs-muamalat-tawar-program-pengajian-berteraskan-islam\/","title":{"rendered":"(GS-MUAMALAT) TAWAR PROGRAM PENGAJIAN BERTERASKAN ISLAM"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">NILAI, 17 FEBRUARI 2016 \u2013Graduate School of Muamalat (GS-Muamalat) yang ditubuhkan\u00a0 pada tahun 2010 berjaya dilancarkan oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) sebagai memperkenalkan kewujudan program pengajian ini kepada khalayak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">GS-Muamalat menawarkan program ijazah sarjana, doktor falsafah (PhD) dan program pembangunan eksekutif (kursus jangka pendek) termasuklah dua (2) program sarjana secara kerja kursus iaitu sarjana pentadbiran muamalat dan sarjana pentadbiran muamalat (produk halal).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cFokus utama GS-Muamalat, adalah untuk menawarkan pengetahuan dalam bidang transaksi-transaksi perniagaan Islam (program lepasan\u00a0 ijazah dan kursus eksekutif) dengan nilai-nilai islam sebagai teras asas kepada orang Islam dan bukan Islam di Malaysia dan di peringkat global,\u201d ucap Prof. Dato\u2019 Dr Musa Ahmad.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pusat pengajian ini mendapat sambutan bukan sahaja di kalangan graduan tempatan malah graduan luar negara seperti Libya, Jordan, Yemen, Algeria dan Brunei. Ini kerana program ini memenuhi keperluan pengajian peringkat ijazah lanjutan dalam bidang muamalat, ekonomi, perbankan, perakaunan dan kewangan Islam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada majlis yang sama USIM menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang mana DMDI akan mewakili USIM bagi pengambilan para pelajar untuk belajar di Sri Lanka di peringkat sarjana perbankan Islam, sarjana kewangan Islam dan sarjana perakaunan dan audit syariah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSelain DMDI penerimaan positif turut kami terima daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan SMB Solutions Management Sdn Bhd (untuk pasaran China).\u00a0 Bagi memorandum persefahaman (MoU) antara USIM dan SMB Solutions Sdn. Bhd, ia bertujuan mewakili USIM dalam proses pengambilan peserta untuk menjalani kursus jangka pendek dalam industri halal di China,\u201d tambah Dato\u2019 Musa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin selaku Dekan FEM juga menyatakan bahawa GS-Muamalat telah berjaya menghasilkan seramai 103 graduan di peringkat Sarjana dan PhD dan seramai 283 pelajar lagi sedang mengikuti pengajian ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cBagi program ini, pensyarah-pensyarah dari USIM sendiri yang akan di terbangkan ke Sri Lanka untuk menyempurnakan program ini kerana mempunyai fasiliti-fasiliti yang hebat,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di akhir majlis Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddinn Ibnu Tuanku Mukhriz, Pro Chancellor USIM yang berangkat mencemar duli menyaksikan majlis pelancaran dan bersama-sama Pengurusan Universiti melihat pelajar FEM menyertai Permainan Interaktif Muamalat ciptaan pensyarah FEM, USIM.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<\/p>\n<p>Nor Athirah Ismail<\/p>\n<p>Dikemaskini oleh:<\/p>\n<p>Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)<\/p>\n<p>Aras 1, Bangunan Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<\/p>\n<p>71800, Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p>Tel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 17 FEBRUARI 2016 \u2013Graduate School of Muamalat (GS-Muamalat) yang ditubuhkan\u00a0 pada tahun 2010 berjaya dilancarkan oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) sebagai memperkenalkan kewujudan program pengajian ini kepada khalayak. GS-Muamalat menawarkan program ijazah sarjana, doktor falsafah (PhD) dan program pembangunan eksekutif (kursus jangka pendek) termasuklah dua (2) program sarjana secara kerja kursus iaitu sarjana [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":27753,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,219],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27745"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27745"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27745\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27753"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27745"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27745"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27745"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}