{"id":27860,"date":"2015-10-08T11:19:12","date_gmt":"2015-10-08T03:19:12","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=27860"},"modified":"2016-11-10T14:32:08","modified_gmt":"2016-11-10T06:32:08","slug":"latihan-audit-syariah-penuhi-aspek-penting-kendali-perbankan-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/latihan-audit-syariah-penuhi-aspek-penting-kendali-perbankan-islam\/","title":{"rendered":"LATIHAN AUDIT SYARIAH PENUHI ASPEK PENTING KENDALI PERBANKAN ISLAM"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">NILAI, 3 SEPT 2015 \u2013 Seramai 16 orang peserta Latihan Audit Shariah yang terdiri dari kakitangan Bank Muamalat dari jabatan audit menerima penghargaan di Majlis Penyampaian Sijil Latihan Audit Shariah yang diadakan di Nilai Springs Resort Hotel semalam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tenaga pengajar adalah terdiri daripada pensyarah USIM dan dikendalikan oleh Pusat Kecemerlangan USIM, Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI). Program latihan ini terdiri 16 siri Latihan Audit Shariah yang bermula dari 27 September 2014 hingga 23 Mei 2015 yang lalu. Sepanjang siri kelas berlangsung, selain pendedahan terhadap perkara-perkara berkenaan audit shariah, para peserta juga diuji dengan beberapa tugasan seperti kuiz, kajian kes dan pembentangan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Prof. Emeritus Tan Sri Abd Shukor Hj Husin dalam ucapannya\u00a0 berkata, program Latihan Audit Shariah yang dijalankan bersama-sama dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad merupakan program pencetus yang diusahakan oleh Institut Pengurusan Harta dan kewangan Islam (IFWMI) melalui geran penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia \u2018Knowledge Transfer Programme\u2019 (KTP). Geran PenyelidikanKTP adalah berdasarkan Pelan Pengukuhan Hubungan Kerjasama Universiti-Industri\/Komuniti yang digubal untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama erat antara pihak akademia dan pihak industri\/komuniti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cBagi keperluan semasa terhadap perkembangan sektor kewangan Islam, IFWMI terpanggil untuk sama-sama menyumbang kepakaran serta melaksanakan penyelidikan khusus berkenaan audit syariah. Maka, wujudlah kerjasama yang telah dijalinkan bersama-sama dengan Bank Muamalat Islam Malaysia dengan pelaksanaan program Latihan Audit Shariah ini. Program Latihan Audit Shariah ini juga berpotensi bukan sahaja untuk diketengahkan kepada institusi kewangan lain di Malaysia bahkan di peringkat global seperti di Timur Tengah, Eropah, Australia, China mahupun Amerika Syarikat\u201d, tambah Tan Sri Shukor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Manakala Prof. Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad berkata pada sidang media yang diadakan sejurus selepas majlis, program latihan ini merupakan satu-satunya program yag pertama kali diadakan oleh univesiti awam di Malaysia dan ini merupakan kumpulan sulung USIM dan seterusnya USIM akan turut membuka peluang kepada institusi kewangan lain serta mengembangkan lagi dan menambahbaik program latihan ini semasa ke semasa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSaya tertarik dengan modul pengajaran di sepanjang program Latihan Audit Shariah ini. Modul tersebut mencakupi keseluruhan proses audit syariah di dalam mengendalikan operasi perbankan Islam diantaranya ialah prinsip dan tadbir urus syariah, proses, program dan komunikasi di dalam audit syariah dan kajian kes yang berkaitan dengan Audit Shariah. Sememangnya ini amat diperlukan oleh kakitangan institusi kewangan Islam seperti Bank Muamalat Malaysia Berhad di dalam menerajui sistem perbankan Islam di Malaysia,\u201d ucap Yang Mulia Tengku Dato\u2019 Seri Hasmuddin Tengku Othman, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif BMMB.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pihak IFWMI juga kini dalam proses mendapatkan akreditasi bagi Program Latihan Audit Shariah ini daripada Agensi Akreditasi Kewangan (FAA). Dengan adanya akreditasi ini nanti, diharapkan USIM dapat terus meneruskan langkah dalam mengembangkan ilmu dan kepakaran dalam bidang audit shariah ini dan secara tidak langsung mencapai objektif sektor kewangan Islam untuk menyediakan produk serta perkhidmatan Islam yang dijamin akan patuh serta berlandaskan hukum shariah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi, Tuan Haji Peer Mohamed\u00a0 Ibramsha, Naib Canselor USIM Prof. Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato\u2019 Dr. Mustafa Mohd Hanefah.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<\/p>\n<p>Syazlyna Jamil<\/p>\n<p>PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)<\/p>\n<p>Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<\/p>\n<p>71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p>Tel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 3 SEPT 2015 \u2013 Seramai 16 orang peserta Latihan Audit Shariah yang terdiri dari kakitangan Bank Muamalat dari jabatan audit menerima penghargaan di Majlis Penyampaian Sijil Latihan Audit Shariah yang diadakan di Nilai Springs Resort Hotel semalam. Tenaga pengajar adalah terdiri daripada pensyarah USIM dan dikendalikan oleh Pusat Kecemerlangan USIM, Institut Pengurusan Harta dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":27866,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,219],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27860"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27860"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27860\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27866"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27860"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27860"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27860"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}