{"id":27930,"date":"2015-04-15T11:36:57","date_gmt":"2015-04-15T03:36:57","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=27930"},"modified":"2016-11-10T15:05:49","modified_gmt":"2016-11-10T07:05:49","slug":"usim-dan-tesco-malaysia-jalin-kerjasama-mou","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-dan-tesco-malaysia-jalin-kerjasama-mou\/","title":{"rendered":"USIM DAN TESCO MALAYSIA JALIN KERJASAMA MOU"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2015 &#8211;\u00a0 Model rumah hasil rekaan sekumpulan pelajar program Seni Bina Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi pilihan oleh pihak TESCO Store (Malaysia) Sdn. Bhd untuk dibina bagi mangsa banjir di Kampung Belian dan Kampung Laut, Tumpat Kelantan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rumah ini merupakan hasil rekaan 8 orang pelajar Seni Bina USIM yang terdiri daripada Wan Mohd Azly Wan Mohamad, Bibi Nur Bashirah Baharun, Muhammad Izzat Irfan Mustaffa, Mohd Farizal Zulkepli, Nasrinm Majdina Ramli, Mohd Safuan Mohd Fadzil, Mohd Azry Hadi Abd Manan dan diketuai oleh Luqman Hakkim Yusof.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu Projek Shelter TESCO, sebanyak lapan unit rumah yang bernilai RM 55,000 seunit dengan keluasan 740 kaki persegi yang mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan dapur ini telah bermula pembinaannya. Dijangka siap pada Julai nanti, ia pastinya menjadi anugerah yang bermakna dan menggembirakan buat keluarga terpilih menjelang Hari Raya Aidilfitri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pembinaan rumah berdasarkan rekaan USIM ini mengambil masa yang singkat kerana menggunakan kaedah pasang siap. Selain itu, ia berkonsepkan modular sistem dan bahan binaan yang digunakan adalah dari bahan kitar semula dan bercirikan mesra alam. Reka bentuk rumah ini juga unik kerana patuh Syariah dan memenuhi prinsip seni bina Islam seperti pintu masuk utama menghadap kiblat dan ruang dapur yang terlindung.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">TESCO mengadakan pelancaran rasmi model rumah Projek Shelter hasil kreativiti arkitek muda ini dalam Majlis Minum Petang Penghargaan Bantuan Banjir TESCO pada Mac lalu. Ia disusuli dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara USIM dan TESCO pada 14 April baru-baru ini bertempat di Majestic Hotel, Kuala Lumpur yang disaksikan oleh YB Dato\u2019 Seri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TESCO Malaysia, Dato\u2019 George Fischer, kos pembinaan dan kelengakapan rumah ini menggunakan sumbangan tunai yang dikumpul melalui 52 buah pasar raya TESCO (seluruh Malaysia), sumbangan pembekal, rakan perniagaan dan dana TESCO Malaysia serta TESCO PLC United Kingdom.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi Naib Canselor USIM, Prof. Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad \u201cKerjasama antara USIM dan TESCO ini merupakan satu peluang yang signifikan bagi kedua-dua pihak\u00a0 meneroka bentuk kerjasama lain selepas ini memandangkan ini adalah julung kali sebuah Universiti menjalankan kerjasama dalam Projek Shelter bersama syarikat gergasi seperti TESCO\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cJalinan USIM-TESCO ini selari dengan seruan YAB Tan Sri Dato\u2019 Hj Muhyiddin Hj Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan yang mahu melihat kerjasama kepakaran di antara Universiti dan Industri ditingkatkan melalui pemerkasaan bidang penyelidikan dan pengkomersialan\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cProjek Shelter ini merupakan permulaan yang baik bagi program Seni Bina USIM khususnya kerana ia selari dalam mengangkat niche (kebitaraan) USIM iaitu menjadi Universiti yang menerajui intergrasi ilmu Naqli dan Aqli\u201d ujarnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Model rumah yang dihasilkan ini mendapat bimbingan daripada Ar. Fadli Arabi, Ar. Elina Mohd Husini dan Ar. Wan Norisma Wan Ismail yang merupakan pensyarah program Seni Bina di FST. Pemilihan model rumah ini secara tidak langsung merupakan satu pengiktirafan kepada kemampuan \u2018arkitek muda\u2019 USIM menghasilkan sesuatu yang menepati citarasa industri.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<\/p>\n<p>Zaini Othman<\/p>\n<p>PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)<\/p>\n<p>Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<\/p>\n<p>71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p>Tel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2015 &#8211;\u00a0 Model rumah hasil rekaan sekumpulan pelajar program Seni Bina Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi pilihan oleh pihak TESCO Store (Malaysia) Sdn. Bhd untuk dibina bagi mangsa banjir di Kampung Belian dan Kampung Laut, Tumpat Kelantan. Rumah ini merupakan hasil rekaan 8 orang pelajar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":27937,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,219],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27930"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27930"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27930\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27937"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27930"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27930"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27930"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}