{"id":28057,"date":"2014-09-10T12:08:48","date_gmt":"2014-09-10T04:08:48","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=28057"},"modified":"2016-11-10T16:17:09","modified_gmt":"2016-11-10T08:17:09","slug":"majlis-penyerahan-tugas-naib-canselor-dan-penghargaan-mantan-naib-canselor-usim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/majlis-penyerahan-tugas-naib-canselor-dan-penghargaan-mantan-naib-canselor-usim\/","title":{"rendered":"MAJLIS PENYERAHAN TUGAS NAIB CANSELOR DAN PENGHARGAAN MANTAN NAIB CANSELOR USIM"},"content":{"rendered":"

NILAI, 9 Sept 2014 – Profesor Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad yang dilantik dan memulakan tugas rasmi sebagai Naib Canselor baharu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 16 Ogos lalu menerima secara rasmi dokumen serah tugas daripada Dato\u2019 Profesor Dr. Asma Ismail dalam satu majlis di sini.<\/p>\n

Majlis Serah Tugas Naib Canselor dan Penghargaan Mantan Naib Canselor USIM bertempat di Aras 2 Dewan Besar USIM turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Profesor Emeritus Tan Sri Dato\u2019 Dr. Abdul Shukor Hj Husin bersama Pengurusan Tertinggi dan Ketua-ketua Jabatan.<\/p>\n

Dato\u2019 Profesor Dr Asma Ismail yang mengakhiri tugas pada 31 Mei lalu sebagai Naib Canselor ketiga USIM selepas memulakan tugas ini pada 1 Disember 2012. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.<\/p>\n

\u201cSentuhan beliau kepada USIM sememangnya memberikan satu impak dan anjakan paradigma yang mampu melonjakkan kecemerlangan USIM di peringkat global khususnya di dalam bidang penyelidikan yang merupakan nadi beliau\u201d.<\/p>\n

\u201cKami warga USIM amat berbangga dengan halatuju yang telah Dato\u2019 gariskan selama mengemudi USIM yang mensasarkan untuk menjadi pusat rujukan global integrasi Naqli Aqli menjelang tahun 2025. Halatuju yang telah digariskan akan dipenuhi dan dilaksanakan demi menjadikan USIM sebagai salah satu hab pengajian tinggi integrasi Naqli Aqli yang terampil di seluruh negara\u201d kata Prof. Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad.<\/p>\n

Prof Dato\u2019 Dr Musa Ahmad dilantik Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) keempat, bermula 16 Ogos untuk tempoh tiga tahun. Beliau yang yang berasal dari Panchor, Muar sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM . Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama) dalam jurusan Kimia (UKM, 1985),Master (Instrumention and Analytical Science) (University of Manchester, 1987) dan PhD (Optical Fibre Chemical Sensor) (University of Manchester, 1994).<\/p>\n

Semasa Dato\u2019 Profesor Dr. Asma Ismail menjadi Naib Canselor USIM, beliau memberi penekanan kepada usaha penjenamaan dan memposisi USIM melalui slogannya \u201cUSIM :Mempelopori Sains Islam, Memimpin Keilmuan\u201d. Beliau turut merangka Pelan Strategik USIM (2013-2025) menjadikan USIM sebagai university berteraskan Islam yang menjadi pakar rujuk(Referred), dihormati (Respected) dan relevan (Relevent) menjelang tahun 2025.<\/p>\n

Disediakan oleh:<\/p>\n

Syazlyna Jamil<\/p>\n

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)<\/p>\n

Universiti Sains Islam Malaysia<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI, 9 Sept 2014 – Profesor Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad yang dilantik dan memulakan tugas rasmi sebagai Naib Canselor baharu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 16 Ogos lalu menerima secara rasmi dokumen serah tugas daripada Dato\u2019 Profesor Dr. Asma Ismail dalam satu majlis di sini. Majlis Serah Tugas Naib Canselor dan Penghargaan Mantan Naib […]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":28061,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,219],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28057"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28057"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28057\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28061"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28057"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28057"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28057"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}