{"id":28122,"date":"2014-05-20T12:24:02","date_gmt":"2014-05-20T04:24:02","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=28122"},"modified":"2016-09-07T12:26:56","modified_gmt":"2016-09-07T04:26:56","slug":"usim-dan-ums-saling-menerokai-peluang-bersama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-dan-ums-saling-menerokai-peluang-bersama\/","title":{"rendered":"USIM DAN UMS SALING MENEROKAI PELUANG BERSAMA"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU \u2013 Hubungan akrab antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus diperkukuhkan dengan Lawatan Kerja Rasmi Pengurusan dan Pegawai Kanan USIM seramai 40 orang ke UMS pada 22 hingga 24 April lalu. Turut serta dalam delegasi ini adalah 6 orang pelajar USIM.<\/p>\n<p>Lawatan Rasmi ini yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato\u2019 Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM turut disertai ahli delegasi yang lain antaranya Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad ; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato\u2019 Dr. Mohamed Asin Dollah ; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato\u2019 Dr. Mustafa Mohd Hanefah ; Pendaftar, Encik Muhammad Haizuan Rozali dan Ketua-ketua Jabatan Utama di USIM.<\/p>\n<p>USIM yang mempunyai MoU bersama UMS melihat lawatan ini sebagai salah-satu pendekatan proaktif untuk melestarikan MoU yang ditandatangani oleh kedua-kedua pihak sebelum ini. Lawatan Kerja ini dimulakan dengan sesi kunjungan muhibah kepada Pengurusan UMS bertempat di Bangunan Canselori UMS. Ahli delegasi telah disambut dan diraikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Naib Canselor UMS bersama Pegawai-pegawai Utama Universiti sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan dua hala antara kedua belah pihak.<\/p>\n<p>\u201cKunjungan USIM ke UMS ini adalah untuk kita saling menerokai ruang kerjasama baharu yang boleh digerakkan secara bersama oleh kedua-dua buah Institusi ini. Justeru itu, tujuan kita dalam lawatan ini adalah untuk memfokuskan kepada empat bidang atau kluster untuk diperkasakan iaitu penyelidikan, akademik, hal ehwal pelajar serta governan dan keselamatan\u201d ucap Naib Canselor USIM.<\/p>\n<p>Katanya lagi \u201cSelain kluster-kluster ini, bidang-bidang lain juga akan dilihat untuk dimurnikan diperingkat Universiti. Kita dapat lihat, UMS kini amat komited dalam membawa kampus ini sebagai Eco-Campus dan USIM amat mengagumi usaha ini. Universiti juga berhasrat menjadikan Kampus kita sebagai sebuah kampus yang melestarikan alam sekitar juga\u201d.<\/p>\n<p>Pengisian lain lawatan kerja ini adalah perbincangan kluster secara berfokus melibatkan Pegawai Kanan USIM dan UMS, perkongsian pembangunan pengucapan awam dan debat di antara Kelab Debat USIM dan UMS serta sesi lawatan sekitar kampus. Antara lokasi yang dilawati adalah Galeri Akademik dan Penyelidikan, Muzium, Akurium dan dan Muzium Marin dan Sekolah Perubatan UMS.<\/p>\n<p>Sesi lawatan kerja selamat dua hari ke UMS ini diakhiri dengan Majlis Makan Tengah hari para delegasi bersama Pengurusan UMS serta pertukaran cenderamata.<\/p>\n<p>Disediakan oleh ;<\/p>\n<p>Mohd Zaini Othman<\/p>\n<p>Penolong Pendaftar StraComm<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU \u2013 Hubungan akrab antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus diperkukuhkan dengan Lawatan Kerja Rasmi Pengurusan dan Pegawai Kanan USIM seramai 40 orang ke UMS pada 22 hingga 24 April lalu. Turut serta dalam delegasi ini adalah 6 orang pelajar USIM. Lawatan Rasmi ini yang diketuai oleh YBhg. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":28127,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,219],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28122"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28122"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28122\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28127"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28122"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28122"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28122"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}