{"id":28311,"date":"2013-09-30T14:20:51","date_gmt":"2013-09-30T06:20:51","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=28311"},"modified":"2016-11-14T09:34:06","modified_gmt":"2016-11-14T01:34:06","slug":"infad-anjur-seminar-kupas-ketokohan-dan-pemikiran-mufti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/infad-anjur-seminar-kupas-ketokohan-dan-pemikiran-mufti\/","title":{"rendered":"INFAD ANJUR SEMINAR KUPAS KETOKOHAN DAN PEMIKIRAN MUFTI"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">NILAI, 24 Sep \u2013 Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang ditubuhkan bagi memainkan peranan sebagai sebuah institusi yang menjalankan penyelidikan, perundingan dan pengurusan maklumat utama berkaitan fatwa yang terulung dirantau ini dan antarabangsa telah menganjurkan Seminar Pemikiran Tokoh Mufti Kali Pertama (Siri I).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berlangsung di Dewan Senat USIM, Seminar Pemikiran Tokoh Mufti Siri I ini dianjurkan secara bersama Jabatan Mufti Negeri Johor dengan memilih ketokohan Al\u2019Allamah Dato\u2019 Syed Alwi bin Tahrir Al-Haddad, Mantan Mufti Negeri Johor (1935-1961) untuk dikupas secara ilmiah bersama\u00a0 130 orang peserta seminar yang terdiri dari Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri, ahli akademik IPTA\/S, JAKIM dan Institusi Islam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antara objektif seminar ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan ketokohan dan sumbangan Mufti berkenaan, mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang fatwa dan kemasyarakatan serta menghidupkan warisan ulama\u2019 terdahulu kepada masyarakat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Majlis Perasmian Seminar ini telah disempurnakan oleh YBhg. Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato\u2019 Dr. Abdul Shukor Hj Husin. Turut hadir ke majlis ini adalah YBhg. Naib Canselor, Prof. Dato\u2019 Dr. Asma Ismail, Sohibus Samahah Dato\u2019 Hj. M. Tahrir Dato\u2019 Hj. Samsudin, Mufti Negeri Johor dan Sohibus Samahah Ustaz Bungsu@Aziz Hj Jaafar, Mufti Negeri Sabah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Al\u2019Allamah Dato\u2019 Syed Alwi yang dilahirkan pada 7 Ogos 1884 Masihi bersamaan 8 Syawal 1301 Hijrah di Qaidoon, Hadramaut merupakan tokoh yang disegani dalam bidang keilmuan seperti fiqh, feqah, tauhid, faraid, hadith, al-Quran dan sejarah. Kemasyuran dan ketokohan beliau amat terserlah dengan penghasilan karya dan penulisan buku yang bernilai tinggi seperti al-Qaulul al-Faslul (1920), Kitab Ahkam Syariat Johor dan Kitab al-Anwarul Quran (1956), al-Qaulul Fasul, Uqudud 11 Mas, Sejarah Islam di Filipina, al-Madkhal ila al-Tarikh, al-Islam Bishrirqub al-Aqsa dan Tarikh Perkembangan Asia Tenggara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penulisan beliau amat unik kerana kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Arab yang membuktikan kemampuan tinggi beliau menguasai bidang ilmu agama dan bahasa. Ini menjadikan karya beliau sebagai bahan rujukan di institusi akademik dalam dan luar negara. Malahan, metodologi dan disiplin ilmu yang digunakan beliau dalam mengeluarkan sesuatu hukum fatwa juga amat dikagumi para pengkaji dan penyelidik di bidang ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beberapa pembentangan kertas kerja turut diadakan dalam seminar ini oleh ahli akademik jemputan antaranya \u201cSejarah Hidup dan Sumbangan\u00a0 Al\u2019Allamah Dato\u2019 Syed Alwi bin Tahrir Al-Haddad\u201d oleh Prof Madya Dr. Adel M. Abdul Aziz Algeriani (Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM) ; \u201cMufti Al\u2019Allamah Dato\u2019 Syed Alwi bin Tahrir Al-Haddad Sebagai Intelektual Ummah\u201d oleh Prof Madya Dr. Mohd Rahimin Affandi Abdul Rahim (Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam UM) ; \u201cManhaj Istinbat Fatwa di sisi Al\u2019Allamah Dato\u2019 Syed Alwi bin Tahrir Al-Haddad\u201c oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (Karyawan Tamu INFAD) dan \u201cMetodologi Ifta\u2019 Menurut Sohibus Samahah Dato\u2019 Syed Alwi bin Tahrir Al-Haddad : Kajian Kes Terhadap Kaedah Instinbat Fatwa Berkaitan Zakat dan Muamalat\u201d oleh Dr. Arief Salleh Rosman, (Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi UTM).<\/p>\n<p>Disediakan oleh :<\/p>\n<p>Mohd Zaini Othman<\/p>\n<p>Penolong Pendaftar StraComm<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 24 Sep \u2013 Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang ditubuhkan bagi memainkan peranan sebagai sebuah institusi yang menjalankan penyelidikan, perundingan dan pengurusan maklumat utama berkaitan fatwa yang terulung dirantau ini dan antarabangsa telah menganjurkan Seminar Pemikiran Tokoh Mufti Kali Pertama (Siri I). Berlangsung di Dewan Senat USIM, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":28312,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,219],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28311"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28311"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28311\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28312"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28311"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28311"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28311"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}