{"id":28318,"date":"2013-09-18T14:24:23","date_gmt":"2013-09-18T06:24:23","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=28318"},"modified":"2016-11-14T09:48:25","modified_gmt":"2016-11-14T01:48:25","slug":"usim-diberi-kepercayaan-untuk-menerajui-konsortium-institusi-pengajian-tinggi-islam-bagi-kualiti-akademik-dan-penyelidikan-lanjutan-i-iqra","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-diberi-kepercayaan-untuk-menerajui-konsortium-institusi-pengajian-tinggi-islam-bagi-kualiti-akademik-dan-penyelidikan-lanjutan-i-iqra\/","title":{"rendered":"USIM DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MENERAJUI KONSORTIUM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ISLAM BAGI KUALITI AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN LANJUTAN (i-IQRA\u2019)"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">NILAI,\u00a0 17 September 2013 &#8211; Bagi menjadikan Malaysia sebagai hab Pengajian Tinggi Islam yang unggul di dunia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini menerajui usaha perkongsian pintar berkaitan pengajian agama di peringkat antarabangsa terutama di rantau Asia Tenggara dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Turut hadir pada Majlis itu Naib Canselor USIM, YBhg. Prof Dato\u2019 Dr Asma Ismail dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, YBhg. Prof Dato\u2019 Dr Musa Ahmad.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut YBhg. Prof. Dato\u2019 Dr Asma Ismail, Naib Canselor USIM, kepercayaan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia YB Dato\u2019 Seri Mohamed Khalid Nordin terhadap USIM untuk menerajui konsortium ini amatlah dihargai. \u201cKerjasama erat antara institusi yang menawarkan program akademik dalam bidang pengajian Islam kini digarap dengan lebih komprehensif di bawah naungan satu konsortium,\u201dkatanya lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Usaha itu dilaksanakan melalui penubuhan Konsortium Institusi Pengajian Tinggi Islam bagi Kualiti Akademik dan Penyelidikan Lanjutan dikenali sebagai i-IQRA yang menjadi medium percambahan idea di kalangan institusi yang menawarkan program akademik dalam bidang pengajian Islam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Prof Dato\u2019 Seri Ir. Dr Zaini Ujang berkata, penubuhan konsortium itu memberi manfaat besar dalam bidang perkembangan pengajian Islam kepada semua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan selain lebih 240 IPT negara OIC.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cPenubuhan konsortium itu akan menjadi landasan memperkasakan perkongsian pintar dalam aktiviti penyelidikan berkonsepkan kelas global di kalangan IPT serantau dan negara OIC.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cMalah, i-IQRA dapat digerakkan untuk mengaktifkan aktiviti bersama rakan strategik luar yang kebanyakannya bertumpu di negara ASEAN, Asia Tengah dan Timur Tengah,\u201d katanya dalam ucapan dibacakan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi YBhg. Prof Dato\u2019 Dr Morshidi Sirat pada majlis perasmian i-IQRA di USIM, di sini, semalam.<br \/>\nMenurutnya, konsortium itu juga membolehkan satu direktori kepakaran Islam peringkat kebangsaan dan antarabangsa diwujudkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Katanya, antara aktiviti utama i-IQRA ialah program berbentuk akademik termasuk pertukaran kakitangan dan pelajar, penyelidikan, penerbitan jurnal ilmiah peringkat antarabangsa serta penjanaan kewangan melalui wakaf, perundingan dan perkhidmatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">YBhg Naib Canselor USIM dalam ucapannya turut berkata, beliau amat berharap Konsortium i-IQRA\u2019 ini akan menjadi medium utama kepada Institusi Pengajian Tinggi Islam menyuarakan pandangan serta bergerak seiring dan berjalan sejajar dalam menjayakan aspirasi dan objektif penubuhannya.<\/p>\n<p>iIqra (15)<\/p>\n<p>iIqra (108)<\/p>\n<p>iIqra (80)<\/p>\n<p>Dipetik dari Harian Metro<\/p>\n<p>Dikemaskini oleh:<\/p>\n<p>Noorumaina Mohamed Yunus (Media StraComm)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI,\u00a0 17 September 2013 &#8211; Bagi menjadikan Malaysia sebagai hab Pengajian Tinggi Islam yang unggul di dunia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini menerajui usaha perkongsian pintar berkaitan pengajian agama di peringkat antarabangsa terutama di rantau Asia Tenggara dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Turut hadir pada Majlis itu Naib Canselor USIM, YBhg. Prof Dato\u2019 Dr [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":28319,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,219],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28318"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28318"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28318\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28319"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28318"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28318"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28318"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}