{"id":28378,"date":"2013-05-29T14:42:56","date_gmt":"2013-05-29T06:42:56","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=28378"},"modified":"2016-11-14T12:13:12","modified_gmt":"2016-11-14T04:13:12","slug":"monohaj-rangkul-hadiah-utama-sic","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/monohaj-rangkul-hadiah-utama-sic\/","title":{"rendered":"MONOHAJ RANGKUL HADIAH UTAMA SIC"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">NILAI, 22 Mei &#8211; Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi berjaya menganjurkan Pertandingan Inovasi Pelajar USIM Kali Ketiga 2013 atau Student Innovation Competition (SIC). Program anjuran Fakulti Sains dan Teknologi (FST) yang memasuki tahun ketiga penganjurannya diadakan dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Pusat Pengajian Teras (PPT) dan Pusat Pengajian Siswazah (PPS).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">SIC telah mula diadakan pada pada tahun 2011 dengan penyertaan dibuka kepada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah USIM. Pertandingan yang berlangsung selama dua hari, 21-22 Mei dikelolakan sepenuhnya oleh Sekretariat Pelajar FST dan Peserta Program Young Muslim Leaders of the Future (YMLF).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cBermula dengan 65 penyertaan pada 2011, 64 penyertaan pada 2012, Alhamdulillah tahun ini mencatat penyertaan terbesar SIC iaitu 82 penyertaan. Pelajar pra-siswazah juga semakin berani tampil kehadapan dengan idea inovasi dan ciptaan produk mereka yang amat mengagumkan\u201c ucap YBhg. Profesor Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) semasa merasmikan Majlis Penutup dan Penyampian Hadiah SIC bertempat di Pusat Komersial USIM.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSaya melihat kualiti inovasi penyelidikan yang ditampilkan oleh para pelajar mempunyai nilai pengkomersilan yang tinggi untuk diketengahkan. Melalui penubuhan Kelab Inovasi misalnya, budaya inovasi dan kreativiti ini pastinya akan dapat disuburkan lagi&#8221; katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hadiah utama bagi kategori Pra-siswazah dirangkul oleh kumpulan The Wanderer melalui ciptaan mereka \u201cMONOHAJ\u201d yang berkonsepkan permainan yang berkaitan Ibadah Haji. Mereka membawa pulang wang tunai RM 500.00 dan sijil penghargaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ciptaan \u201cThe Energy Storage Device\u201d merangkul hadiah utama untuk Kategori Siswazah. Penyertaan yang dibahagian kepada lima kategori diadili oleh para juri yang terdiri daripada pensyarah USIM dan pihak industri .<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Justeru itu, sebanyak lima produk terbaik telah dipilih bagi kategori masing-masing iaitu antaranya Halal Complience (The Gentleman \u2013 \u201cMASTER PIE\u201d), Secure Knowledge Technology &amp; Services (QM Millionnaire \u2013 \u201cE-JAWI\u201d), Creative Design (CLC), Ummah Islamiyah &amp; Ummah Development (The Wanderer \u2013 \u201cMONOHAJ\u201d). Masing-masing menerima wang tunai RM 300.00 dan sijil penghargaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penyelidikan yang mendapat anugerah dan berpotensi besar akan dipilih oleh Pengurusan Universiti untuk di bawa ke peringkat yang lebih tinggi diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa seperti NRIC USM, PECIPTA dan I-INOVA.<\/p>\n<p>Disediakan oleh ;<br \/>\nMohd Zaini Othman<br \/>\nPenolong Pendaftar StraComm<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 22 Mei &#8211; Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi berjaya menganjurkan Pertandingan Inovasi Pelajar USIM Kali Ketiga 2013 atau Student Innovation Competition (SIC). Program anjuran Fakulti Sains dan Teknologi (FST) yang memasuki tahun ketiga penganjurannya diadakan dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Pusat Pengajian Teras (PPT) dan Pusat Pengajian Siswazah (PPS). SIC telah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":28381,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,219],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28378"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28378"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28378\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28381"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28378"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28378"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28378"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}