{"id":28386,"date":"2013-05-03T14:44:40","date_gmt":"2013-05-03T06:44:40","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=28386"},"modified":"2016-11-14T14:45:19","modified_gmt":"2016-11-14T06:45:19","slug":"anugerah-buku-terbaik-mapim-2012-milik-penerbit-usim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/anugerah-buku-terbaik-mapim-2012-milik-penerbit-usim\/","title":{"rendered":"ANUGERAH BUKU TERBAIK MAPIM 2012 MILIK PENERBIT USIM"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">PUTRAJAYA, 30 April 2013 &#8211; Buat julung kalinya, Penerbit USIM berjaya memenangi Anugerah Buku Terbaik (Kemanusiaan dan Sains Sosial (KSS)) untuk buku bertajuk Yusuf Al-Qaradawi dan Pengaruhnya dalam Masyarakat Islam di Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Majlis Anugerah MAPIM 2012 yang diadakan pada 30 April 2013, di Hotel Marriot, Putrajaya merupakan anugerah tahunan berprestij dalam kalangan ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) yang bertujuan meraikan\u00a0 mereka yang terbaik dalam penerbitan buku.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kemenangan ini melayakkan\u00a0 penulis buku tersebut iaitu Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali, pensyarah Fakulti Kepimpinan &amp; Pengurusan (FKP) memenangi hadiah utama kategori tersebut iaitu wang tunai RM12,000.00, trofi dan sijil.\u00a0 Penerbit USIM turut menerima RM3,000 berserta dengan sijil dan trofi.\u00a0 Kejayaan ini menjadi tanda aras yang bermakna kepada Penerbit USIM\u00a0 kerana berjaya membolosi tempat yang selalu didominasi oleh rakan penerbit dari universiti-universiti lama dan mantap .<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam masa yang sama, USIM turut memenangi Kategori Anugerah Buku Terbaik Bukan MAPIM (Kemanusiaan dan Sains Sosial) yang bertajuk\u00a0 Shahriah Governance in Islamic Banks.\u00a0 Pengarang buku ini ialah Dr. Zulkifli Hassan, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU).\u00a0 Buku ini diterbitkan oleh Edinburgh University Press dan pemenang layak membawa balik hadiah utama, iaitu wang tunai\u00a0 RM12,000, trofi dan sijil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Majlis gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ab. Rahim Md Noor, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Dato&#8217; Prof. Dr. Morshidi Sirat Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, dan juga Prof. Dato\u2019 Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM.\u00a0 Kemenangan julung kali ini turut diraikan oleh ahli-ahli JKPU USIM yang lain seperti Prof. Dr. Musa Bin Ahmad,\u00a0 Prof. Dato\u2019 Dr. Mohamed Asin Dollah, Prof. Dr. Hajah Mustafa Bin Mohd Hanefah beserta\u00a0 ahli-ahli JKPU USIM, ahli jawatankuasa penerbitan serta tetamu-tetamu yang lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Anugerah yang dianjurkan oleh MAPIM ini merupakan acara tahunan yang diadakan bagi mengiktiraf buku-buku, makalah serta jurnal yang terbaik dalam kategori sains sosial dan juga sains dan teknologi. Penerbit USIM berharap kemenangan ini menjadi dorongan untuk warga penerbit berusaha lebih gigih lagi dalam menghasilkan penerbitan yang berkualiti.<\/p>\n<p>Disediakan oleh;<br \/>\nHariza Mohd Yusof<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA, 30 April 2013 &#8211; Buat julung kalinya, Penerbit USIM berjaya memenangi Anugerah Buku Terbaik (Kemanusiaan dan Sains Sosial (KSS)) untuk buku bertajuk Yusuf Al-Qaradawi dan Pengaruhnya dalam Masyarakat Islam di Malaysia. Majlis Anugerah MAPIM 2012 yang diadakan pada 30 April 2013, di Hotel Marriot, Putrajaya merupakan anugerah tahunan berprestij dalam kalangan ahli Majlis Penerbitan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":28387,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,219],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28386"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28386"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28386\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28387"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28386"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28386"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28386"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}