{"id":28396,"date":"2013-04-16T12:11:20","date_gmt":"2013-04-16T04:11:20","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=28396"},"modified":"2016-11-14T15:12:30","modified_gmt":"2016-11-14T07:12:30","slug":"usim-alukan-pelantikan-tnc-penyelidikan-dan-inovasi-pertama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-alukan-pelantikan-tnc-penyelidikan-dan-inovasi-pertama\/","title":{"rendered":"USIM ALUKAN PELANTIKAN TNC (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) PERTAMA"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">NILAI, 16 April \u2013 Menempa sejarah baharu di usia 13 tahun penubuhannya apabila YB Menteri Pengajian Tinggi bersetuju dan meluluskan pelantikan YBhg. Profesor. Dr. Hajah Mustafa Mohd Hanefah sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) pertama di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula 15 April 2013 hingga 14 April 2016 (3 tahun).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perlantikan ini secara tidak langsung mencerminkan pengiktirafan yang tinggi oleh Kementerian Pengajian Tinggi kepada Universiti ini dalam bidang penyelidikan dan inovasi khususnya berkaitan Sains Islam yang sedang dipelopori secara serius kini oleh para penyelidik USIM.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berlatar belakangkan pendidikan dalam bidang perakaunan bermula daripada Universiti Kebangsan Malaysia\u00a0 (B. Acct ; 1985), kemudian ke\u00a0 University of Wollongong, Australia (M. Accy ; 1988) dan memperolehi Doktor Falsafah (Ph.D) dari University of Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat pada 1997 tidak menjadi batu penghalang kepada beliau mengetuai bidang penyelidikan dan inovasi di USIM yang sinonim dengan bidang sains.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelantikan ini juga selari dengan pengalaman luas beliau bukan sahaja dalam penulisan ilmiah malah dalam pengurusan dan pentadbiran juga.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Simbolik penyerahan surat perlantikan oleh YB Menteri PengajianTinggi kepada beliau telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dato\u2019 Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM sebelum bermulanya Mesyuarat Mingguan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) di Pejabat Naib Canselor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">YBhg. Prof. Dr. Hajah Mustafa sebelum dilantik ke jawatan baharu ini pernah menjawat beberapa jawatan penting semasa di Universiti Utara Malaysia (UUM). Apabila berhijrah ke USIM, Pengurusan Universiti ketika itu, melantik beliau manjadi Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM (2007-2010) sebelum menjawat jawatan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) USIM sejak tahun 2010 lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sepanjang tempoh menggalas tanggungjawab mengetuai penyelidikan dan inovasi Universiti, beliau\u00a0 telah memainkan peranan penting dalam mentransformasikan dan memperkemaskan\u00a0 pengurusan penyelidikan\u00a0 oleh para pensyarah Universiti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penubuhan beberapa pusat tanggungjawab seperti Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan (PHIP), Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) dan Pusat Kecemerlangan (COE) yang diletakkan di bawah pentadbiran beliau semasa menjadi Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) telah memperlihatkan pembangunan yang pantas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu, hasil penyelidikan USIM juga semakin bertambah\u00a0 baik dari segi kualiti dan kuantiti dengan menggondol pelbagai anugerah di\u00a0 pameran penyelidikan yang disertai Universiti baik di dalam mahupun luar negara.<\/p>\n<p>Disediakan oleh :<\/p>\n<p>Mohd Zaini Othman<br \/>\nPenolong Pendaftar<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 16 April \u2013 Menempa sejarah baharu di usia 13 tahun penubuhannya apabila YB Menteri Pengajian Tinggi bersetuju dan meluluskan pelantikan YBhg. Profesor. Dr. Hajah Mustafa Mohd Hanefah sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) pertama di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula 15 April 2013 hingga 14 April 2016 (3 tahun). Perlantikan ini secara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":28405,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,219],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28396"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28396"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28396\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28405"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28396"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28396"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28396"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}