{"id":28439,"date":"2010-05-12T16:16:11","date_gmt":"2010-05-12T08:16:11","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=28439"},"modified":"2016-09-07T16:20:03","modified_gmt":"2016-09-07T08:20:03","slug":"usim-envo-green-reka-kit-ujian-produk-halal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-envo-green-reka-kit-ujian-produk-halal\/","title":{"rendered":"USIM, ENVO GREEN REKA KIT UJIAN PRODUK HALAL"},"content":{"rendered":"<p>Bandar Baru Nilai, 4 Mei 2010 \u2013 Prinsip halal adalah salah satu perkara yang sangat dititik beratkan dalam pemilihan makanan mengikut syariat Islam. Prinsip halal ini secara umumnya melibatkan dua perkara iaitu bagaimana sesuatu benda itu diperolehi adakah barangan itu sendiri halal dari segi syariat Islam.<\/p>\n<p>Dewasa ini isu halal hebat diperkatakan dan banyak kajian telah dibuat mengenainya tetapi kebanyakan masih ragu-ragu dalam untuk digunakan terutamanya bagi kaum muslimin. Kebanyakan mereka kurang menyedari bahawa terdapat bahan haram yang tersembunyi dalam sesetengah makanan yang dimakan oleh mereka.<\/p>\n<p>Sejajar dengan objektif itu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Institut Penyelidikan\u00a0 dan Pengurusan Halal (IHRAM) telah mengambil langkah proaktif dengan menjalinkan kerjasama dengan Envo Green Sdn Bhd mengenai penyelidikan produk Porcine Rapid Test Kit atau dipanggil Kit Ujian Khinzir.<\/p>\n<p>Melalui kerjasama ini USIM secara tidak langsung menyumbang kepada masyarakat Islam sedunia dalam membangunkan peralatan sains yang boleh memastikan makanan yang diambil adalah selamat dan bebas daripada bahan haram dengan menggunakan kepakaran dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Institut Pengurusan Fatwa Sedunia (INFAD), USIM.<\/p>\n<p>Kit Ujian khinzir atau Porcine Rapid Test Kit direka untuk mengesan kewujudan atau kehadiran khinzir dalam masa yang singkat. Ianya mudah digunakan dan tidak memerlukan kemahiran tertentu untuk mengendalikannya. Hanya campurkan sedikit air dengan produk yang hendak diuji. Kemudian masukkan Kit Ujian Khinzir ke dalam campuran berkenaan dan tunggu seketika untuk mendapat keputusannya.<\/p>\n<p>Implikasi hasil kajian penyelidik USIM ini bukan sahaja untuk kebaikan USIM dan Envo Green, tetapi juga kepada masyarakat samada muslim atau tidak yang mementingkan kandungan makanan yang halal, sihat dan selamat untuk dimakan.\u00a0 Ini kerana bagi masyarakat Islam di Malaysia, keperluan kepada makanan halal itu adalah sangat penting kerana terdapat sesetengah tempat makan kurang sensitif mengenai konsep halal dalam penyediaan makanan.<\/p>\n<p>Menurut Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Prof. Dato\u2019 Dr. Muhammad Muda, di masa hadapan, beliau berharap agar kerjasama dan hubungan bilateral antara Ulama di Malaysia dan Ulama\u00a0 dalam Persekutuan Rusia dalam bioteknologi dan industri halal akan lebih erat. Dan kerjasama ini diharapkan dapat membuka gerbang ke arah hubungan yang kuat di antara universiti dan industri.<\/p>\n<p>Oleh :<br \/>\nSiti Maizatul Akmar Ismail<br \/>\nPembantu Wartawan<br \/>\nUnit Komunikasi Korporat<br \/>\npwartawan@usim.edu.my<br \/>\nTel : 06-7988025\/8026\/8027\/8028<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bandar Baru Nilai, 4 Mei 2010 \u2013 Prinsip halal adalah salah satu perkara yang sangat dititik beratkan dalam pemilihan makanan mengikut syariat Islam. Prinsip halal ini secara umumnya melibatkan dua perkara iaitu bagaimana sesuatu benda itu diperolehi adakah barangan itu sendiri halal dari segi syariat Islam. Dewasa ini isu halal hebat diperkatakan dan banyak kajian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":28448,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,219],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28439"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28439"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28439\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28448"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28439"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28439"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28439"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}