{"id":28468,"date":"2012-04-26T16:25:48","date_gmt":"2012-04-26T08:25:48","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=28468"},"modified":"2016-11-15T14:15:09","modified_gmt":"2016-11-15T06:15:09","slug":"usim-biotechcorp-lancar-makmal-analisis-ihram","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-biotechcorp-lancar-makmal-analisis-ihram\/","title":{"rendered":"USIM, BiotechCorp Lancar Makmal Analisis IHRAM"},"content":{"rendered":"

NILAI- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) melancarkan makmal analisis halal Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) melalui kerjasama dalam bidang bioteknologi dengan usaha memacu indusri halal negara.<\/p>\n

Pelancaran yang diadakan sempena majlis rangkaian BioNexus Program (BNP) yang ke-3, dirasmikan oleh Y.Bhg. Profesor Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Hj. Husin, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia. Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Profesor Dato\u2019 Dr. Muhamad Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Dato\u2019 Dr. Mohd Nazlee Kamal.<\/p>\n

Naib Canselor USIM dalam kenyataannya berkata, penubuhan makmal tersebut dilaksanakan adalah bertujuan bagi memastikan universiti sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan industri halal yang dilihat semakin penting dalam menjamin status halal sesebuah produk.<\/p>\n

\u201cMakmal tersebut menawarkan perkhidmatan analisis produk halal serta menekankan konsep halal melalui latihan umum dan praktikal berkenaan pemilihan produk makanan, kosmetik, farmaseutikal dan lain-lain produk yang menjadi barangan keperluan seharian seorang Muslim,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n

Dalam pada itu, Dato\u2019 Dr. Mohd Nazlee Kamal berkata, industri bioteknologi terbabit berperanan sebagai pemangkin nilai tambah kepada tiga sektor utama iaitu pertanian, perubatan dan perindustrian.<\/p>\n

\u201cNegara kita turut berpotensi untuk menjadi hab halal serantau bagi pusat promosi dan pengeluaran, makanan halal, produk selain makanan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain,\u201d katanya.<\/p>\n

Beliau menambah, kerjasama dengan USIM adalah bertepatan kerana ia merupakan pusat kecemerlangan universiti yang berperanan meningkatkan penjanaan kualiti ilmu, perkhidmatan, peralatan dan kemudahan.<\/p>\n

\u201cPenghargaan harus diberikan kepada USIM dalam usahanya membangunkan salah satu makmal analisis halal di Malaysia serta universiti tersebut sedang mengorak langkah ke arah penyediaan prasarana yang lengkap agar terus berperanan menjadi sebuah pusat yang mendokong pembangunan industri halal negara,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n

Sementara itu, Profesor Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Hj. Husin berkata, IHRAM bukan hanya bergerak sebagai sebuah pusat ilmu terpilih, bahkan ia turut mengangkat industri halal dan sekaligus meletakkannya sebagai peneroka dalam bidang penyelidikan halal serta dalam masa yang sama turut menyumbang dalam melahirkan modal insan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) melancarkan makmal analisis halal Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) melalui kerjasama dalam bidang bioteknologi dengan usaha memacu indusri halal negara. Pelancaran yang diadakan sempena majlis rangkaian BioNexus Program (BNP) yang ke-3, dirasmikan oleh Y.Bhg. Profesor Emeritus Tan Sri Abdul Shukor […]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":28470,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,219],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28468"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28468"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28468\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28470"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28468"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28468"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28468"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}